MY fWends

Tuesday, September 21, 2010

Sang Bujang Andartu Terlampau Alaf 21



" Bila nk kawin?? kawan-kawan kamu semua dh kawin, dah ada anak pun"
" Tak terase nak ada anak sendiri ke? Takkan nak main dgn anak sedare je..duk kendong..duk kelek ank orang nie"..

Pernah dengar ayat-ayat di atas??

Kalau pernah dengar dan dituju kan kpd anda..maknenya anda belum kawin lg..Biasa ayat-ayat di atas akan muncul bile anda lame sangat membujang..bukan apa, pertanyaan tersebut hanya bersifat ingin tahu. Jangan berkecil hati kalau ade yang bertanya..maknanya diorang amat prihatin dan mengambil berat terhadap korang nie..kalau ade yang berbau perli tu buat-buat tak tahu je..sebab diorang tak tahu apa-apa tentang perihal diri korang.


Kenapa single lagi?

Biasa kalau dah berumur, orang akan bertanya..kenapa tak kawin lagi?? Mesti ada yang beranggapan sang bujang terlalu memilih..nak yang kaya, cantik, hensem, bergaji besar, berpangkat, kulit putih dan bermacam-macam kriteria lagi..ke sebab jual mahal? betul ke camtu? Ye ke?

Tak semua yang macam tu..sesetengahnya ada komitmen tersendiri yang menyebabkan si single and available ini masih belum berkahwin lagi. Pernahkah anda terpikir kenapa diorang nie tak kawin lagi? Bukan memilih dan bukan jual mahal..KOMITMEN..komitmen kepada keluarga dan kerjaya. Dan ada juga yang kecewa dengan perhubungan sebelum ini dan takut untuk mencuba lagi.
Pernah mengenali seseorang yang tidak berkahwin lagi,apabila ditanya kenapa..Jawabnya " Tak nak fikir la lagi hal tu..Ayah tak sihat"
Ada yang cakap " Tak sedia lagi lah, nak kerja dulu..nak tolong mak ayah dulu..nak tanggung adik-adik dlu"
Dan lagi " Camne nak kawin..calon xde la..tolong la carikan bleh?? "

Tapi tak dinafikan bahawa ada yang memilih mengikut pakej yg sesuai di hati juga dan juga mengejar si perfect. So bagi kategori sebegini..jawabnye memang lambat la korang nak membuang status bachelor korang tu..Sebelum mencari si perfect, cermin-cerminkan diri dulu..adakah anda juga perfect??

Semua tu atas pilihan korang sendiri..pendirian setiap individu..xde hak orang nak tegah atau larang kan..




Tak risau ke?

Sebagai manusia biasa..rasa-rasa semua risau baik lelaki atau pun perempuan sebab menyendiri lagi..siapalah yang tak suke hidup berpasang-pasangan..siapalah yang tak nak diri cintai dan mencintai..semua nak kan..lumrah kehidupan dan fitrah manusia memang sebegitu..

Bagi sang single mingle terlampau..
Jangan risau dan jangan sedih..Yakinlah dgn Allah..
Allah ade perancangan-Nya yang tersendiri.yakinlah kpd-Nya
Dont loose hope from Him..teruskan berdoa dan berdoa dan usaha jangan dilupakan.
Dan tawakal.

Ketahuilah oleh mu sang bujang,

Jodohmu, rezekimu, hidup dan matimu itu ketentuan Allah..
Kite hanya merancang utk menjadi yg baik atau sebaliknya

Walaupun dikau tiada sesiapa utk mengasihimu..
Allah sentisa di sisimu menemanimu, mengasihimu dan mendengar tangisanmu
Keluargamu ade sebagai penyokongmu dan menyanyangimu
Kawan-kawan untuk berkongsi luahan hati ketika susah dan senang..
Insan-insan yang dikau xpernah tahu mereka menyayangimu..

Jadi tak perlu lah untuk bersedih atau risau..
Hidup lah anda dgn hati yang ceria di samping orang-orang tersayang
Isikan mase anda dgn aktiviti yang diminati dan manjekan diri sendiri dgn sesuatu yg disukai..

