MY fWends

Sunday, November 14, 2010

Syaitan yg mengejutnya utk Solat~



Satu hari, akibat keletihan yg amat sangat Syeikh Abdul Qadir al-Jalani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh sudah hampir.

Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir.

Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu Subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan yg berupa seekor kucing itu.

" Mengapa kau kejutkan aku untuk solat Subuh padahal kau amat benci kepada orang yg solat?"
" Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun Subuh " jawab syaitan.

Kehairanan, Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya, " Kenapa? "
Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yg takutkan Allah.
" Aku takut jika kau terlewat untuk solat Subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yang lain yang lebih banyak dan lebih serius, " kata syaitan.
Tambah syaitan itu lagi, " Kau akan bersedekah. kau akan membantu orang lain. Kau akan mengajar lebih lama. Kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kamu solat Subuh tepat pada waktunya dan kami tidak akan menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu nanti!"

Award dari Miss Ladybird & Sang Go Jae~


First time aku dapat award dari Cik LadyBird dan Miss Sang Go Jae, pemurah hati tul la hati Cik Lady.Tocey2x..lenkali bg lagi tau..tp bg yg senang-senang dh la ye..Aku bg di sorong bantal oleh Lady sbb ade gak la yg bleh aku update kt blog nie.Lame sgt dh bersawang umah aku nie..

Award BLOG CANTIK..



Berikan Nick Name untuk saya >
Cik Kumbang Lady
Cik Comey Yang Minat KPop :)
 
Ucapan utk pemberi Award >
Thanks..Tocey2x..Arigatou Gozaimasu :)

Berikan 6 fav artis/ singer/ group yang diminati >
M.Nasir
Linkin Park
Raihan
Opick
Cokelat
SO7

Bagi award kpd 10 org blog/ follower anda: 


Thursday, November 11, 2010

SUKA SUKI : Apa Watak KARTUN Anda??



Mula>>

  1. Adakah anda seorang yg degil?
    1. Ya > 2
    2. Tidak > 4
  2. Adakah anda seorang yg mudah simpati?
    1. Ya > 3
    2. Tidak > 6
  3. Adakah anda seorang yg mata duitan?
    1. Ya > 7
    2. Tidak > 5
  4. Adakah anda berharap kekasih anda seorang yg periang?
    1. Ya > 9
    2. Tidak > 3
  5. Adakah anda suka warna yg terang?
    1. Ya > 13
    2. Tidak > 8
  6. Adakah anda seorang yg bertanggungjawab?
    1. Ya > 15
    2. Tidak > 5
  7. Anda seorang yg peramah?
    1. Ya > 12
    2. Tidak > 8
  8. Anda seorang yg penakut?
    1. Ya > 14
    2. Tidak > 19
  9. Anda tidak suka suasana yg pilu dan sedih?
    1. Ya > 7
    2. Tidak > 10
  10. Adakah anda seorang yg optimis?
    1. Ya > 11
    2. Tidak > 12
  11. Pernahkah anda dikritik seorang yg panas baran?
    1. Ya > Hello Kitty
    2. Tidak > 20
  12. Adakah anda seorang yg penyabar?
    1. Ya > 19
    2. Tidak > 20
  13. Anda suka kekasih yg matang?
    1. Ya > 14
    2. Tidak > 17
  14. Anda seorang yg matang?
    1. Ya > Mashimaro
    2. Tidak > 18
  15. Anda benci perkara yg rumit?
    1. Ya > 13
    2. Tidak > Keroro Gunso
  16. Orang lain selalu kata anda bersikap kebudak-budakan?
    1. Ya > Kogepan
    2. Tidak > Doraemon
  17. Adakah anda seorang yg pendendam?
    1. Ya > Doraemon
    2. Tidak > Mashimaro
  18. Adakah anda mempunyai perasaan tidak percaya terhadap orang yg tidak dikenali?
    1. Ya > 17
    2. Tidak > 16
  19. Anda sanggup mengenepikan semua perkara kalau anda melakukan perkara yg paling anda minati?
    1. Ya > Chibi Maruko Chan
    2. Tidak > Keroro Gunso
  20. Pernahkah anda mengatakan anda adalah seorang yg jujur?
    1. Ya > Hello Kitty
    2. Tidak > Chibi Maruko Chan


 ANALISIS>>




 < KOGEPAN >
Keistimewaan anda adalah seorang yg peramah dgn orang lain, mempunyai kasih sayang, jujur dan ikhlas dan tidak cemburu akan orang lain. Di sebalik keistimewaan ini, anda adalah seorang yang tiada pendirian diri, pemikiran tidak lincah dan mudah digunakan oleh orang lain.




< CHIBI MARUKO CHAN >
Anda adalah seorang yg periang, pandai bersosial, cekap bercakap dan mempunyai tindak balas yg cepat. Selain itu, anda mempunyai pemerhatian yg tajam, pemikiran yg luas dan mempunyai ramai kawan. Namun anda tidak cukup tabah, selalu hanya memilih perkara yg diminati saja utk dilakukan dan kuat cemburu.




