MY fWends

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Otaku > Keobsesan Melampau

ehsan dari Mr Google

Otaku bukan otakku..sebut biar betul..Pernah dengar perkataan 'otaku'?

Otaku ni dalam slang Jepun moden merujuk kepada fans yang terarah kepada tema, topik atau hobi. Kebiasaannya otaku nie berkait dengan anime, cosplay, manga dan game. Kat Malaysia aku tak pasti adanya geng-geng otaku. Yang aku tahu hanya di Jepun paling glamor dengan golongan Otaku. Otaku ni kira peminat yang obses pada sesuatu hobi. Bila ko obses giler kat sesuatu mende cam anime la contohnya, maknanya semua yang pasal anime ko boleh cerita dari A to Z. Kira ko ni kamus bergerak anime la..Satu bilik sure penuh dengan poster, model figura, DVD/CD, anak patung, dan barang yang berkenaan dengan anime. Otaku ni apa yang aku faham, mereka hidup dalam dunia diorang sendiri, minat dengan karakter-karakter anime/game dan jarang keluar rumah. Contohnya kalau peminat bola..makan ingat bola, tidur ingat bola dan sembang pun pasal bola. Begitu juga Otaku lebih terarah kepada isu-isu berkaitan dengan fans tersebut. For sure dalam bilik tidur seorang Otaku penuh dengan figura dan model dari anime dan game, manga, komik dan VCD/ DVD yang diminati. Setiap info terkini berkenaan anime, game, cosplay dan manga akan cepat diketahui oleh golongan ini. Wah wah macam gosip artis Malaysia plak kan? Hahaha..


 (pic:)

But as for me, if you like something..Just make it as a hobby. Don't be like an Otaku. What we do and what we like, they all have their own limits. Get a life..don't shut your world with these kind of thing. Open your eyes and see the beautiful wide wide world. You can do a lot of thing inside it..

Apa-apa pun, aku pun juga peminat anime, game dan manga but i'm not an Otaku. I'm just enjoying to do what i like to do ;)

Wednesday, September 28, 2011

DIY memang menjimatkan..


D.I.Y atau perkataan panjangnya Do It Yourself. D.I.Y mempunyai banyak maksud tetapi apa yang aku ingin tonjolkan di post ini adalah membuat sesuatu secara 'hand made'..Pernah tak korang buat sendiri apa-apa daripada barang yang kalau di buang ko terasa macam amat-amat membazir. Kalau pernah buat tanpa lihat tutorial yang ada, korang memang seorang yang berseni. Itu pendapat aku. Kira boleh buat kraf sendiri atau something yang boleh diguna pakai semula. Membuat secara 'hand made' bagi aku amat-amat menjimatkan selain itu juga dapat mencambahkan idea-idea kreatif dari bahan-bahan terpakai atau terbuang. Kadang-kadang dengan bahan-bahan recycle ini, korang boleh membuat sesuatu yang menarik daripadanya. Apa yang best dengan membuat hand made dari barang recycle ini ialah kita boleh dapat dengan harga yang murah dan kadang-kadang  tidak perlu mengeluarkan duit langsung dan yang keduanya ialah dengan D.I.Y hand made juga kita boleh menghasilkan duit. Bestkan? Yang penting ada usaha untuk menghasilkan sesuatu, rajin dan kreatif. Apabila kita membuat sesuatu benda dengan daya kreativiti yang kita ada, kita boleh merasa puas dengan apa yang kita hasilkan. Di samping itu juga, menghasilkan sesuatu yang sebegini juga kita boleh jadikan ia sebagai hobi di masa lapang. Tak la bosan sangat kan isi masa terluang dengan hand  made.

Di bawah ini aku ada share kan video-video yang aku rasa menarik dan senang untuk orang-orang seperti aku ini. Barang-barang yang digunakan pun senang nak dapat.


Senangkan? :)


Bahan-bahan senang nak dapat..


Ohh..untuk yang minat fotografi dan mempunyai kamera, korang leh wat studio mini korang sendiri. Macam mana? Senang je..korang leh buat macam yang dalam video ni atau pun cari kotak yang terpakai, then tebuk lubang pada 4 bahagian dan letak dengan kertas bewarna or plastik hamper yg berwarna tu pada 3 bahagian.Yang satu lagi berlubang tempat ko nak shoot subjek tu. Dan halakan lampu pada bahagian yang terlekat kertas berwarna tu. Pengcahayaan lampu boleh menaikkan kesan dramatik pada subjek tersebut.Ini just ko nak shoot subjek yang seperti di atas. Jika korang suke amik outdoor photography yang mesti memerlukan reflector untuk pengcahayaan. So kalau korang nak jimat just guna kotak keras yang terpakai dan balut dengan aluminium foil atau cat dengan cat putih. Senang je cara ini.


Hohoho..Tengok video ni, teringat balik time aku sekolah menangah. Dulu time aku form 3, aku pernah buat binding macam dalam video di atas ni. Aku buat notepad dengan menggunakan kertas buku-buku sekolah yang dah tak dipakai.  Aku punya method senang aje..Aku kapit kertas yang sudah aku kerat dengan pengapit kertas besi dan penyepit baju supaya tak bergerak, letakkan gam dan lekatkan kertas tebal untuk dijadikan kulit. Cuma aku punye notepad tak sekemas buku yang di binding di atas tu. Notepad yang aku hasilkan sebesar bisnes kad aje. Tapi sangat-sangat berguna pada ketika itu sebab aku gunakan untuk tulis formula matematik.