Menjadi sang bujang terlampau ni, kite bebas melakukan aktiviti yg disukai tanpa melanggar syariat agama..

Wednesday, September 15, 2010

What will I be years From Now~


JOM LAYAN..MEMANG BEST !!


" Years From Now " BY AIZAT AMDAN


Lyric:

what will be years from now
what will I where
how will I look

I thinks too much (2x)

sometimes too scary over thinking
what you have for haven't done

you think too much (2x)

will the raises now the same
will I losing thesaurus game
and the stars might shine the colors seem to blurry

[ chorus ]

will I ended up all alone
without a shoulder to cry on
what will I be years form now
I have answer them them but non have answer me
and when my time has come
I hope my last second in the stuck
will have you (2x)

will the raises now the same
will i losing thesaurus game
and the glad most people vodoo (maybe to do) seem to worthy

* [ chorus ]

what will I be years from now
I have face it them and remade face it me
and when my time has come
I hope my last second in the stuck
will have u
will have u....


* p/s : nie gara2 nk th lirik lagu nie..terpaksa dengar dan tulis lirik nie..cari kt tenet mmg xjumpe lagi..punye la sussah..ade klu ade yg tersilap dlm lirik tu..mintak komen utk perbetulkan neh..aku xtahu btul ke tak sebutan die tu..jasa baik sume amat di hargai..heheh

Wednesday, September 8, 2010

Bosan-bosan Pecah Kepala

2 hari sebelum Hari Raye, sume geng2 ofis aku dh bercuti. Tinggal beberapa kerat je yg ade kt ofis nie..Kat bahagian aku, aku sengsorang je terkelip-kelip bijik mate.Bleh pandang desktop pc nie sambil taip ayat nk letok dlm blog nie. Toleh kanan nampak dinding, toleh kiri pun nampak dinding. Ape yg aku pandang sume benda beku..kerusi, meja, siling, dan lantai.Sume mende yang tak bernyawa. Nak sembang pun tak leh. Nak chatting ke nak berFacebook, aku dh bosan. Tiap-tiap duk mengadap mende alah tu sampai nak muntah..Cam dah jadi part time job plak. Bosan-bosan..ape nak buat ek? Kat luar gelap, hujan plak tu..menurunkan lagi suhu ofis nie ditambahkan lagi dgn aircond yg terpasang. Mujur aku buke 24 darjah Celsius, klu tak beku la aku nie..dah la jenis tak tahan sejuk..Aii, camne nk g oversea nie..klu amik ujian tahan kebekuan, mmg fail awal-awal aku nie..hurm..hurm..bagi cairkan otak yg makin nak beku pun best gak nie..nak balik pun lambat gak lagi..jelajah tenet (internet) la nie..hurm..hurm..hah!! jupe sudaaaa..cabar diri sendiri dgn Sudoku. Memang pecah kepale la..pecah ke..pecah kot..



1001 macam


Dalam hidup ini kita selalu berjumpa dgn bermacam-macam manusia dengan 1001 mcm fiil..
Dalam bersahabat dan bercinta juga kita jumpa 1001 mcm gaya
Tuhan menciptakan kita dgn 1001 mcm ciri-ciri..walaupun ade iras tapi still ade juga sedikit perbezaan..
Begitu juga dengan individu yang mempunyai kembar, walaupun berada dlm rahim yang sama tapi tetap berbeza dari segi fiil perangai.

Sepanjang melalui liku-liku kehidupan, Tuhan menemukan kita dgn 1001 macam manusia untuk kita belajar, mengambil pedoman dan jadikan ia sebagai rencah hidup selagi bernyawa.
Kita sering kali bertemu dengan manusia-manusia yang baik, bermasalah, susah, senang, inginkan sesuatu, cantik, comel, selekeh, suka mengadu domba dan sebagainya supaya kita mempelajari dan dapat membeza baik buruk seseorang itu. Di samping itu juga, Dia Yang Maha Pencipta juga memberitahu kita bahawa kita perlu menerima baik buruk seseorang itu bukan memulaukan individu tersebut di atas kekurangan yang ada. Manusia dijadikan khalifah di muka bumi adalah untuk membimbing manusia lain ke arah kebaikan dan jalan yang lurus.
Tuhan juga menguji kita dengan 1001 macam masalah dan dugaan supaya manusia dapat menemukan dengan 1001 penyelesaiaan. Kerna Tuhan menganugerahkan kita akal fikiran supaya kita bijak menggunakannya di samping berfikir dan bersyukur ke atas nikmat dan kurnia-Nya.

