MY fWends

Wednesday, November 17, 2010

Pekerjaan pun pandai ber'POLITIK'..Apakah???




Pekerjaan adalah satu perkara asas bagi setiap yang hidup bernama manusia. Baik dari segi pekerjaan dalam bidang kerajaan, swasta atau sendiri. Tanpa pekerjaan, manakan dapat menyambung hidup dengan mencari sesuap rezeki untuk diri dan keluarga tersayang. 

Pekerja pula, manusia-manusia yang menjalankan suatu pekerjaan dalam membangun dan menggerakkan sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi pula terdiri daripada manusia-manusia yang berpangkat pengarah, eksekutif, kerani, dan pelbagai taraf lagi.

Haaaa..merujuk perkara di atas..apakah anda faham maksudnya?

Bagi aku, politik bukan hanya untuk yang bergelar YAB, YB atau senator bla bla bla yang selalu keluar masuk Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi dalam pekerjaan sehari-hari pun ada dan dalam sistem kekeluargaan pun ada. Tapi aku tak nak sentuh politik dalam sistem kekeluargaan sebab nanti out of point plak kan.

Dalam satu organisasi, ada 3 level atau hierarki.. Pengarah, orang atasan dan orang bawahan so kebiasaannya yang buat politik dalam ofis nie ada 2 golongan je selain pengarah. Pengarah cuma tahu feedback, feedback, feedback and result. Ayat glamor manusia yang bernama Pengarah nie " Ok, Lulus ", " Saya tak setuju ", 
" Saya ada meeting " dan et cetera et cetera et cetera..Kebiasaannya beliau memang kurang pengetahuan berkenaan golongan pekerja tanpa feedback atau report dari orang pertengahan.

Jadi yang banyak memainkan peranan penting dalam organisasi tersebut adalah orang bawahan dan orang atasan. Tidak berfungsi sesebuah syarikat kalau tiada orang bawahan yang mahir melaksanakan tugas dan lebih mengharukan jika pihak atasan menyalahgunakan tugas yang di amanahkan. Pertembungan 2 kuasa yang berlainan pendapat, berbeza pemikiran dan tugas membuatkan mereka-mereka ini berpolitik di pejabat. Yang  di atas semakin tak tercapai dek tangan dan yang di bawah tetap di bawah. Jurang makin lebar kalau tiada sepakatan, tolak ansur dan kesefahaman..



Politik politik politik..politik kerja boleh jadi baik dan boleh jadi disaster.

Ia akan jadi baik kalau wujud kesefahaman dan saling hormat menghormati di antara 2 pihak.. Senang cerita, your partner/ officemates just like your brother/ sister/ uncle and more. Barulah harmoni. Nak  buat kerja pun rasa senang hati. Tenang je tau.

Dan ini pula yang terjadi bila politik kerjanya ada simptom-simptom tak best.
Bila yang di atas mula menunjukkan kuasa yang sememangnya bukan 100% hak miliknya dan menggunakannya tanpa keterbatasan dan memikirkan perasaan pihak yang satu lagi. Itu yang menimbulkan 'politik kerja'. Kadang-kadang yang di atas banyak mengambil kesempatan dari pihak yang di bawah dari segi masa dan tenaga tanpa mengira nilai yang dikeluarkan berbaloi dengan hasil diperolehi. Kebajikan mereka-mereka tidak di lindungi dan di ambil kisah di samping aduan serta isu tidak dilayan, menimbulkan lagi rasa ketidakpuasan dengan nasib mereka yang tidak terbela. Syarikat pun boleh bankrap kalau jadi begini.



Bagi aku, kerja tetap kerja. Perkara yang baik and tak baik sentiasa dalam bidang pekerjaan baik dari segi pengurusan, kewangan dan teknikal. Biasa lah tu, kalau takde masalah bukan hidup namanya kan? Tapi tanganilah masalah tersebut bersama-sama supaya tiada pihak yang bermasam muka kerna satu pihak memerlukan satu pihak yang lain.

Even though worker capacity and motivation are destroyed when leaders choose power over productivity, it appears that bosses would rather be in control than have the organization work well.
Margaret J. Wheatley

p/s: aku rasa cam aku dah merapu kat sini..huhuh..

2 comments:

LadyBird said...

adatla tu..
kalau deme bijok..
ambik kesempatan menangguk di air keruh..
bodek2.. pasti berbaloi..
yang penting fulus masuk..
depan boss buatla busy2.. belakang boss kuar are.. hihihihi..
yg penting depan boss kene jadi baik yop.. belakang boss lain kire..

ade 2 kepentingan di sini :
1. buat baik dengan boss..
2. dapat fulus :P pangkat pun cepat naik.. tak caye try la..

wakakaka..

ondeonde said...

klu amik kesempatan di air keruh,dgn aku2 skali jd keruh..
aku tak suke bodek membodek nie..
klu pandai bodek, kje xreti nk buat..
kire takde maknenye..

hahaha..jadi tikus plak..depan bos buat2 busy..hipokrit aka munafik la nie..hehehe :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...