MY fWends

Thursday, July 28, 2011

article with no name~

Apa yang kau nak tak semudah bak memetik jari. Kau petik terus dapat. Not everyone like that. Aku? Aku sentiasa berusaha untuk capai apa yang aku nak. Aku tak dapat apa yang aku nak dengan hanya goyang kaki tetapi aku terpaksa mencari. Nak dapatkannya terpaksa berparut dan tergores dahulu sebab jalan aku tempuh tu tak rata..Ada-ada je tersadung, tersembam, terjelepok. Bangun lagi dan terus berjalan. Banyak yang 'ter-ter' kan? Sebab bukan sengaja merebahkan diri tapi kaki penat berjalan, tenaga habis digunakan dengan badan letih tak diisi. Putus asa? Fed up? Sedih? Seringkali dan sentiasa bercampur gaul dalam hati. Jangan diikutkan sangat perasaan itu. Boleh jadi kau akan berhenti setakat itu sahaja. Aku, sepanjang mencari selalu menanamkan mimpi yang indah-indah supaya kaki ku terus ke depan. Supaya aku ada hati untuk terus berusaha walau kekadang yang indah-indah itu tak diterima akal. Doa sebagai peneman dan semangat. Selalu menasihati diri bahawa apa yang aku cari itu semuanya adalah atas kehendak Yang Maha Penentu. Apa yang tak tercapai oleh ku itu adalah kehendak-Nya. Walau hati sedih, kecewa dan marah, ingatlah Dia yang mengkehendakinya begitu dan begini. Sentiasalah bersangka baik kepada-Nya. Selagi kau bersangka baik dengan-Nya, Tuhan akan memakbulkan perkara yang baik-baik untukmu dan sebaliknya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Memberi.

Wednesday, July 27, 2011

# Wordless lagi~~


Lu pikir la sendiri. hahahaha...




Tuesday, July 26, 2011

SUKA SUKI: Apa Yang Anda Fikir Sebelum Tidur

SOALAN:

Setiap malam apabila anda berada di atas katil, apakah yang anda fikir sebelum tidur

A. Perkara yang nak dilakukan esok hari ataupun membuat perancangan untuk masa depan
B. Perkara yang telah berlaku hari ini ataupun yang lepas
C. Perkara yang tiada kaitan dengan duniawi

ANALISIS:

A. Anda mempunyai perancangan dan strategi apabila membuat sesuatu. Anda sentiasa memastikan kerja yang anda buat tidak akan berlaku kesilapan. Anda ingin semua orang mengikut kata-kata ataupun perancangan anda. Mereka yang ingkar pada anda akan tercatat dalam buku senarai hitam anda. Kehidupan anda penuh dengan cabaran.

B. Anda tidak dapat melepaskan diri dengan apa yang telah berlaku . Anda sering berada di dalam kenangan anda. Sekiranya berlaku apa-apa masalah, anda sering menyalahkan diri anda. Anda telah terlepas banyak peluang keemasan. Anda dinasihatkan untuk lapangkan minda demi menerima perkara baru dalam hidup anda.

C. Anda seorang yang pelik. Anda mempunyai pelbagai idea yang pelik dan mencabar. Anda suka berangan-angan. Apabila terdapat kegembiraan, anda akan berkongsi dengan kawan-kawan. Walaupun anda sangat cuai tetapi anda disukai ramai.

p/s: soalan penghilang stress di masa lapang. tiada kena mengena antara yang hidup atau yang telah tiada. Sekian, terima kasih :)




Sunday, July 24, 2011

Malam Pertama Aku~

Ermm..macam ni lah malam pertama aku..Aku ditinggalkan. Bukan kena tinggal pun tapi aku yang tak nak ikut pindah skali. Dah la cam tu, sakit pinggang plak kes mengangkat barang-barang berat tanpa ikut prosedur yang betul..amik kau nak sangat. Konon-konon gagah perkasa la sangat. Tak pasal-pasal sakit yang dapat.

Malam ni, tidur keseorangan la aku. Kebiasaannya ada adik-adik and mak aku. Malam ni rasa sunyi pulak sebab rumah ni dah terase sangat-sangat la besar sebab aku sorang je penghuninya. Time ada diorang takde la terasa besar sangat ruang rumah nie. Aishh..Malam ni hujan renyai-renyai, kalau penghuni lain aku rasa semua dah dibuai mimpi dah. Aku aje kot yang tak leh nak tidur lagi..Rindu punya pasal tambah lagi dengan sakit. Kalau sakit-sakit camni, kalau ade mak leh gak nak bermanja-manja. Kalau tak tak kena picit pun, buat layan rengekan pun jadi la. Penawar aku ni beb..Sakit-sakit pun leh hilang sakit kalau tengok wajah dia. Dengar suara pun dah terase best dah. Cam sedih la plak..Siot betul layan perasaan malam-malam buta camni. Hhuhuh..

Teringat plak satu ayat yang selalu orang kita guna ' Masa Ada, Tak Diingati..Bila Sudah Tiada, Baru Nak Dihargai '. Hmm..

heyitswynonna.tumblr.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...