Manusia itu..1001 macam.
Hidupnya 1001 macam.
Perasaannya 1001 macam.
Nafsunya 1001 macam.
Bahagia dan kesedihannya 1001 macam.
Jadi kita ini macam-macam.

Tuhan jadikan kita 1001 macam supaya hidup kita seperti pelangi dan tidak bosan dengan perasaan yang sama, masalah yang sama dan gaya hidup yang sama seperti sesuatu yang tidak berwarna.Itu lah KEHIDUPAN.


Sunday, September 5, 2010

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥



♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~ALLAH knows BESt!~♥


credit kpd Oh!Media



Pink Ros Untuk Anda



Happy Sunday to All of You
Have a great weekend and a nice day
Pink rose for You on Sunday
Smile Always

Saturday, September 4, 2010

Tidak Halal!! Minyak sapi jenama QBB Pure Ghee tidak halal

2010/09/04

KUALA LUMPUR: Pengguna beragama Islam diingatkan supaya tidak membeli dan menghentikan pengambilan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee yang sudah ditarik balik status halalnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 19 Ogos lalu kerana didapati mengandungi elemen yang meragukan. Meskipun arahan untuk menarik balik barangan ini dari pasaran sudah dikeluarkan, namun berikutan permintaan tinggi bahan itu ketika Ramadan terutama menjelang sambutan Aidilfitri, pengguna dinasihatkan supaya memilih produk yang diyakini halal sebagai alternatif.

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah, juga menggesa syarikat pengeluar produk berkenaan, QBI Packaging Sdn Bhd menarik balik semua produk itu dalam pasaran kerana ia boleh mengelirukan pengguna Islam kerana tanda halal masih ada pada produk itu walaupun sudah ditarik balik oleh JAKIM.
Kami menerima banyak aduan daripada pengguna bahawa produk itu masih di pasaran dan ramai yang keliru sama ada ia halal atau pun sebaliknya kerana masih ada logo halal JAKIM tertera pada produk berkenaan, katanya kepada pemberita di sini semalam. Beliau berharap JAKIM dapat melakukan pemantauan rapi manakala syarikat terbabit dapat memberikan kerjasama dalam memastikan semua produk ditarik balik dari pasaran.


Maklumat dari BeritaHarianOnline


Antara Mamat dan Ustaz

Aku didatangi teman...
Teman kata..."aku suka mamat...tp perangai mamat mcm...x brapa nk bekenan la...xleh ke dia jd baik sket..??"
soalan dilontarkan kpd aku...just a normal conversation between 2 friends after seharian bz ngn "keje" masing2...
aku senyum dan membalas..."dah tu, g ler ngorat ustaz"....hahahaha (we both lough..)
balas teman.... "seriously,..kalo mamat jodoh aku...hmmm...mcmana ni???...ade certain perangai dia yg not very nice.."
smbg temanku.."kalo ustaz jodoh aku pon best gak...dah terjamin baik...mintak2 la jodoh aku dgn ustaz...amin"
"Amiiinnn"....aku aminkan aje...
"tp nak ke ustaz kt aku??...byk lg ke stock2 ustaz skang ni??...stock2 mat rempit byk ler"...tmbh temanku
dan pantas aku menjawab..."aku rs x ramai dah...tp ustaz ramai lg la yg x cukup quota 4..ko nk????....dpt payung emas".....
HAHAHAhaha...(both laughing...kali ni lbh kuat)....

