MY fWends

Monday, August 15, 2011

macam mane ni....

Selamat berpuasa kepada semua geng-geng blogger..Hari ini adalah hari yang ke-15 kita berpuasa kalau tak silap aku la..Tinggal lagi 14 hari lagi untuk kita menyempurnakan ibadat puasa dan juga ibadat sunat. Cepatnya masa meninggalkan kita ya..Terasa banyak lagi yang hendak dikejar dan yang hendak diisi. Tamak ke aku ni? Entah la. Terasa cam tak mempunyai masa yang cukup untuk buat perkara kebajikan. Ermm..Hari ini aku berblog di ofis bukan sebab keje aku semua dah siap, tapi aku amik 'take 5' sekejap dan memandangkan waktu rehat dah masuk. Salah satu sebab lain adalah aku mengantuk. Cara begini sahaja yang dapat mengurangkan rasa kantuk aku walaupun masih terase mengantuk lagi. Aku rasa lepas ni, aku nak lelap sebentar sebelum mengerjakan solat zohor.

Kenapa yerk?

Kenapa sejak bulan Ramadhan ni, aku selalu sangat mengantuk ek? Kalau setakat di ofis ni ok lah lagi tapi ni dah terbawa-bawa sampai ke solat terawikh..Tahun ini tahun aku mengantuk sepanjang Ramadhan. Kalau diingatkan balik permulaan puasa pada tahun ini, tak pernah lagi aku tertidur kat ofis macam tu aje. Kalau di ingatkan balik seriously memang kelakar. Menyandar selesa sikit aje di kerusi kerja, terus terlelap. Letak aje kepala atas meja kerja, tak sampai seminit terus gelap dan terawang-awang ke mana tah..Letak je kepala kat dinding, mata terus tertutup rapat. Terangguk-angguk dan tersengguk-sengguk. Hari tu memang aku masam kera dah kena belacan. Tak tahu nak duduk posisi macam mane lagi di kerusi, memang terlelap. Aku rasa ketua bahagian aku dah tengok macam-macam gaya aku terlelap hari tu. Hahahah..Mujur ketua aku tu sangat memahami. Buat dunno je..Hihihi..Bila jam dah menunjukkan pukul 1, terus aku letak kepala atas meja..lena. Sedar tak sedar, bila aku terasa lengan kiri aku basah dengan air liur sendiri..Memang giler tak senonohnya aku hari tu. Malu pun ada sebab ketua bahagian aku ada kat meja dia. Terpaksa la meng'cover'kan muka aku bangun dan terus ke pantry untuk basuh muka..

Kalau di surau pulak, aku biasa mengantuk time imam bagi tazkirah senggang waktu untuk ke rakaat yang ke-5. Terpaksalah menggerakkan badan supaya aku tak mengantuk sangat. Menunduk, menyenggeng, berlunjur, bersila. Habis posisi aku buat untuk hilangkan kantuk. Aku rasa jemaah belakang mesti perasan aku tak senang duduk. Mengantuk punya pasal ditambah lagi dengan angin kipas. Lagi membuai-buai dan semakin layu mata aku. Terpaksalah aku bertahan sampai habis solat sunat witir..

Aku just terfikir macam mana mau bagi hilang rasa kantuk ni..hurmm..Opss, dah terlebih dah ni. Waktu rehat aku dah habis..Terpaksa stop kat sini..lenkali sambung lagi untuk topik yang berbeza..Cau cin cau..



Saturday, August 6, 2011

SUKA SUKI: Kelemahan Anda Yang Paling Anda Takuti


Setiap orang mempunyai kelemahan tetapi terdapat sesetengah orang tidak tahu akan kelemahan diri sendiri. Marilah kita menguji setakat mana kelemahan diri sendiri yang kita miliki dengan membayangkan diri berada di lokasi kejadian pembunuhan...

Bayangkan bahawa anda adalah seorang detektif. Pada suatu hari anda telah pergi menyiasat kes pembunuhan, mangsa adalah seorang wanita muda. Di tangan mangsa tergengam gincu yang patah. Melalui naluri anda, apakah punca yang menyebabkan mangsa dibunuh?

credit to animepicuriosity.wordpress.com


A. Perompak telah menceroboh masuk dan membunuhnya
B. Teman lelakinya membalas dendam kerana mangsa cinta orang lain
C. Perbuatan lelaki abnormal yang telah lama menyukainya
D. Musuh cinta mangsa telah membunuhnya.


ANALISIS: 

A. Kelemahan diri anda yang paling anda takuti adalah penyakit. Anda bimbang dan khuatir sekiranya anda menghidapi penyakit yang tidak boleh dirawati. Akhirnya anda akan mati dalam keadaan yang terseksa. Anda takut dengan kesakitan pada tubuh dan juga takut akan kematian.

B. Kelemahan diri anda yang paling anda takuti adalah kematian. Tapi bukannya takut akan kematian diri sendiri. Sebaliknya kematian orang yang paling rapat dengan anda. Ini adalah kerana anda terlalu bergantung kepada mereka terutamanya ibu bapa, adik beradik dan teman hidup. Sekiranya berlaku perkara ini, anda pasti tidak dapat menanggungnya.

