MY fWends

Friday, March 11, 2011

Moga selamat, Jepun dilanggar Tsunami dengan gegaran 8.9 skala Richter..



Jepun hari ini (11.03.2011- Jumaat) dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.
Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.

Gegaran 8.9 memang gegaran yang kuat dan boleh menyebabkan berlakunya tanah runtuh, avalanche dan kalau gegaran tu bertempat di persekitaran gunung berapi yang aktif, aku rasa memang dah meletup. Bangunan pun leh runtuh. Uishhh..

Kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Jepun termasuk sorang member aku ni,  aku harap korang  selamat dan tak kena dengan gelombang tsunami. Member aku sorang ni stay kat Kagoshima, dia cakap tsunami will arrive kat tempat diorang dalam pukul 5.30-6.00 petang waktu Jepun. Pusat gegaran di Tokyo and for sure kat situ lagi teruk. Perkembangan ni pun aku tahu melalui facebook member aku. Dia pun dah tak update dia punya facebook so i think bekalan elektrik kat sana dah terputus. Apa-apa pun, aku doakan semua rakyat Malaysia yang berada di Jepun selamat dan berada dalam lindungan-Nya. Aminn..

Kita yang berada di Malaysia ni jangan suka sangat sebab tak kena kat kita. Beringat-ingatlah. Tuhan kalau nak turunkan bencana, dia tak bagi amaran pun begitu juga dengan kematian. Semua tu rahsia Allah.


p/s: info terbaru---->>
SEBARKAN KAT KENGKAWAN N SEDARA MARA , TSUNAMI YANG LANDA JEPUN AKAN SAMPAI KE PANTAI TIMUR SABAH N SARAWAK KAWASAN PANTAI AROUND 6.30PM HARI INI. SEBARKAN SEBELUM TERLAMBAT UNTUK LANGKAH BERJAGA2.

Monday, March 7, 2011

Canon-PhotoMalaysia 2011 Photo Contest




Kepada penggila fotografi yang mempunyai DSLR atau kamera kompak dengan megapixel 4 MP dan ke atas. Ada berita baik untuk korang termasuk aku jugak. Hehehe.. Satu forum fotografi PhotoMalaysia mengadakan pertandingan foto sepanjang tahun 2011 dengan tema-tema berlainan setiap bulan. Semua hadiah di sponsor oleh Canon Marketing Sdn. Bhd. Hadiah memang mengujakan dan meracun aku untuk join sama contest nie. Mane aku tak gile tengok hadiah yang Canon bagi..

Hadiah-hadiahnya adalah: 
  • Year End Grand Prize: Canon EOS 7D Body
  • Year End First Runner Up: Canon EOS 500D + EFS 18-55mm Lens
  • Year End Second Runner Up: Canon PowerShot G12 Digital Camera
  • Monthly Prizes: Canon product worth more than RM500! (salah satu dari item ini setiap bulan: Pixma MX357 printer (RRP : RM518), a Selphy CP800 Photo Printer (RRP : RM549) or a PowerShot A3100 Camera (RRP : RM599)

Amacam..ada berani nak join? Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik link kalau nak tahu lebih lanjut syarat-syarat pertandingan Canon-PhotoMalaysia 2011 Photo Contest . Sesape yang nak test ilmu fotografi yang ada kat dada kamera pun ok gak. Just submit your photo kat forum tersebut. Nak submit foto, korang dikehendaki meng'resize'kan gambar pada saiz yang diminta tanpa membuang EXIF/data foto tersebut. 


Tema-tema yang diberikan untuk pertandingan ini quite nice..So cepat-cepat tekan shutter kamera untuk amik gambar.hehhe..
  • January – Our Heritage ( aku tak sempat nak submit photo )
  • February – Our Landscapes ( last untuk submit pic pada 9 Mac 2011)
  • March – Our Streets in Black & White
  • April – Our Children
  • May – Our Vanishing Trades
  • June – Our Flora, Fauna, Birds and Animals
  • July – Our Cities, Hometowns and Villages
  • August – Our Macro World
  • September – Our Joys or Sorrows
  • October – Our Sports
  • November – Our Religions
  • December – My Best Shot in 2011 in Malaysia (Unlimited Theme)
So sesape yang berminat, just wanna wish u good luck and last but not least..korang kena register dulu forum tu sebelum submit gambar tau..hehehe :)

Saturday, March 5, 2011

Pikir2kan..


Singgah pagi kat umah aku yang dah bersawang lagi berdebu ni. Dah dekat sebulan dah aku singgah tapi takde buat penambahan isi. Kengkawan yang lalu lalang dalam shoutbox pun aku tak tegur. Bukan sombong tapi takde masa untuk semua tu. Kalau aku menyinggah pun hanya blog-blog yang aku suka baca. Tu pun aku tak tinggal jejak. Tinggal bau nafas je..Pagi ni, aku tambah isi umah aku ni dengan lagu Radiohead-Creep. Layan je..suke gak lagu ni. Sedih pun ada. Lagu ni pasal perasaan rendah diri seorang lelaki terhadap diri dia sendiri apabila mamat ni suke kat seorang perempuan tapi perempuan ni menolak sebab perempuan ni rasa mamat ni pelik atau bukan taste dia. Betul kot translation aku ni. Hehe..

Aku just terpikir..kalaulah aku luahkan perasaan aku kat someone but  aku di tolak disebabkan alasan yang sama kat atas.Nak pandang aku pun takde selera..Apa perasaan aku ye?? Apa pula perasaan aku bila berada di tempat perempuan tersebut? Cuba fikirkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...