  
< KERORO GUNSO >
Anda adalah seorang yg sangat kreatif dan disukai ramai. Malah anda adalah seorang yg suka menolong orang yg kurang bernasib baik sama ada dari segi kewangan atau nasib. Anda membantu tidak membuta tuli. namun kelemahan anda adalah hangat2x tahi ayam dan tiada matlamat hidup.






< DORAEMON >
Keistimewaan anda ialah sangat aktif dan juga pendiam. Anda adalah seorang yg bijaksana. Anda tahu bagaimana hendak menunjukkan bakat anda. Tapi di sebalik kebijaksanaan ini anda kurang kesabaran dan selalu melanggar peraturan yg telah ditetapkan.




< MASHIMARO >
Anda adalah seorang yg suka berterus terang dan tidak suka berselindung, berani buat berani tanggung dan yakin dgn diri sendiri. Keistimewaan anda ialah berkeupayaan memimpin dan penilaian yg tajam. Oleh itu, anda mudah menyinggungkan perasaan orang lain.





< HELLO KITTY >
Anda seorang yg pandai menikmati kehidupan, mempunyai citarasa yg amat tinggi dan mempunyai bakat dalam kesenian. Anda mempunyai jodoh yg amat luas. Tapi anda tidak tahu meluahkan isi hati anda. Apabila menghadapi sesuatu masalah anda akan menjadi seorang yg tidak rasional.




* TEST ini hanya utk suka suki shj. Hanya mengisi masa terluang..jgn tensen2x :D

Tuesday, November 9, 2010

Lelaki CANTIK & Wanita GAGAH..ade ke?


                                    Sumbangan Pak Google


Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.






Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Sabda Rasulullah SAW :

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " 


 
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Surah Al-Ahzab : Ayat 71


Wallahualam

Sunday, November 7, 2010

menyanyi di dalam HUJAN~


Bestnyerr..Dengan sebatang payung di tangan dan kasut kuning ala-ala Phua Chu Kang..Keluar dari rumah semata-matanya nk menghayati hujan..Kalau tak nak basah, pakai rain coat..best kan..Menghayati hujan sambil melihat permandangan sekeliling time hujan. Dapat hidu bau tanah dan rumput yang basah..fuhhh...memang ade sentimental value kat situ..jarang-jarang ade orang buat. Kalau ade pun sebab takde 'kenaikan' (kenderaan)..heheh..Berjalan di dalam hujan sambil menghayati keindahan alam boleh menghilangkan stress. Aktiviti yang sesuai untuk menyendiri selain tidur time hujan. Jangan berhibernate ( tdo..) slalu, tak baik utk kesihatan. Tapi aktiviti nie lah yg aku sk buat time weekend :D 

Bile hujan2 camnie teringat balik time aku budak2 dlu..uishh..bkn main best bleh main hujan and also bleh mandi hujan. Bleh dikatakan tiap-tiap hari mandi hujan, time cuti sekolah la..Asal hujan je, mmg aku mandi..Main kejar-kejar dgn kengkawan, pastu cari port air 'terjun', main selut.. Bile dh letih..kesejukan baru reti nak naik atas umah..Esok mandi lagi..Bile rase dh takde baju kering baru aku tak turun..mau nye tak, berlonggok baju basah dalam baldi.Musim tengkujuh nie musim baju semua lembap-lembap sbb asyik hujan pastu matahari pun malu nak keluar.Bile siap mandi, aktiviti lain, wat kapal/ perahu kertas. Mmg A++ la klu subjek origami nie. Kawasan umah aku nie tanah rendah so senang 'naik air' (banjir). So abih satu buku sekolah lame jadi mangsa aku dgn adik2..Time banjir jd kapal kertas, bile air dh surut jd sampah..Nie time aku budak2 dlu la..hahaha

Skrang nie? nak buat camni balik aku rasa dh buang tabiat la kot..hahah..mau nye mak aku membebel seguni..tak larat nak dengar..Abih2 camnie jelah..menghayati hujan..

Jom dengar Vid nie..best layan time hujan2 cenggini..lepas dengar, kite main hujan plak..ohh yeahhh..


Singin' in the Rain - Gene Kelly

Saturday, November 6, 2010

Habbatus Sauda aka The Black Seed

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “ Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini adalah obat dari segala penyakit, kecuali as-Saam”. Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Kholid bin Sa’ad): “apa itu as-Saam?” dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): “Kematian”. [HR. Bukhori ]


Jintan hitam (the Black Seed) adalah ubat alami telah digunakan sejak dulu. Mulanya ini digunakan oleh orang­-orang Parsi dalam masakan dan ubat­-ubatan mereka. Jintan hitam adalah herbal yang berasal dari kawasan Mediteranean, namun kini ia juga ditanam di Afrika Utara dan sebagiannya di Asia seperti India.Jintan hitam diperoleh dari bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih.
Buahnya berbentuk kapsul yang mengandung banyak biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal. Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji­-biji ini akan berubah menjadi hitam. Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam makam Fir’aun yang terkenal, Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh Cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.