C. Perkara yang paling anda takuti adalah tidak dapat memahami dan memberi penjelasan tentang gejala semulajadi yang berlaku. Gejala-gejala ini termasuklah roh, hantu, balas dendam dan sebagainya. Anda menjadi sangat keliru apabila perkara-perkara ini berlaku. Ini adalah kelemahan diri anda yang sukar untuk mengatasinya.

D. Kelemahan diri anda yang paling anda takuti adalah dikhianati. Anda tidak dapat berhadapan dengan kekasih yang berubah hati, kawan yang tidak setia atau saidara mara yang membelakangi anda. Apabila mereka mengkhianati anda, anda telah kehilangan daya untuk menyerang balik. tapi kelemahan ini sukar untuk dikeasan.

p/s: Test ini adalah semata-mata untuk suka-suka dan untuk mengisi masa lapang sahaja. No need to take it seriously. 

Wednesday, August 3, 2011

Malam-malam ku, terganggu tidur ku~


Malam-malamku. terganggu tidur ku..Esok paginya mula la aku terangguk-angguk di pejabat. Nyaknyer-nyaknyer..

Malam pertama, 
Malam pertama aku, satu malam tak boleh tidur sebab diganggu makhluk halus. Tangan aku bertempur dengan juruterbang-juruterbang nyamuk. Bila mata dah lelap tetapi terganggu dek dengung kipasan sayap nyamuk di tepi telinga. Pencemaran bunyi betul. Tangan mula la ber'pap' sana ber'pap' sini. Ada rezeki banyak juga yang kojol di tapak tangan aku ni. Yang terlepas tu, ko memang selamat nyamuk buat masa ini tapi tak masa akan datang. Siap kau, akan ku bunuh jua.Huahuahua (gelak jahat). Jawabnya sampai sahur aku just tidur-tidur ayam je. Lepas sahur, baru lah bleh tidur dalam keadaan tenang walau dalam masa yang singkat. Tup tup 6.30 pagi baru aku terjaga dari tidur itu pun dah lewat. Badan pun berbintat-bintat merah.


Malam Kedua, 
Pukul 3.30 pagi, tang tung tang tang...siapa la yang memasak kat dapur awal-awal pagi camni. Seingat-ingat aku, aku seorang je yang menghuni rumah ni..Terjaga sebab bunyi bising. Jam baru menunjukkan pukul 3.30 pagi. Awal giler kalau nak bangun sahur ni. Tang tung tang tang..Terpaksa la aku mengangkat kepala dari bantal dengan malasnya menjenguk ke dapur. Laa..cik tikus tengah menggelek sebatang lilin putih yang panjang. Bila ia perasan aku tengah perhatikan ia, ia larikan diri kejap dan tinggalkan apa yang digeleknya tadi. Aku malas nak tinggalkan perbaringan aku nak ambil sebatang lilin kat tengah-tengah lantai dapur tu. Biar je. Pabila cik tikus tengok manusia nan seorang ni buat bo layan je. Tang tung tang tang..berbunyi lagi gelekan lilin putih tu ke bawah kabinet. Pastu bunyi tu pun terus senyap. Selamat la lilin tu kat dalam sarang dia. Lilin tu cik tikus nak buat sahur pesengan. Aku pulak terus sambung tidur. Bangun tak bangun, pukul 5.00 pagi baru aku terjaga disebabkan getaran dari handfon aku. Kawan aku yang kejutkan. Kalau tak memang terbabas sampai subuh la jawabnya..Hehehe..

Macam-macam hal. Malam ni aku tak tahu la apekebende plak yang jadi. Hahaha..wokey bebeh..Subuh dah masuk. Aku pun nak meng'blah'kan diri and prepare untuk pergi kerja pulak. 

Monday, August 1, 2011

Alahai Dapur..





Hari ini hari pertama aku berbuka tanpa family. Masak pun sendiri je. Buat yang simple-simple. Makan hanya untuk semulut so tak perlu lah sampai kepada hidangan pembasuh mulutkan. Apa yang penting kenyang. Hehehe..Ni pun aku dah siap memasak tu yang sempat berblogging. Hanya tinggal masa untuk berbuka aja. Dah tak tahu ape nak dibuat.

Bercerita pasal masak memasak mesti berkaitkan pasal dapur. Dapur alahai dapur. Sebut pasal dapur mesti dikaitkan dengan perempuan sebab kaum hawa la yang selalunya berada di dapur tetapi tidak lagi pada zaman sekarang. Lelaki pun boleh challenge kaum hawa. Hehehe..Ok berbalik kepada dapur ni, dapur ni satu ruang di dalam rumah yang berfungsi untuk menyediakan makanan. Betul ke apa yang aku terjemahkan ni? Bedal jelah kan? Kat dapur ni tak lengkap kalau takde sinki, peti ais, dapur gas dengan alatan untuk memasak. Dan ramuan utama yang patut ada di dapur apabila nak memasak semestinya beras, minyak masak, garam, gula, lada sulah, bawang besar, bawang merah, bawang putih, rempah dan kicap. Ini memang dah jadi bahan asas yang kebiasaannya ada di dapur.Kalau takde tu, terpaksa la mereka-reka lauk selain beras dan minyak masak. Kalau tak cukup atau dah kehabisan, ko redah la giant, mydin atau kedai runcit. Kalau tak pun, makan kat luar la.Ini pada pandangan aku lah.

