MY fWends

Wednesday, September 1, 2010

Ramadhan itu Berkat~



Pejam celik pejam celik..dah tinggal braper hari lagi kiter nk berpose nk bersahur, nk pi terawikh..Ramadhan dh nk meninggalkan kite dh..Bulan yang penuh keberkatan.Tak terase kah kiter? Bulan yang barakah penuh dengan rezeki dan rahmat. Allah bg kiter nikmat yg besar skali pd bulan nie..berkejaran-kejaran mencari saham akhirat, redha dan keampunan dr Allah swt.

Ramadhan itu berkat..kenapa??

Sebab pada bulan Ramadhan rezeki mencurah-curah kepada setiap org. Tak kire kepada peniaga makanan bazaar, penjual kuih raye dan kerepek raye, pakaian dan juga kepada pembeli.Semua dapat manafaat. Tak lupe juga kepada rumah kebajikan seperti rumah anak-anak yatim juga mendapat perhatian daripada orang perseorangan dan juga badan-badan korporat dalam memberi sumbangan serta mengadakan majlis-majlis amal dan majlis berbuka puasa.

Yang paling bestnyer pada bulan Ramadhan nie, kiter boleh menumpukan perhatian dan beribadat dgn tenang tanpa penyangak tetap yang bernama 'SYAITAN'. Keinginan nk wat amal pada bulan tu meningkat 110% dari biasa. Semua pakat berkejar-kejaran nk cari saham akhirat dgn buat solat sunat, bertadarus, qiamulail dgn lain2 aktiviti.


Bagi yang menyedari kehebatan bulan Ramadhan di samping bonus yg Allah bg kepada hambanya iaitu malam LAILATUL QADAR. Bagi hamba-hamba yg terpilih bertemu malam tersebut bagai dapat 'DURIAN RUNTUH' atau 'LOTERI' pada bulan Ramadhan nie.Kalau dibandingkan dgn emas permata, mmg tak ternilai harganya sbb malam tersebut bagaikan kiter beribadat 1000 bulan. Mane nk cari tu? Kiter nie blum tentu bleh beribadat 1000 bulan. Tapi apa-apa pun yang penting amal yang kita laksanakan pada bulan yang penuh berkat ini tidak terhenti apabila memasuki bulan-bulan yang seterusnya. Kita haruslah konsisten dan istiqamah dalam melakukan ibadah..

Ramadhan itu berkat..kenapa??

Bulan ini penuh keberkatan kerna bkn hanya menambahkan mata pencarian kepada orang ramai tetapi bulan ini juga mendidik kita supaya menahan dan mengawal nafsu kita. Menahan mulut dari mengumpat orang, mengawal pendengaran dan penglihatan daripada kemungkaran. Ramadhan juga adalah bulan kita menyucikan diri daripada sifat-sifat mazmumah di menambahkan kesihatan pada tubuh badan.

Moga dengan dengan keberkatan bulan Ramadhan ini dapat menambahkan amal pada bulan-bulan yang seterusnya..Amin~

Thursday, August 26, 2010

Bahagia



Bahagia itu bahagia
Sukar untuk dimengertikan
Hanya orang yang melaluinya..mengetahuinya

Bagiku..
Tenang itu bahagia
Kusyuk itu bahagia
Sakit itu kadang-kadang bahagia
Mengingati Allah itu bahagia
Melihat orang bahagia itu bahagia

Tapi..
Untuk mendapatkan bahagia itu
Tidak dapat dinilai dengan wang dan permata
Kadang-kadang perlu merasai sakit dan derita, susah dan tangisan airmata
Itulah nikmat bahagia

Wednesday, August 25, 2010

Happy Wednesday

Tak Bersedih Lagi





Awak tanya saya..
Tak rasa apa-apa ke kalau saya tak mesej atau bercakap dengan awk 1 hari??


Saya akan jawab:
Mula-mula saya hisab diri saya..
Dan tanya diri saya
Kenapa awak tak mesej atau bercakap dengan saya??
Saya ada buat silap dengan awak ker??
Ke awak ada terase hati dengan saya??
Ke awak tak nak kawan dengan saya lagi??

Pastu mesti saya rasa cam nak merajuk..
Tapi bile saya fikir balik
Mungkin awak ada keje kot
Maybe ade hal penting hari nie
Bz memanjang kot
Tapi...
Bile saya fikir yang buruk-buruk kat awak..
Saya rasa cam nak menangis..
Tapi bile fikir balik..
Saya katakan pada diri saya
Jangan Bersedih..
Saya kene bersangka baik dengan awak
Awak hak milik Allah
Awak kawan dengan saya atas kehendak-Nya
Awak tak nak bercakap dengan saya pun atas kehendak-Nya
Semuanya berlaku atas izin Allah
Dan semua yang berlaku ade hikmah di sebaliknya..
Saya redha..

