MY fWends
Tuesday, December 28, 2010
Lawak dalam pembelajaran..
Hari ni aku tak tahu nak wat post pasal apa so aku ingat aku 'up'kan video lawak ceramah agama kat sini. Video ni dah banyak kali aku dengar. Sambil dengar lawak sambil belajar agama macam kill two bird with one stone la. Just sit back and relax je. Syantai. Tak perlu berkerut dahi tapi kalau yang tak faham slang negeri memang berkerut la jugak. Hahahha..Apa-apa pun just enjoy the video.
Monday, December 27, 2010
Target is confirm. Bang!
Kaki melangkah mengikut petunjuk-petunjuk di tanah. Setiap langkahan kaki secara berhati-hati dan tanpa bunyi. Mata terarah ke depan dengan telinga yang peka menangkap bunyi dari pelbagai arah. Peka dengan sekeliling sambil mencari kelibat musuh. Hanya berbekalkan senjata tajam di kaki. Nyanyian cengkerik dan bau tanah tertangkap di pancaindera pada waktu ini. Sekejap terhenti mencari petanda..Menjejak bau dan tapak kaki musuh. Mencari-cari kesan tinggalan dengan kepala tertoleh ke kanan dan ke kiri. Tiada kelibat yang di kenal pasti. Pembelajaran yang didapati di usia mudanya menambahkan kemahirannya berada di kawasan ini. Ya, semakin mahir dan berpengalaman. Taktik demi taktik di rancang supaya musuhnya mengena. Badannya bergerak makin jauh meninggalkan tempatnya bermula. Makin jauh dan jauh. Sekali sekala badannya bersembunyi di sebalik rumpun pokok bagi mengelakkan dia dikesan oleh sang musuh. Sangat berhati-hati. Bergerak lagi. Badannya direndahkan pabila melalui kawasan lapang supaya musuh tidak menyedari kedatangannya. Tiada pergerakan mencurigakan di depannya.
Tiba-tiba pendengarannya menangkap bunyi derap kaki pada arah jam tiga 200 meter menuju ke utara. Matanya berkilau terang. Kakinya mula bergerak pantas pada arah yang sudah dikenalpasti tanpa meninggalkan sebarang bunyi. Daun kering dipijak dengan berhati-hati sekali supaya musuhnya tidak tersedar dengan kehadirannya. Bersembunyi di sebalik sepohon pokok yang besar dengan jarak musuh hanya 20 kaki dari tempat dia berada. Ketika itu hormon epinefrin memekat di tempurung kepala memenuhi sel-sel otaknya memicu pecutan pada detak jantungnya. Menganggar-anggar keputusan yang dibuat. Musuh masih tidak menyedari bahawa pergerakannya diperhatikan. Kali dia nekad..Musuh akan diterjah. 1 2 3!!! Memecut ke hadapan sepantas kilat mengejutkan musuh di depannnya. Musuh diterkam sehingga rebah ke tanah. Dengan segala daya yang ada, dia bergelut hebat dengan musuh tersebut. Dalam keadaan musuhnya yang meronta-ronta, dia mengambil senjatanya di halakan ke halkum musuhnya. Dengan sekali rodokan di halkum, musuhnya tidak bernafas lagi. Tidak semena-mena ada pergerakan lain di sekitar kawasan tersebut dan dia mendongaknya ke atas. Dia memandang makhluk yang berkata-kata dengan bahasa yang tidak difahaminya.
" Tompok, ko main ape tu?? Ish..Tikus!! Patut la senyap je dari tadi aku tengok. Jangan la ko bawak menatang yang ko main sampai lunyai tu dalam umah. Siap la kena piat dengan mak."
