MY fWends

Sunday, January 30, 2011

SUKA SUKI : Kebahagian Anda...

SOALAN :  Sekiranya anda dikehendaki melukis seekor burung dan seorang lelaki, bagaimana anda melakarnya?

A. Seorang lelaki sedang memerhatikan burung dalam sangkar
B. Seorang lelaki sedang mengejar burung yang terbang
C. Seekor burung berada di bahu seorang lelaki 
D. Seorang lelaki sedang melambai-lambai dengan burung yang terbang  jauh
E. Seekor burung terbang di atas langit, manakala lelaki langsung tak ambil kisah pada burung


                                                           credit to moleskinerie.com

JAWAPAN:

A. Kebahagian korang berada di depan mata. Tapi disebabkan terdapat sesetengah halangan menyebabkan korang tidak dapat mengecapi kebahagiaan itu.

B. Anda sedang berusaha mengejar kebahagiaan korang. Korang berada dalam keadaan penat kerana tergesa-gesa nak menangkap kebahagiaan itu tetapi tak dapat menangkapnya. Sekiranya itu bukan kebahagiaan korang, lebih baik korang lepaskan.

C. Korang tak risau burung akan terbang malah bermain dengan burung. Sekarang ini korang sangat  bahagia dan telah mendapat apa yang diingini. korang adalah orang yang paling bahagia.

D. Korang sedang menunggu kedatangan bahagia dengan penuh kesabaran dan ketenangan. Terdapat banyak benda di dalam dunia ini yang dicari, bukannya menunggu tanpa melakukan apa-apa.

E. Burung dan lelaki tiada apa-apa hubungan. Ini berksud korang tiada apa-apa perasaan terhadap kebahagiaan. Maybe korang pernah melalui perkara yang amat pahit sekali. Ia telah membuatkan kehilangan kepercayaan untuk bahagia sekali lagi.

p/s: hanya untuk suka-suka..

Sunday, January 23, 2011

Alangkah indahnya dunia~

Alangkah indahnya dunia pabila aku tak membesar and tetap jadi budak-budak tak cukup umur. Bestkan jadi kanak-kanak. Tak perlu berfikir macam orang dewasa yang penuh dengan masalah yang tersendiri. Tak perlu cari duit, tak perlu bekerja, tak perlu bimbang pasal bil air dan letrik. Bangun tidur, ngadap tv, tengok kartun, makan, tak pernah terpikir pasal badan camne sekali pun, gi main, balik lewat petang, dan tidur. Takde sapa nak larang and nak marah. Nak-nak aku nie tinggal dengan nenek. Best wooo..boleh manja-manja dengan nenek. 

Banyaknya kenangan semasa menjadi seorang kanak-kanak yang tak cukup umur.Medan tempat aku bermain adalah sekitar rumah aku dan juga pantai. Kalau ingat balik, memang aku teringin nak laluinya semula. Macam dulu-dulu. Memang tak ingat dunia kalau pergi bermain. Kalau time cuti sekolah, aku keluar pagi..tengahari balik umah isi perut pastu petang aku keluar semula. Balik tak balik bila nenek aku dah start cari aku..panggil aku balik. Hehehe..

Teringat time cuti sekolah, aku balik umah nenek. Sebelum tu ayah aku dah pesan jangan main  ketika  panas terik. Aku stay sebulan kat sana..Hidup aku hanya main, main dan main. Terasa macam banduan yang baru keluar dari penjara. Bebas sebebasnya. Fuhhh...Jadi budak-budak ni memang tak terpikir bahaya atau tak. Selagi seronok dan ok, aku main jugak. Pernah satu hari, kawan-kawan aku pakat mandi laut. Aku pun ikut sama. Kejar ikan dalam air, main air dan ntah apa-apa lagi. Masa tu air laut tengah surut, beting-beting pasir timbul , air laut yang memang gile jernih dengan ikan-ikan yang berenang dengan kilauan akibat pantulan dari cahaya matahari. Sape yang tak geram sedangkan aku tahu nenek aku dah pesan jangan mandi laut kalau takde adult yang guide. Tapi bila baju aku dah basah separuh dari badan, hurmm..aku apalagi, kalau dah basah separuh biar basah semua kan..Bila dah puas main air, satu badan dah basah..Balik dari main air, aku tak balik terus umah nenek tapi aku berjemur kat satu umah usang yang aku biasa main sampai baju aku kering. Aku tak balik sebab takut nenek aku marah sebab dia dah pesan tapi cucu dia yang sorang ni duk wat dek je. Sambil mengeringkan baju yang basah, sambil layan mata yang mengantuk sebab syok dengan rasa sejuk angin sepoi-sepoi bahasa pada waktu panas tengahari. Bila baju dan seluar yang aku pakai tu dah kering, baru aku balik umah makan nasi. Sampai nenek aku meninggal aku tak pernah cerita pasal tu. Cerita ni cukup satu hari yang aku lalui pada hari tu..Hari lain, aku main mende lain plak. Aku pernah terjun dari ketinggian umah satu tingkat. Mujur kaki aku tak patah. Kacau orang gila pun pernah. Heheh..Balik umah, aku kene marah dengan mak kes mulut adik aku yang lembik cam gula-gula getah. Kalau ingat balik semua tu. Serius gila. Kalau sekarang, nak buat camtu..aku kata ia bahaya..kalau dulu, aku akan kata best wooo..jom buat lagi..hahahha..

