Gambar yang korang tengok kat atas tu salah satu spesis yang naik mendarat di pantai Malaysia. Penyu Agar (Green Turtle) atau nama saintifiknya Chelonia Mydas. Ini adalah penyu kedua terbesar selepas Penyu Belimbing. Makanannya terdiri daripada rumput laut dan rumpai laut. Musim bertelur di Semenanjung Malaysia adalah antara bulan April dan Oktober dimana seekor penyu boleh menghasilkan lebih kurang 100 biji telur setiap kali bertelur. Manakala di Sabah dan Sarawak, Penyu Agar boleh bertelur sepanjang tahun. Penyu Agar terdapat di kebanyakan negeri di Malaysia terutamanya di Sabah, Sarawak, Terengganu, Pahang dan Perak.
Sekarang dah banyak penyu jarang mendarat di pantai-pantai Malaysia atas sebab-sebab tertentu. Salah satunya disebabkan pengutipan telur penyu sebagai makanan eksotik. Pernah rasa makan telur penyu? Aku rasa sedap lagi makan telur ayam. Tak sempat nak tengok dunia, dah jadi makanan manusia dan haiwan lain seperti biawak dan semut. Penyu juga terdedah kepada penyakit dan pencemaran air laut. "Jangan buang sampah ke laut!" Kalau korang biasa pergi pulau-pulau, slogan dan papan sepanduk ni ada kat mana-mana. Penyu adalah haiwan yang tak ada akal, jadi apabila ia nampak sesuatu yang terapung (sampah)..Penyu akan ingat itu adalah obor-obor (salah satu makanan penyu). Akibatnya kematian penyu disebabkan tercekik makan sampah seperti plastik.
Jadi langkah-langkah terbaik sebagai seorang manusia dalam memelihara dan memulihara hidupan yang semakin pupus ini adalah dengan elakkan dari makan telur penyu, jangan buang sampah ke laut, jangan menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan pendaratan penyu, laporkan kepada Jabatan Perikanan jika anda terjumpa kesan tumpahan minyak di pesisiran pantai dan yang paling penting tambahkan ilmu tentang penyu untuk meningkatkan kesedaran tentang kepupusan penyu.
2 comments:
wehh aku ada bela kura kura kot
kat umah ni..haha jgn jelesss hihi
hahahha..xjeles pun.
kura-kura adik beradik penyu..
alergik2x..hahahha
Post a Comment