" Tompok, ko main ape tu?? Ish..Tikus!! Patut la senyap je dari tadi aku tengok. Jangan la ko bawak menatang yang ko main sampai lunyai tu dalam umah. Siap la kena piat dengan mak."
credit to: mysyahmir.blogspot.com
Teringat balik seekor bapak kucing dengan jari yang cacat. Feveret port dia tangga umah aku. Ada la satu pagi hari tu time aku nak g keje, adik aku dah menjerit-jerit dari luar umah. Mak aku plak dah membebel-bebel. Apa kes sorang menjerit pastu yang sorang lagi membebel. Sekali jenguk kat luar pintu. Aiyakk..bangkai tikus lunyai, patut mak aku membebel pun. Dia yang kena basuh tempat bangkai tikus tu. Aku tak leh tengok. Tak leh..Tak leh..Kembang tekak aku.. Pagi-pagi bute aku dah dihidang dengan bangkai tikus. Loya tekak aku. Ni mesti keje bapak kucing nie. Selagi menatang yang dibuat mainan boleh bergerak dan hidup lagi selagi tu la dia terkam, gigit dan buat main. Bila dah lunyai, dia terus tinggalkan je. Dia tak makan pun. Sekarang dah tak tahu ke mana pergi dah kucing tu.
Friday, December 24, 2010
Bahagia itu Bahagia
Ada satu perasaan
Sukar dimengertikan
Semua orang juga melaluinya
Apa itu?
Itu namanya Bahagia
Bagiku...
Bahagia itu bahagia
Tenang itu bahagia
Kusyuk itu bahagia
Sakit itu kadang-kadang bahagia
Mengingati Tuhan itu bahagia
Melihat orang bahagia itu bahagia
Bagaimana untuk berbahagia?
Mau berbahagia..
Bahagiakan orang-orang di sekelilingmu
Dengan itu kau akan dapat bahagiamu..
credit to: archives.starbulletin.com/
Wednesday, December 22, 2010
Cintaku buat Mama
credit to: klenkarconsulting.com
Ma..this is for you..
Ma, aku tak tahu dari celah mana akan aku cari bait-bait ayat untuk aku cantumkan menjadi ceritera ku. Sesungguhnya anakmu ini sering kehilangan kata-kata dan setiap perasaan yang aku rasai tidak dapat dicairkan menjadi dakwat berisi hentakan-hentakan hikmat di alam maya ini. Tetapi sesuatu di kepalaku ini meluap-luap bak magma panas ingin mengeluarkan setiap isi perkataan kerna hari ini bersamaan tarikh ini adalah untuk mu. Teristimewa buatmu Mama walau aku jarang mengingatinya.
Ma, I Love You. Really..really and really love you. Tapi adakah Ma tahu itu cuma suara hatiku yang menjerit-jerit dari dalam dan tidak dapat didengari olehmu wahai ibuku. Lidah aku kelu malu. Egokah aku? Kapannya akan begini. Harapku..bukan pada saat aku tangisi atas keterlambatanku. Peluk cium tetap aku berikan setiap pagi. Aku ketagihan penawar kasih sayangmu supaya aku lebih termangkin menjalani hari-hariku. Siapalah aku tanpamu wahai mamaku. Mungkin bagai anak kucing kehilangan ibunya. Tangisannya sentiasaku dengari dikejauhan malam yang dingin sehinggalah ibunya datang untuk membawanya pergi.
Ma, terima kasih untuk segalanya. Mengandungkan aku di rahimmu, melahirkan, mendidik, mendoakan, mengomel untuk kebaikanku dan segala macam yang tidak dapat ku nyatakan. Banyak dan terlalu banyak. Yang pasti tanganku tidak kau lepaskan. You calming me, mother. Kebaikan mu mententeramkan seorang aku. Aku yang nakal. Aku yang menyusahkan. Aku yang degil. Ma, aku tidak memujamu kerna segala puji-pujianku hanya untuk Tuhanku Yang Satu. Puja dan puji untuk Tuhanku kerna memberikan aku seorang ibu sebaik dan selembutmu. Aku mengagumimu mamaku. Kagum kerna membesarkan aku dengan tanganmu yang lembut itu sehingga menjadi aku yang pada saat ini dengan izin Tuhanku.