Thursday, December 16, 2010

Jangan Panik!!

Photo: NEWSLINE SCOTLAND

Bayangkan kamu menaiki helikopter dan heli tersebut membawa kamu ke pelantar minyak di tengah-tengah lautan. Ketika dalam perjalanan, tiba-tiba kamu terasa heli tu bergoyang-goyang, bergegar dan di luar kawalan. Pilot yang membawa kamu dan penumpang yang lain menjerit supaya kamu semua jangan panik, helikopter yang korang naiki tu di luar kawal dan akan terhempas ke laut. Kamu semua takut, pucat, ada yang menangis, ada yang berdoa. Semua perasaan bercampur baur. Dan pada masa yang sama, helikopter tersebut berpusing-pusing di udara dan satu momentum yang tinggi menarik burung besi ke bawah. Heli makin menjunam ke bawah dan lautan yang jauh dari pandangan makin dekat dan dekat. Semua yang berada di perut helikopter mulai menjerit menyebut dan memanggil nama Tuhan dan orang-orang tersayang. Dan KABOMMM!!!

Heli terhempas ke laut dan air mulai masuk dari celah-celah dinding burung besi tersebut..Dan hanya tinggal kamu seorang sahaja yang hidup. Kamu panik dan panik dan panik.

Esok dalam akhbar...

credit: http://www1.wsvn.com

Malaysia:  Sebuah helikopter terhempas di perairan Laut China Selatan tengahari semalam. Menurut pihak berkuasa, pesawat kecil tersebut mengalami masalah mekanikal dan tiga (3) orang penumpang termasuk juruterbang meninggal di tempat kejadian.

---------------------------------------- PROLOG -----------------------------------------

Tulisan di atas merujuk kepada sesiapa yang bekerja di pelantar minyak. Sesiapa yang selalunya pergi offshore dan berulang alik dari daratan ke pelantar di tengah lautan dengan menggunakan helikopter. Kemalangan seperti ini selalunya berlaku walau bukan di negara kita. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga syarikat yang berkaitan dengan carigali petroleum kebiasaannya menyediakan latihan-latihan kecemasan dan salah satunya apabila berada dalam situasi tersebut.


Helicopter Underwater Escape Training ( HUET ) 


Latihan melibatkan satu simulasi helicopter yang tenggelam dan pada masa yang sama diterbalikkan di dalam sebuah kolam. Latihan ini untuk dilaksanakan supaya pelatih dapat melihat kesan dan mengenalpasti  pintu keluar utama dan kedua, dan mengelakkan 'smoke inhalation'.

Aku boleh terang sikit-sikit je pasal HUET ni sebab aku tak join pun training ni. Aku up post ni sebab aku tertengok video pasal latihan ni. Pastu aku bayangkan aku yang berada dalam perut stimulator tu. Panik weyy..Panik sebab duk dalam air dengan hidung yang tak boleh nak sedut oksigen pastu nak cari jalan keluar dari kabin yang diterbalikkan lagi..Mau berapa minit aku amik masa nak keluar tu..Huhuu..

Wednesday, November 24, 2010

TV ALHIJRAH: SEGALANYA BERMULA DI SINI..3 MINGGU DAH UJIAN SIARAN..APSAL AKU BARU TAHU EK?

Salam alaik..

Lame sangat-sangat tak mengemas-ngemas umah aku nie.. hari nie baru berkesempatan. Time takde keje nie lah masa aku nak berblogwalking, komen mengomen and updating my article. While surfing the internet, ada kawan cakap ada stesen siaran tv baru tak perlu bayar selain yang dah sedia ada ( TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV dan TV9) . Apsal aku tak tahu ek?

Stesen tv ni dah 3 minggu memulakan siaran ujian sejak 1 November 2010. TV AlHijrah telah berjaya dipancarkan menerusi lima pemancar iaitu di Lembah Klang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Kalau  korang dah bermukim di area yang termaktub tu boleh la cari channel ni. Dengan bermotokan ' SEGALANYA BERMULA DI SINI ', TV AlHijrah akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432H. TV AlHijrah beroperasi di Kompleks Pusat Islam ini menyediakan rancangan berunsur islamik santai. Boleh ditonton bermula jam 3 petang hingga 12 malam setiap Isnin hingga Jumaat dan 12 tengah hari hingga 12 malam setiap Jumaat hingga Ahad. So kalau nak tahu lebih lanjut korang kne klik TV ALHIJRAH.


  laman muka website TV Alhijrah

Ok gak ade pembaharuan, sekurang-kurangnya taklah mesin tv umah aku senyap tak bernyawa je. Tv umah aku tu hidup bila ada rancangan best je. Tapi bukan aku yang tengok, family aku yang tengok. Aku just layan je kalau rancangan tv tu kene dengan jiwa.


JOM CARI



p/s: aku dah cari tapi volume tiada.

semua foto credit> TV ALHijrah 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...