"The truth is my fren, Allah dah tetapkan jodoh sebelom roh kita ditiup ke dalam tubuh kita dalam rahim ibu...
jodoh dah ditetapkan di luh mahfuz lagi...dan bila tiba masanya...si polan itulah jodoh ko....
walaupon si polan itu ialah mamat...mamatlah jodoh ko...
jadi, logik ke nk berdoa supaya ko dijodohkan dgn ustaz???"...aku menjawab secara tiba2....
I can see clearly muka my friend bertukar keruh...
"percaya pada Qada' dan Qadar".....tmbhku lg.....
teman hanya diam dan menunggu aku menyudahkan the rest of the story...
"Jodoh, pertemuan, ajal & maut semua di tangan Allah...xde sape yg bole ubah....kalo dah sampai ajal hari ni, mati la kita hari ni...
bole ke nk mintak2 postponed mati hari lain plak??...bole ke nk mintak supaya kita mati umo 63thn mcm rasullullah???...yg tu cite mati...
same la jgk cite jodoh...jodoh ko ngn mamat....bole ke nk mintak2 tukar jodoh ngn ustaz plak???...same kan kesnye???"...ceritaku....
"Betul"...jwb teman ringkas tp masih menunjukkan minat terhadap apa yg aku nk story...
"Sbb tu Allah datangkan Qada' bersama dgn Qadar...Qada' tu TETAP sejak azali...dah xleh nk ubah dah,
mcm ajal dan jodoh...bila ajal kita,dgn sape jodoh kita, mmg xleh nk ubah"...smbgku....
"dah tu, kalo jodoh aku ngn org jahat, nasib la ekk???"....cepat je teman aku menjawab...
"wait wait...aku x cite abes lg"....kataku...
aku menyambung...."haaa....kt cni la baru kita tgk maksudi Qadar plak"....
teman mengerutkan dahinya dan berkata.."x phm aku"....
aku menjawab...
"“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” ...
aku memandang temanku, tp mukanya masih keruh...mungkin dia menunggu aku menghabiskan story ni....
aku meneruskan ceritaku...
"dan ditakdirkan kita mati pada sekian waktu...
malaikat maut takan lewat wp sesaat utk mencabut nyawa kita...itulah Qada'...
bagaimana perlaksanaannya...???....itu Qadar...
mcmana kita mati...accident ke...sakit kronik ke...tecekik biji durian ke...kena bunuh ke...mati dlm tido ke..???
mungkin Allah ada plan-Nya sendiri ttg bagaimana cara kita mati...benar...
tp kita bole berdoa pada Allah supaya kematian kita ini tidak meninggalkan beban kpd kaum keluarga kita....
kematian yg tidak menyusahkan mana2 pihak...
org2 yg sayang kita merelakan pemergian kita dgn reda...
dan yg plg penting...
kita mati dlm keadaan beriman...mati ketika hendak melakukan kebaikan...bukan kemungkaran...
dan kita sentiasa diingatkan ttg mati....dan sentiasa menambahkan bekalan sbg persediaan utk mati dari hari ke hari....."
"dan pada jodoh plak, berdoalah supaya mamat yg dijodohkan kpd kita ini mempunyai sahsiah dan peribadi yg setanding ustaz...
kita x boleh ubah sape jodoh kita...
kalo pon ko bekenan sgt kat Mawi yg hensem, manis, pandai mengaji...
ko xleh nk doa, Ya Allah...jodohkanlah aku dgn Mawi....salah tu...
Mawi tu Ekin yg punya...hehehehe.....
tp kita bole bermunajat memohon supaya jodoh kita si mamat tu berubah menjadi seperti Mawi...bahkan lebih lagi....
of course la agak mustahil nk dapat muka sebijik alam mcm Mawi...tp mana nk tau kot2 doa ko termakbul ke...hehehe..."
"org yg baik sekarang, ape jaminannya dia akan baik pada masa hadapan??
org yg jahat sekarang, selamanyakah dia akan jahat???...
ramai je org islam yg kuat & teguh imannya sudah murtad....dan ramai jgk org kafir yg masuk islam dan menjadi pendakwah yg hebat....
sedangkan pantai pon berubah...inikan pula manusia...
mulakan perubahan pada diri sendiri....
diri sendiri perlu berubah menjadi lebih baik utk dapatkn yg terbaik..."
"tak perlu mencari teman secantik Balkis, andai diri x sehebat Sulaiman...,
mengapa mengharap teman setampan Yusof, jika kasih x setulus Zulaikha....,
x perlu teman sekuat Hajar, andai dirimu x seteguh Ibrahim....,
dan mengapa mendamba teman hidup sesempurna Fatimah, jika ada keburukan pada diri sendiri....."
"berdoalah pd Allah supaya walau sejahat mana pon jodoh kita,
berikanlah dia petunjuk dan hidayah supaya dia menjadi seorg yg beramal soleh setanding ustaz..."
pesan aku dgn panjang lebar buat temanku dan jugak pesan buat diriku sendiri....
"kalo ekau nk tau lebih lanjut, ekau tanyolah ustaz...den ni tau sikit2 ajo...
harap yg sikit ni dapek lah tolong menjawab persoalan2 yg bermain dlm kepalo otak ekau tu ha...."
aku menghabiskan cerita aku....
yes my dear friend...I will always pray that u'll get a good husband....InsyaAllah...!!!
bersangka baik dengan segala apa yg telah direncanakan oleh Allah kpd kita...
yg baik itu dtg dr Allah...segala yg x baik tu dtg dari kekurangan ilmu aku sendiri
wallahu'alam....
credit to Minhat Musa