Ma, pada saat ini aku ingin ucapkan 'Ya Allah, Ya Tuhanku Selamatkanlah Ibuku, Ya Allah, Ya Tuhanku Berkatilah Ibuku, Ya Allah, Ya Tuhanku Lindungilah Ibuku'. Doaku dan my wishes on your birthday. Dan aku tak pernah sombong untuk mengatakan aku memohon keampunan jika ada titis -titis air jernih di hatimu. Sila maafkan aku wahai Ibu. Dalam sedar dan khayalku, aku sakiti hatimu.
Wahai ibuku..tahukah kamu, Tuhan telah menghadiahkan satu hadiah yang paling mahal dan tiada ganti pada yang lainnya. Itu adalah kamu wahai ibuku. You are my apple's of my eyes.
credit to: geekunnel.sulekha.com
Monday, December 20, 2010
Camping yang bosan bertukar jadi best~
Macam mane aku nak mulakan ayat ye?? Blurr-blurr..hermm..sambil mengusap dagu aku yang takde janggut. Ohh ye..Baru-baru ni aku kene gi camping dengan semua ofismate aku atas arahan bos besar aku. Yang tak bestnya berkhemah di tempat yang memang tak selamat serta 'keras'. Berkhemah kat tepi tapak projek bangunan baru ofis aku..Gile ke ape?? Kalau bangunan tak siap tu runtuh, mau mati katak kitorang. Tak sempat nak taubat, mintak maaf mintak ampun, nak bagi wasiat..Huhuuh..Awal-awal sebelum gi tu aku dah membebel-bebel tanda protes tapi depan kawan-kawan je la..Memang dah terbayang kene tidur atas batu granit jalan bukan atas pasir/tanah lembut. Sakit badan aku. Pastu aku terbayang lagi, uishh..kalau hujan memang kuyup walaupun ada khemah sebab tidur kat tanah rendah duk tepi dengan tali air dan paya. Kire khemah aku duk tengah-tengah. Aku dah terpikir, malam tu for sure aku takleh tidur. Memang dah jadi kebiasaan.
Hari yang nak pergi camping, kitorang kene daftar kehadiran kat ofis. Ingatkan ada lah attendent form rupa-rupanya pakai punch card je. Cess..Memang gimik dalam atur cara semata-mata. Pastu lepak dulu kat kedai makan sebelum berangkat. Aku memang pagi-pagi memang cepat lapar. Ofis mate lain ada yang tengah settle kan mende-mende kecil kat ofis. Balik dari breakfast, ada lah plak cite yang tak best. Ingatkan ofis tutup bila semua kakitangan gi berkhemah, tapi ada plak yang kene tinggal kat pejabat jadi pak pacak ikut shift. Apakah?? Kesian yang kene tinggal ofis. Terlepas slot yang best-best. Sampai kat tapak khemah, kitorang dengar slot-slot yang dibincangkan kat kabin. bla..bla..bla..etc etc etc..Makan dan solat. Petang, pasang tent. Berpinar-pinar mata aku pasang khemah time matahari terpacak atas kepala. Mata aku time tu dah nampak kaler biru dan hijau. Hahahha..Dalam pukul 5 petang apabila matahari condong ke barat, kitorang buat aktiviti yang best iaitu berkenalan dengan tumbuhan yang tumbuh di kawasan paya, pokok bakau dari berlainan famili. Yang aku ingat tiga daripada lima je: Rhizophora, Avicinnia dengan Brugarea. Sepanjang petang tu memang kitorang main selut, masuk paya dengan tanam benih pokok bakau. Selamat pakai kasut but kalau tak tenggelam selipar jepun dalam selut..
