Selamilah dasar hati, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu terikat pd hati yg punyai sifat redha dan tawakal yg tinggi kpd Allah s.w.t.
Daripada Shuhaib r.a, sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
"Sungguh menakjubkan urusan orang Mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah kebaikan. Apabila mendapat nikmat maka dia bersyukur dan itu kebaikan baginya. Dan apabila ditimpa ujian (kesempitan), maka dia bersabar, dan itu kebaikan baginya." (Riwayat Muslim)
Menjadi yang terbaik...
Dari Abu Hurairah r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w. :
"Bukan yang dinamakan kaya itu kerana banyaknya harta tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya ialah kekayaan hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Ibn Umar r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w.
"Bila kamu berada pada waktu petang maka janganlah menantikan waktu pagi. Dan bila kamu berada pada waktu pagi maka janganlah menantikan waktu petang. Pergunakanlah masa sihatmu untuk waktu sihatmu, dan pergunakanlah masa hidupmu untuk saat kematianmu." (Riwayat Bukhari)
Senyum kalian bagi saudaranya dalah sedekah, beramar ma'ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah. (Hadis Riwayat At Tirmizi dan Abu Dzar)
Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Tidak ada muslim yang ditimpa kesusahan, kesakitan yang berlanjutan, kerisauan, kesedihan, kecederaan ataupun oleh duri yang mencucuknya melainkan Allah akan menjadikannya ganti rugi bagi dosa-dosanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hiduplah dalam satu hari ini dgn segala kebahagian dan kegembiraan, penuh kedamaian dan ketenteraman, redha dgn rezeki yang telah diberikan, redha dgn isteri, dgn anak-anak dan keadaan rumah, redha dgn pekerjaan dan kedudukan.
Hari ini aku akan hidup dan wahai masa lalu pergilah dari hidupku, berlalulah seperti matahari yg tenggelam, aku tidak akan bersedih lagi keranamu, dan aku tidak akan mengingatimu, kerana engkau telah meninggalkanku dan berlepas daripada kehidupanku, dan tidak akan kembali selama-lamanya.
Hiduplah sepertimana engkau telah diciptakan, jangan mengubah bentuk suaramu, jangan tukar gerak-gerimu, jangan menyalahi cara berjalanmu, bimbing lah jiwamu agar sentiasa bersama dengan wahyu Allah, namun jangan engkau lupakan kewujudanmu dan matlamat hidupmu di atas dunia ini.
Janganlah engkau melihat tangan, kerana mustahil suatu keadaan akan terus berkekalan, sebaik-baik ibadah adalah menunggu datangnya kelapangan, hari-hari akan terus berputar, waktu akan silih berganti, malam akan berganti siang, yang ghaib akan terus bersembunyi , yang Maha Bijaksana akan sentiasa mengatur, semoga Allah membaiki keadaan setelah semuanya berlalu, dan sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan.
Orang yang bijak akan menjadikan kerugian sebagai keuntungan dan orang yang bodoh akan menjadikan musibah menjadi berlipat ganda.
Jikalau engkau ditimpa suatu masalah lihatlah ke sisi terang yang ada di dalamnya, apabila salah seorang daripadamu mendapati muniman limau maka tambahkanlah ke dalamnya satu sudu gula, dan apabila engkau menerima ular-ular sebagai hadiah maka jadikanlah dari kulitnya sesuatu yang amat berharga dan tinggalkanlah bakinya, apabila engkau digigit oleh kala jengking maka ketahuilah bahawa ia dapat menyembuhkanmu daripada racun ular yang berbisa, atasilah keadaanmu yang buruk dengan mencari jalan keluar yang menghasilkan bunga-bunga yang indah dan wangi, boleh jadi engkau tidak menyukai sesuatu namun Allah s.w.t. menjadikan kebaikan daripadanya.
“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia”. [Imam As-Syafie]