Bila dah abih masa sebulan, sekolah pun dah nak buka balik..so terpaksa la aku balik semula ke rumah aku..Bila ayah aku datang amik aku, dia terkejut tengok anak dia bertukar wajah. Hampir-hampir tak kenal anak sendiri. Hahaha..Time hantar, putih melepak tapi bila datang amik, dah jadi anak orang kulit hitam..'Burn' punye pasal beb..Sepanjang perjalanan balik tu aku kena tadah telinga dengar ayah aku membebel..Heheh..Sekarang baru aku faham kenapa ayah aku pesan camtu..Ooooo..




Lirik lagu Hujan - Muda

Tamatlah zaman persekolahan
Masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh Tuhan ku tak mahu pergi

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kerana ku macam tak biasa
Hoo..oo..

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

c/o x2

Saturday, January 15, 2011

Masalah itu maknanya kita ini manusia..

Sambil terbaring selesa di lantai berkulit getah, aku terdengar keluhan adik kepada ibu..Tentang masalahnya di kantor. Masalah berkaitan dengan manusia. Aku yang berada tidak jauh dari perbualan mereka hanya mendengar tanpa sampukan. Malas dan beku untuk berbicara. Mulut aku berat mengeluarkan kata sedangkan mata terkedip-kedip memandang siling putih di atas ku. Terdengar suara ibu yang memujuk serta memberi kata nasihat kepadanya supaya bersabar. 

" Yana, ada masalah tak kat tempat keje?" Tanya ibu kepada adikku yang seorang lagi.

" Ada je ma..semua orang ada masalah." Jawab adik aku.

Betul, setujuku dalam diam. Bagi aku semua orang yang masih bernafas di atas planet ini bermasalah. Bermasalah dengan diri sendiri, keluarga, anak-anak, kawan, kekasih, duit, pekerjaan dan segala macam masalah. Aku juga bermasalah cuma aku malas untuk beratkan kepala aku yang sudah berat dengan tengkorak yang berisi otakku. Masalah aku, aku lebih suka tinggalkan seketika dan letakkan jauh-jauh apabila aku pulang ke rumah. Apabila ke ofis, baru lah aku memikirkan balik masalah yang masih aku belum selesaikan tersebut. Tension dan stress? Terbiasa. Memang dah jadi makanan bagi kepala aku. Masalah, problem, masalah, problem..Ye. Aku pun ada masalah sebab aku ini manusia  biasa yang waras. Aku bukan kambing atau kucing yang tiada akal. Manusia yang berakal dan boleh berfikir untuk menyelesaikan masalah yang di hadapinya. Bukan lari dari masalah yang terbeban di bahu. Walau kau lari dari satu masalah, ke ceruk benua mana sekali pun..kau akan tetap  akan menghadapi dengan masalah-masalah yang sama pada masa ke masa. Then when its time comes, by hook or by crook..u have to go through and solve it.  Kalau ada manusia yang boleh hadapinya dan mengapa tidak anda. Don't runaway from it. Be brave to face it.. Selesaikannya seperti ko selesaikan soalan-soalan Add Math yang paling ko tak suka. Serius aku memang tak suke. Aku ingat aku dah boleh lari dari nombor-nombor yang kompleks selepas SPM tapi bila aku masuk Uni aku still jumpa lagi nombor-nombor rumit  tu. Memang tak leh lari.

Masalah itu pembelajaran bagi sang hidup. Asam dan garam di sepanjang perjalanan. Cuba bayangkan hidup yang smooth tanpa sebarang masalah. Pada pandangan aku, maybe it little bit to bored right? Sedangkan untuk dapatkan syurga juga, manusia perlu menghadapi ujian dan dugaan dalam bentuk masalah. Allah itu Maha Adil lagi Bijaksana, kadang-kadang Dia turunkan masalah pada kita supaya  kita sedar, syukur, sabar, tabah dan memikirkan kepada manusia yang lain. Why? Sebab mungkin ko hanya diduga dengan masalah yang sebesar biji saga. Tapi keluh kesahnya melebihi masalah tersebut.  Pernahkah terfikir bahwa mungkin masalah yg ditimpakan ke atas kamu tidak seteruk mana berbanding orang lain. Pernahkah membanding-bandingkannya? Ibaratkan aja kamu kehilangan sepotong jari tapi dah menangis melolong sedangkan ada di sekelilingmu yang tangannya kudung, kakinya capek dan berkerusi roda..Tetapi mereka dapat menerima masalah mereka dengan hati yang terbuka. And why don't we too? 


Thursday, January 6, 2011

Thank You Friend :)


Hello friend.. terjah ke rumah sendiri untuk update dan mengemas-ngemas teratak sendiri. Macam dah lama sangat tak post something kat dalam ni. In about a week dah rasenya. Walau dalam masa seminggu aku tak update, aku still menjenguk-jenguk umah aku ni..mane lah tahu ada yang datang menjenguk, lepak-lepak kat sini ke atau lalu lalang di sni. Apa-apa pun, thanks you guys sebab sudi gak datang masuk blog aku ni walau aku  tak letak post baru. Dan beribu-ribu lemon terima kasih sebab ada yang still berblogwalking ke sini, yang baca & komen post aku with your beautiful word and with your kindness heart to be my faithfull follower also kepada sesiapa yang rajin mengklik-klik nuff aku.  Thanks You So Much. Muahhh..Rase cam artis  yang menang award 'Pelakon Terbaik' plak tengah bagi ucapan terima kasih kepada fans and supporters. Memang perasan tak ingat dunia. Hahaha... 
Buat masa sekarang otak aku tengah sebu, blurr dan ..dan..tepu lagi beku untuk menulis.. so i need a break for a while dari menulis. Tapi blogwalking and blogreading still berjalan sekiranya aku tak busy. Kire aku still terjah blog korang la..See, betapa baiknya aku..Bahagian riak terlebih..Hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...