Malam kitorang wat BBQ tapi sebelum tu ada slot yang kene dengar gak. Slot yang ni best, mencerap langit malam. Yang ni aku tak sempat nak dengar pembentangan slaid show sampai abih sebab aku tengok bara BBQ tu elok untuk membakar. Time tengah-tengah membakar tu, ada plak 2 3 orang yang turun gak.Bila semua pakat nak bakar BBQ, aku bagi penyepit pada yang rajin nak membakar. Boleh tahan panas gak time panggang BBQ, silap-silap jari aku yang jadi BBQ. Time ni aku duk termenung tolong tengok kawan aku yang dua orang nie pasang teleskop. Aku tolong tengok je. Siap je pasang, siap cari koordinat bulan, nampak la satelit bumi yang berkawah-kawah tu. Cantik. Mak aih..terlupa budak-budak ni dah siap bedal dah BBQ tadi. Aku dengan budak dua orang ni still duk tenyeh mata kat teropong langit ni. Dah puas tengok bulan, kitorang cari plak koordinat planet yang paling dekat dengan bumi. Kira dengan mata kasar boleh tengok dan dengan teleskop pun lagi lah boleh tengok. Dapat gak la tembak planet gergasi dalam sistem suria, Musytari dan 3 satelit dari 7. Perghh..Kira dapat tengok la sebab takde awan. Yang lain dah berebut-rebut nak tengok sebab peluang dah ada depan mata. Hari lain memang tak dapat la. Dan aku tak dapat membedal sebab dah habis. Mujur selepas maghrib tadi aku dah makan nasi. Bila semua dah selesai, part ni paling tak best time nak masuk tidur. Time ni jugak la telinga aku jadi sensitif semacam. Bunyi bebudak ni duk sembang dari khemah sebelah, bunyi dengkur, bunyi tapak kaki, bunyi kentut, bunyi orang mengigau..Macam-macam ada. Macam mana lah aku nak lelap.
Pagi keesokannya usai Subuh, aku dah bermundar-mandir depan tali air. Berlari-lari anak konon-kononnya nak kuar kan peluh. Dah penat, aku lepak tepi padang yang penuh dengan kawanan kerbau. Pepagi camni pun binatang ni dah meragut, manusia-manusia yang duk kat rumah still tengah buat peta dengan taik mata. Macam aku gak la. Hehehe..Dah puas layan blues dengan kerbau, matahari baru terbit celah-celah awan. Memang cantik. Ni lah alasan aku tak nak sambung balik tidur dan mandi. Dengan badan yang dah berbau masam, tengik dan segala macam bau.. sempat gak la aku tekan shutter kamera. Puas hati aku dapat tembak sunrise.
Siap mandi dan makan pagi, kitorang dikehendaki menyusuri sungai dengan starting point di kawasan rumah kongsi. Kat situ ada 2 buah bot yang dah menunggu nak bawak kitorang di sepanjang sungai. Kire makan angin la ni. Melancong di negeri sendiri..dekat, murah dan berbaloi. Terasa kejakunan aku time ni..Sepanjang perjalanan, jari aku tak berhenti-henti duk tekan shutter kamera. Snap, snap, snap..Rambang mata tengok view yang best. Kiri, kanan, depan, belakang banyak moment yang menarik. Sepanjang sungai dipenuhi dengan pokok nipah, unggas-unggas dan manusia-manusia yang meranduk sungai untuk cari sesuap nasi. Penduduk di pesisir sungai ini ada yang cari ketam nipah dan mengumpul air nira dari pokok-pokok nipah. Aktiviti ini kemungkinan dah jadi aktiviti tradisi diorang turun temurun. Terjumpa seorang pakcik bersama sang cucu tengah meranduk sungai untuk pulang setelah penat mencari ketam nipah dan pada masa tu matahari dah menggalah atas kepala.