Wednesday, September 1, 2010

Ramadhan itu Berkat~



Pejam celik pejam celik..dah tinggal braper hari lagi kiter nk berpose nk bersahur, nk pi terawikh..Ramadhan dh nk meninggalkan kite dh..Bulan yang penuh keberkatan.Tak terase kah kiter? Bulan yang barakah penuh dengan rezeki dan rahmat. Allah bg kiter nikmat yg besar skali pd bulan nie..berkejaran-kejaran mencari saham akhirat, redha dan keampunan dr Allah swt.

Ramadhan itu berkat..kenapa??

Sebab pada bulan Ramadhan rezeki mencurah-curah kepada setiap org. Tak kire kepada peniaga makanan bazaar, penjual kuih raye dan kerepek raye, pakaian dan juga kepada pembeli.Semua dapat manafaat. Tak lupe juga kepada rumah kebajikan seperti rumah anak-anak yatim juga mendapat perhatian daripada orang perseorangan dan juga badan-badan korporat dalam memberi sumbangan serta mengadakan majlis-majlis amal dan majlis berbuka puasa.

Yang paling bestnyer pada bulan Ramadhan nie, kiter boleh menumpukan perhatian dan beribadat dgn tenang tanpa penyangak tetap yang bernama 'SYAITAN'. Keinginan nk wat amal pada bulan tu meningkat 110% dari biasa. Semua pakat berkejar-kejaran nk cari saham akhirat dgn buat solat sunat, bertadarus, qiamulail dgn lain2 aktiviti.


Bagi yang menyedari kehebatan bulan Ramadhan di samping bonus yg Allah bg kepada hambanya iaitu malam LAILATUL QADAR. Bagi hamba-hamba yg terpilih bertemu malam tersebut bagai dapat 'DURIAN RUNTUH' atau 'LOTERI' pada bulan Ramadhan nie.Kalau dibandingkan dgn emas permata, mmg tak ternilai harganya sbb malam tersebut bagaikan kiter beribadat 1000 bulan. Mane nk cari tu? Kiter nie blum tentu bleh beribadat 1000 bulan. Tapi apa-apa pun yang penting amal yang kita laksanakan pada bulan yang penuh berkat ini tidak terhenti apabila memasuki bulan-bulan yang seterusnya. Kita haruslah konsisten dan istiqamah dalam melakukan ibadah..

Ramadhan itu berkat..kenapa??

Bulan ini penuh keberkatan kerna bkn hanya menambahkan mata pencarian kepada orang ramai tetapi bulan ini juga mendidik kita supaya menahan dan mengawal nafsu kita. Menahan mulut dari mengumpat orang, mengawal pendengaran dan penglihatan daripada kemungkaran. Ramadhan juga adalah bulan kita menyucikan diri daripada sifat-sifat mazmumah di menambahkan kesihatan pada tubuh badan.

Moga dengan dengan keberkatan bulan Ramadhan ini dapat menambahkan amal pada bulan-bulan yang seterusnya..Amin~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...