Apa yang tak best pasal dapur..Dapur jadi tak best apabila sinki takde air. Ini sangat-sangat tak best. Apabila air sinki takde, ko nak mengemas dapur pun takde mood apalagi nak memasak. Bayangkan satu sinki penuh dengan pinggan mangkuk yang tak berbasuh. Mak aihh, nak lalu area situ pun memang dah takde selera. Itu time sinki takde air . Penghuni rumah pulak jangan la pemalas nak mengemas dapur. Kalau tak situasinya sama jugak macam dapur yang takde air sinki. Hehehe..Dapur jugak kalau tak dijaga dan dikemas dengan baik kebiasaannya akan dihuni oleh makhluk-makhluk halus a.k.a juga sebagai musuh ketat dapur seperti semut, lipas dan tikus. So kemaslah dapur dan simpan makanan di tempat yang tak dapat dimasuki oleh makhluk-makhluk ini. 

So aku pun nak menjenguk dapur aku la pulak. Nak menyediakan apa-apa yang patut sebelum berbuka puasa. Untuk korang, selamat berbuka puasa dan selamat menjalani amal-amal soleh di bulan yang penuh keberkahan ini.


Thursday, July 28, 2011

article with no name~

Apa yang kau nak tak semudah bak memetik jari. Kau petik terus dapat. Not everyone like that. Aku? Aku sentiasa berusaha untuk capai apa yang aku nak. Aku tak dapat apa yang aku nak dengan hanya goyang kaki tetapi aku terpaksa mencari. Nak dapatkannya terpaksa berparut dan tergores dahulu sebab jalan aku tempuh tu tak rata..Ada-ada je tersadung, tersembam, terjelepok. Bangun lagi dan terus berjalan. Banyak yang 'ter-ter' kan? Sebab bukan sengaja merebahkan diri tapi kaki penat berjalan, tenaga habis digunakan dengan badan letih tak diisi. Putus asa? Fed up? Sedih? Seringkali dan sentiasa bercampur gaul dalam hati. Jangan diikutkan sangat perasaan itu. Boleh jadi kau akan berhenti setakat itu sahaja. Aku, sepanjang mencari selalu menanamkan mimpi yang indah-indah supaya kaki ku terus ke depan. Supaya aku ada hati untuk terus berusaha walau kekadang yang indah-indah itu tak diterima akal. Doa sebagai peneman dan semangat. Selalu menasihati diri bahawa apa yang aku cari itu semuanya adalah atas kehendak Yang Maha Penentu. Apa yang tak tercapai oleh ku itu adalah kehendak-Nya. Walau hati sedih, kecewa dan marah, ingatlah Dia yang mengkehendakinya begitu dan begini. Sentiasalah bersangka baik kepada-Nya. Selagi kau bersangka baik dengan-Nya, Tuhan akan memakbulkan perkara yang baik-baik untukmu dan sebaliknya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Memberi.

Wednesday, July 27, 2011

# Wordless lagi~~


Lu pikir la sendiri. hahahaha...




Tuesday, July 26, 2011

SUKA SUKI: Apa Yang Anda Fikir Sebelum Tidur

SOALAN:

Setiap malam apabila anda berada di atas katil, apakah yang anda fikir sebelum tidur

A. Perkara yang nak dilakukan esok hari ataupun membuat perancangan untuk masa depan
B. Perkara yang telah berlaku hari ini ataupun yang lepas
C. Perkara yang tiada kaitan dengan duniawi

ANALISIS:

A. Anda mempunyai perancangan dan strategi apabila membuat sesuatu. Anda sentiasa memastikan kerja yang anda buat tidak akan berlaku kesilapan. Anda ingin semua orang mengikut kata-kata ataupun perancangan anda. Mereka yang ingkar pada anda akan tercatat dalam buku senarai hitam anda. Kehidupan anda penuh dengan cabaran.

B. Anda tidak dapat melepaskan diri dengan apa yang telah berlaku . Anda sering berada di dalam kenangan anda. Sekiranya berlaku apa-apa masalah, anda sering menyalahkan diri anda. Anda telah terlepas banyak peluang keemasan. Anda dinasihatkan untuk lapangkan minda demi menerima perkara baru dalam hidup anda.

C. Anda seorang yang pelik. Anda mempunyai pelbagai idea yang pelik dan mencabar. Anda suka berangan-angan. Apabila terdapat kegembiraan, anda akan berkongsi dengan kawan-kawan. Walaupun anda sangat cuai tetapi anda disukai ramai.

p/s: soalan penghilang stress di masa lapang. tiada kena mengena antara yang hidup atau yang telah tiada. Sekian, terima kasih :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...