Bila dah sampai satu tempat, bot yang kami naiki tu buat pusingan untuk berpatah balik dan naik ke kuala sungai. Time ni, muka aku dah berbalut dengan tuala sebab tak tahan kena bahang cahaya matahari. Memang tabiat aku suka bawak tuala spare. Kamera aku dah simpan dalam beg sebab lalu jalan sama sambil layan kantuk. Kalau muka aku tebal 14 inci, memang dah lama aku lena tak sedar diri. Maunya aku tak kantuk, aircond semulajadi kat luar ni lagi best dari penghawa dingin kat ofis aku. Sampai abih aku duk layan kantuk sambil duk tengok keletah kengkawan aku yang satu bot dengan aku.
Sampainya di starting point tadi, kitorang balik ke tapak khemah dan berkhemas. Berehat sekejap dan makan tengahari sambil menunggu yang lain siap. Selepas zohor kitorang berangkat balik ke teratak masing-masing.
Saturday, December 18, 2010
SUKA SUKI : Adakah Kamu Matang?
Usia bukannya piawaian utk menetapkan kematangan. Mari uji sejauh mana kematangan korang..
Soalan:
Seni bina purba manakah yang paling membuatkan korang terpegun?
A. Tembok Besar China, China
B. Taj Mahal, India
C. Piramid, Mesir
D. Taman Tergantung Babylon
Analisis:
*p/s: Suka-suki ini just for fun ketika bosan-bosan tau :)
Soalan:
Seni bina purba manakah yang paling membuatkan korang terpegun?
A. Tembok Besar China, China
B. Taj Mahal, India
C. Piramid, Mesir
D. Taman Tergantung Babylon
Analisis:
A. Tembok Besar China
Berbanding dengan rakan yang seusia dengan korang, korang adalah paling matang. Kematangan korang sangat dikagumi mereka. Tapi korang terlalu suka menonjolkan keupayaan korang. Ramai orang yang berhati-hati ketika berkawan dengan korang. Mereka takut diperalatkan oleh korang.B. Taj Mahal India
Kematangan korang mengikut peringkat umur korang. EQ sangat kuat di samping dapat berfikir dengan teliti dan rasional. Korang pandai menguruskan masalah. Kematangan korang mendapat kepercayaan orang lain. Semua orang berasa selesa ketika bersama-sama dengan korang.C. Piramid Mesir
Sikap korang masih lagi keanak-anakan. Pemikiran dan cara melalkukan sesuatu perkara menunjukkan korang terlalu naif dan ringkas. Korang jangan ingat orang lain dapat membantu dan memaafkan korang. Tapi korang adalah seorang yang cerdik di mana tidak mengulangi kesilapan yang tekah di lakukan. Beranilah mengharungi dunia yang penuh cabaran!D. Taman Tergantung Babylon
Korang berada di antara matang dan tidak matang. Kadang-kadang mempunyai permintaan yang terlalu tinggi akan sesuatu perkara akan tetapi kadang-kadang membuat sesuatu kerja sambil lewa. Korang tidak hiraukan akibatnya. Rakan-rakan memberi perasaan kurang selamat ketika bersama dengan korang.*p/s: Suka-suki ini just for fun ketika bosan-bosan tau :)
Thursday, December 16, 2010
Jangan Panik!!
Photo: NEWSLINE SCOTLAND
Bayangkan kamu menaiki helikopter dan heli tersebut membawa kamu ke pelantar minyak di tengah-tengah lautan. Ketika dalam perjalanan, tiba-tiba kamu terasa heli tu bergoyang-goyang, bergegar dan di luar kawalan. Pilot yang membawa kamu dan penumpang yang lain menjerit supaya kamu semua jangan panik, helikopter yang korang naiki tu di luar kawal dan akan terhempas ke laut. Kamu semua takut, pucat, ada yang menangis, ada yang berdoa. Semua perasaan bercampur baur. Dan pada masa yang sama, helikopter tersebut berpusing-pusing di udara dan satu momentum yang tinggi menarik burung besi ke bawah. Heli makin menjunam ke bawah dan lautan yang jauh dari pandangan makin dekat dan dekat. Semua yang berada di perut helikopter mulai menjerit menyebut dan memanggil nama Tuhan dan orang-orang tersayang. Dan KABOMMM!!!