Jintan hitam atau Habbatus sauda atau bahasa ilmiahnya Nigella Sativa telah digunakan di banyak negara Timur Tengah untuk pengubatan alami selama lebih dari 2000 tahun. Ahli pengobatan Islam yang terkenal, Ibnu Sina didalam bukunya menyatakan bahwa jintan hitam dapat digunakan untuk meningkatkan metabolisme dan meningkatkan semangat. Jintan hitam juga dikenal sebagai BRM (Biological response Modifier) kerana di barat ada penelitian yang menunjukkan bahwa ekstrak dari bijinya bersifat toksik kepada sel kanser.Sejak tahun 1960 terdapat lebih dari 200 studi di berbagai universiti berbagai negara yang telah menemukan manfaat luar biasa dari habbatus sauda ini.


Menurut beberapa hasil penelitian, Habbatus Sauda memiliki khasiat dengan izin Allah:-
  1. Menguatkan immunity system pada diri manusia.
  2. Melawan & menghancurkan sel­-sel kanser/tumor.
  3. Mengubati reumatik, peradangan serta infeksi.
  4. Jika digoreng & dibakar kemudian dicium terus­ menerus dapat mengeliminasi gas (dalam) perut.
  5. Membunuh cacing­-cacing parasit jika dimakan sebelum makan pagi.
  6. Minyaknya bermanfaat untuk menyembuhkan gigitan ular, juga bengkak di dubur dan tahi lalat.
  7. Menghilangkan sesak nafas & sejenis kesulitan nafas, melonggarkan penyumbatan akibat kahak.
  8. Melancarkan haidh yang tersekat.
  9. Jika dibalutkan, bermanfaat untuk menyembuhkan pening yang parah.
  10. Apabila dimasak dengan cuka bersama kayu pinus dan kemudian dibuat untuk berkumur, maka hal itu akan menghilangkan sakit gigi yang disebabkan sensitif terhadap dingin.
  11. Jika diminum, biji ini akan melancarkan kencing, haidh dan ASI.
  12. Menyembuhkan gigitan Labah-­labah.
  13. Bila dibakar, asapnya dapat mengusir serangga.
  14. Menghilangkan sendawa asam yang berasal dari kahak dan melancholia (gangguan yang disebabkan kesedihan yang terus­ menerus/depresi sehingga merusak bagian empedu).
  15. Menghilangkan Kusta.
  16. Jika ditumbuk dan dicampur dengan madu dan air hangat dapat menghancurkan batu karang (memperlancar air seni).
  17. Apabila digoreng dan dicium terus ­menerus dan dicampur dengan cuka dapat menyembuhkan jerawat dan kudis serta menghilangkan peradangan yang lebih kronis dari jerawat (tumor).
  18. Jika digoreng tanpa minyak dan ditumbuk serta dicampur dengan minyak zaitun kemudian dititiskan ke dalam hidung 3 titis akan menyembuhkan selsema yang disertai bersin-bersin.
  19. Jika dibakar dan dicampur dengan lilin dan minyak inai/henna atau minyak bunga iris serta dilumurkan pada luka yg bernanah dan membusuk yang keluar di betis setelah dibersihkan dengan cuka, maka akan dapat menghilangkannya.
  20. Bermanfaat untuk menyembuhkan bekas gigitan anjing (Rabies) dan aman dari kematian akibat rabies.
  21. Jika diminum akan bermanfaat bagi hemiplegia (semiparalysis/lumpuh separuh).
  22. Jika enzoat (celak persia) dicampur dengan air & dilumurkan ke lingkaran dubur (lobang dubur/anus) dan juga diminum dengan dos sekitar 25 gr akan menyembuhkan Buasir.
  23. Jika disedut melalui hidung akan bermanfaat menghentikan air yang keluar pada mata.
Dan kewajipan kita adalah berikhtiar dalam mencari ubat dalam usaha yang maksima. Dalam usaha mengubati penyakit, kita harus memperhatikan 2 hal:

Pertama, bahwa ubat dan dokter hanya saranan kesembuhan, sedangkan yang benar-benar menyembuhkan adalah Allah swt.

Kedua, ikhtiar tersebut tidak boleh dilakukan dengan cara­-cara yang haram dan syirik. Yang haram ini seperti; berubat dengan menggunakan ubat yang terlarang atau barang­-barang yang haram, karena Allah tidak menjadikan penyembuhan dari barang yang haram. Dan tidak boleh pula berubat dengan hal­-hal yang syirik, seperti pengubatan alternatif dengan cara mendatangi dukun, tukang sihir, paranormal, orang pintar, menggunakan jin, pengubatan jarak jauh atau yang semisalnya yang tidak sesuai dengan syari’at, sehingga dapat mengakibatkan jatuh ke dalam syirik dan dosa besar yang paling besar.

Dari Jabir radhiyallahu `anhu, Rasululloh Shallallahu `alaihi wa sallam bersabda : “Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Oleh karena itu, barang siapa yang tepat dalam melakukan pengubatan suatu penyakit, maka dengan izin Allah `Azza wa Jalla dia akan sembuh.” [HR. Muslim]








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...