MY fWends

Sunday, October 16, 2011

Sunyi~



Sunyi..
Muncul secara tiba-tiba
Ruang seakan-akan suram dan kelam
Pandangan kian menyempit
Hati terasa sesuatu yang menghilang
Sedang aku cuba menggapai apa yang tiada
Hingga pada satu masa
Tanpa sedar
Aku terkenang masa silam
Mengilusikan keindahan lampau
Sendiri
Tetap sendiri
Kaku
Sepi..Tanpa suara
Hanya mata saja yang ku kerdipkan
Bicara sama hati
Semoga tak sebegini selamanya~


Monday, October 10, 2011

Setiap Apa Yang Allah Ciptakan, Semua Ada Hikmahnya~






Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le.... Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang  sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. 

Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? 

Alah...bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut. So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. 

Nak tau apa keputusannya ? 

Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut ! 

Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan ! 
Jadi begitu juga dalam soal harta pusaka dan sebagainya.


Saturday, October 1, 2011

SUKA SUKI: Siapakah Anda?




Pernahkah anda memikirkan orang yang bagaimanakah diri anda yang sebenarnya? Adakah anda seorang yang pendiam, suka bercakap, pendedndam, lemah lembut, dan sebagainya..Mungkin anda segan untuk bertanya kepada orang lain tentang personaliti diri sendiri. SEkiranya anda ingin lebih mengenali diri sendiri maka tunggau apa lagi? Cepatlah menguji diri sendiri dengan soalan di bawah ini >>>

SOALAN:

Sepasang kekasih sedang duduk di atas kereta kebal. Ketika di tengah-tengah udara, wanita tersebut telah bercakap kuat dengan teman lelakinya. Pada pendapat anda, apakah yangtelah dicakapkan oleh wanita tersebut?

A. Malam ni kita tinggal di hotel yang bewarna putih tu!
B. Wahh! Lihat, tasik yang sangat cantik!!
C. Ah! Saya takut!! Cepat selamatkan saya!!
D. Alamak!! Kenapa tiba-tiba kereta kabel ni menjadi lambat? Apa yang sedang berlaku?
E. Perut saya sangat lapar.

ANALISIS:

Orang Yang Memilih Jawapan A

Anda seorang yang menuju ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Anda mempunyai azam. Anda tidak ingin bergantung kepada orang lain. Anda tidak takut dengan kesusahan dan kekalahan. Anda mempunyai kecekalan dan tiudak mudah putus asa. Disebabkan sikap anda ini, anda amat dipercayai.

Orang Yang Memilih Jawapan B

Anda seorang yang membuat sesuatu mengikut perasaan dan citarasa sendiri. Anda mempunyai byk pengalaman dan ilmu pengetahuan. Anda dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Anda melakukan kerja atau tugasan yang diberi dengan penuh bertanggungjawab. 

Orang Yang Memilih Jawapan C

Anda seorang yang tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Selain itu, anda juga mudah berputus asa dan kecewa. Anda sering buat kerja setengah jalan disebabkan sedikit halangan dan masalah. Jangan terlalu memaksa diri sendiri untuk berkawan. Anda kena pandai memilih kawan yang mampu membimbing anda ke jalan yang betul.

Orang Yang Memilih Jawapan D

Anda seorang yang pesimistik. Anda bimbang pada banyak perkara. Walaupun anda seorang yang berazam tinggi, namun disebabkan terlalu memikirkan risiko yang bakal berlaku anda menjadi takut untuk mara ke depan. Disebabkan faktor ini juga, anda tidak dapat menunjukkan bakat yang ada pada diri sendiri. Anda kena beranikan diri sendiri.

Orang Yang Memilih Jawapan E

E. Anda seorang yang seorang yang berubah-ubah dan tidak tetap pendirian. Anda sering mengubah sesuatu yang ditetapkan. Apabila anda mempunyai semangat maka sesuatu kerja akan dilakukan dengan baik sekali. Begitu juga sebaliknya. Anda tidak berapa matang dan sukar untuk berdikari. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...