Heli terhempas ke laut dan air mulai masuk dari celah-celah dinding burung besi tersebut..Dan hanya tinggal kamu seorang sahaja yang hidup. Kamu panik dan panik dan panik.
Esok dalam akhbar...
credit: http://www1.wsvn.com
Malaysia: Sebuah helikopter terhempas di perairan Laut China Selatan tengahari semalam. Menurut pihak berkuasa, pesawat kecil tersebut mengalami masalah mekanikal dan tiga (3) orang penumpang termasuk juruterbang meninggal di tempat kejadian.
---------------------------------------- PROLOG -----------------------------------------
Tulisan di atas merujuk kepada sesiapa yang bekerja di pelantar minyak. Sesiapa yang selalunya pergi offshore dan berulang alik dari daratan ke pelantar di tengah lautan dengan menggunakan helikopter. Kemalangan seperti ini selalunya berlaku walau bukan di negara kita. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga syarikat yang berkaitan dengan carigali petroleum kebiasaannya menyediakan latihan-latihan kecemasan dan salah satunya apabila berada dalam situasi tersebut.
Helicopter Underwater Escape Training ( HUET )
Latihan melibatkan satu simulasi helicopter yang tenggelam dan pada masa yang sama diterbalikkan di dalam sebuah kolam. Latihan ini untuk dilaksanakan supaya pelatih dapat melihat kesan dan mengenalpasti pintu keluar utama dan kedua, dan mengelakkan 'smoke inhalation'.
Aku boleh terang sikit-sikit je pasal HUET ni sebab aku tak join pun training ni. Aku up post ni sebab aku tertengok video pasal latihan ni. Pastu aku bayangkan aku yang berada dalam perut stimulator tu. Panik weyy..Panik sebab duk dalam air dengan hidung yang tak boleh nak sedut oksigen pastu nak cari jalan keluar dari kabin yang diterbalikkan lagi..Mau berapa minit aku amik masa nak keluar tu..Huhuu..
Thursday, December 9, 2010
contest cerita lawak2x gylerr
Hohohoh..This is my third homework and my first contest yang baru aku nak join. Aku di tag oleh Mr Jejaka Terhangat di pasaran untuk join contest nie. Thanks Mr JT. Contest ni adalah anjuran Cik Syuwai SKR. Sesiapa yang berminat, korang bleh rujuk syarat-syarat contest di SINI .
Ok cerita lawak ni base on a true story tapi aku dah tokok tambah kaw-kaw. Cerita ni aku copy paste dari mulut kawan aku sendiri so kire tak basi lagi lah nie..Ni kiranya lawak pedajal dengan slang Terengganu. Yang tak faham still bleh faham, jangan risau..korang takyah blur-blur sampai ternganga-nganga. Nanti aku translate perkataan tu.
Ceritanya begini:
Ada seorang penjual ubat datang ke Terengganu untuk menjual ubat dia ni. Nak dijadikan cerita, ade lah seorang pemuda yang dah guna ubat dia nie tapi hasil keberkesanan ubat ni tak berapa bagus. So pemuda yang tak puas hati ni buat rancangan nak mengenakan penjual ubat tu.Bermulalah plan pemuda tersebut apabila si penjual ubat ini telah dilanggar oleh seorang pemuda ni.
Pemuda: Ohh, Mitok maaf..mitok maaf, saya dok sengaja, sengelengg je..
Si Penjual Ubat: Sengelengg ? Sengelengg tu apa? Saya tak faham bahasa orang sini..
Pemuda: Ooo..takpe-takpe. Sengelengg tu betul-betul tak sengaja..
Si Penjual Ubat: Oo..ok
Maka berjalanlah si penjual ubat mencari port untuk mem'promote' ubatnya tu. Sambil mata melilau-lilau cari tempat, si penjual ubat ni terlanggar seorang wanita yang ada di situ.