Dan saya pujuk diri saya lagi..
Jangan Bersedih
Semua ini adalah ujian dari Allah
So saya kne sabar dan tak boleh mengeluh..
Jadi saya kne bersangka baik dengan Allah
Kerna saya tahu..
Saya masih ada Allah disisi
Tempat saya mengadu dan meminta pertolongan
Saya masih ada keluarga di samping saya..
Untuk beri sokongan dan kasih sayang
Saya masih ada kawan-kawan disekeliling saya..
Untuk berkongsi suka dan duka..
Syukur selalu..

Dengan itu saya tak jadi nak bersedih lagi..



Hidayah..




Hidayah..
Ia satu nama
Ia dikejar dan dicari oleh sang soleh dan solehah
Di mana mau dicari?
Berapa harganya?
Macam mana untuk dapatkannya?
Berdoa, berusaha, tawakal dan terus berdoa..

Hidayah itu tidak ternilai harganya
Tidak dapat dibeli dengan wang dan permata
Di cari orang tidak dijumpainya
Anugerah Ilahi pada sang terpilih
Ianya lebih bermakna dari seisi dunia
Ia datang dengan tidak disangka-sangka
Bagai bayu lembut tenang menyapa muka
Rahsia antara rahsia
Berbahagialah orang yang memilikinya
Berbahagialah..Bergembiralah..

Hidayah
Ianya Nur Iman
Lebih terang dari sinaran matahari
Menerangi kegelapan hati
Bergegar, bergetar melembutkan jiwa
Penawar rohani yang berduka lara
Datangnya bersama tarbiyah Allah

Tuesday, June 22, 2010

Hijrah Diri Mu



Hijrah bermula dengan diri sendiri, bukan melihat orang lain berubah baru hendak berubah. Jangan harapkan keluarga, masyarakat, organisasi dan negara kita akan berubah (berhijrah) sekiranya diri kita sendiri tidak berubah terlebih dahulu. Perhatikan sajak di bawah untuk memahami kepentingan memulakan hijrah dengan diri sendiri:

Ketika lepas bebas di alam remaja
Impianku tidak mengenal batasan
Aku ingin mengubah dunia
Apabila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang
Kusedari rupanya dunia tidak akan berubah
Lalu aku bataskan jangkauan
Memadailah jika aku dapat mengubah negara
Namun ini juga tidak kesampaian
Kala usia senja, pilihan terakhirku
Mengubah keluarga dan mereka yang terdekat
Malangnya..
Mereka juga tidak mampu ku ubah

Kini, di perbaringan menanti maut baru kusedari
(mungkin buat kali pertama)
Andainya dahulu yang pertama ku ubah adalah diri sendiri
Dengan menunjukkan teladan yang baik
Pasti aku dapat mengubah keluarga
Lantas dengan sokongan dan dorongan semangat mereka
Aku pasti mampu mengubah negara
Dan siapa tahu...
Mungkin juga aku mampu mengubah dunia

(Petikan dari Majalah Solusi Isu no.15 Hijrah atau Kalah!)

Monday, June 21, 2010

Rabitahku



Ya Allah Ya Tuhanku,
Ku dengarkan rabitahku untuk-MU
Rabitah sang hamba yang lelah dan lemah di alam MU ini
Rabitah yang hanya didengari dan dilihat MU
Mengharap redha dari MU Yang Satu

Ya Allah Ya Tuhanku
Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat
Hanya padaMU ku perdengarkan keluh kesahku
Hatiku persembahkan kepadaMU
Moga ku dapat ketenangan dariMU

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku musafir di padang pasir mencari-cari aliran cintaMU
Mencari supaya kekal dekat denganMU
Kekal mengingatiMU di detik-detik waktu
Moga ku sedar dan ingat ketuananMU terhadapku
Moga ku tahu aku ini milikMU

Ya Allah Ya Tuhanku
Jangan Kau lambung-lambungkan hatiku dariMU
Tetapkan hatiku di sisiMu..Tetapkan di sisiMU
Jangan kau palingkan hatiku dariMU
Kaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Kasihanilah makhlukMU yang kerdil lagi hina ini
Tidak terdaya olehku tanpa belas ihsanMU

Ya Allah Ya Tuhanku
Yang maha Gagah lagi Maha Melindungi
Bantulah hambaMU ini membawa hari-harinya untukMU
Redhailah setiap gerakan sendi dan tulang belulangnya
Berkatilah hambaMU di setiap hembus nafasnya
Hindarilah ketakutan-ketakutanku dengan ketenangan dariMU
Tarbiyahkanlah aku dengan hidayahMU
Walau pahit tetap dirasai manisnya
Segala Puji Tuhan Sekalian Alam



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...