Si Penjual Ubat: Ops maaf, tak sengaja, sengelengg je..( dengan senyuman yang paling manis)
Wanita: Ha? Ooo..Gatal yerk!!!
Pang!!
Wanita tersebut terus berlalu dengan marahnya sementara si penjual ubat masih terkejut, terpinga-pinga dan tertanya-tanya..Pipi dah sakit sebab kena lempang.
Dia terpikir mungkin dia dah kena tipu.
Si penjual ubat tersebut terus menjumpai pemuda tadi.
Si Penjual Ubat: Ko tipu aku yerk?!!
Pemuda: Mitok maaf banyak-banyak bang..saya dok tipu, lebongg je..
Si Penjual Ubat: Lebongg tu apa plak?
Pemuda: Lebongg tu maksud dia sungguh-sunggah tak tipu
Si Penjual Ubat: Btul ke ni?! Jangan-jangan ko tipu aku lagi ek
Pemuda: Sungguh bang. Dok tipu, lebongg je..Kalau dok percaya, abang try gune..
Maka pada malam tersebut abang penjual ubat dengan bangganya mencuba perkataan baru untuk me'laku'kan ubat-ubatnya. Konon-kononnya, nak menarik perhatian orang negeri tersebut la. Apabila ramai orang dah berkerumun, si penjual ubat mula menggoreng ayat terpowernya.
Si Penjual Ubat: Mari-mari adik kakak, abang-abang. Mari dekat. Ya, mari-mari. Ini obat baik untuk tuan puan. Mujarab lagi berkesan. Minyak urut, ubat akar kayu, ubat kuat. Macam-macam ada. Mari dekat mari rapat. Di jamin sihat. Boleh dipercayai. Tak tipu dan lebongg je..
Orang ramai: Lebongg?!!
Sejak dari itu, si penjual ubat dah tak datang lagi ke negeri 'penyu bertelur' tu..
Aku rase korang dah bleh agak sendiri la ape yang berlaku..
Translation:
Sengelengg >> Sengaja
Lebongg >> Tipu, Bohong
Dok >> Tak, Tidak
6 orang yg kena tag>>
tarikh tutup this contest:
11/01/2011
ni antara pembayang hadiah-hadiah yang korang akan dapat..
nak tahu ape dia, kne tanye Cik Penganjur ye..
Tuesday, December 7, 2010
Jom Berlari Bersama BlogLarian~
Hari nie aku baru berkesempatan jenguk rumah aku nie..Mak ai bersawang dah..Takpe-takpe, ari nie tuan rumah baik hati dan rajin untuk mengemas rumah sendiri.Hehe ;P
Ari nie aku nak tulis pasal BlogLarian. Thanks tu Miss LadyBird sebab tag post tu ke teratak aku nie..
BlogLarian? Ape tu BlogLarian? Blog bleh berlari ker? Nape tak jogging je..hehheh
Okey, kepada blogger-blogger yang suka ber'blogwalking' ke ber'hye-hye bye-bye' ke dengan blog yang korang visit tu..Ni adalah satu kaedah yang baru utk menjimatkan ruang tab dan masa korang ber'blogwalking'. Kire jimat masa dalam me'loading page' so kebarangkalian korang drop in ke blog-blog lain bertambah cepat dari kebiasaan lah. Ni hipotesis aku je dari mathematical method.Kene try dulu baru tahu. Nak tahu memang kene try. Tak rugi satu sen pun kalau mencuba. Duit nuff korang tetap tak berkurang. Sekurang-kurangnya korang boleh jadi supporter BlogLarian di samping tambah kenalan baru. Tengah offer, Baik Punyer!!! Sementara stok masih ada. Hahahha..
Jadi kepada blogger-blogger yang singgah kat sini, membaca thread nie and terasa/teringin nak join acara berlari-lari menyibukkan line traffic sehingga sesak hendaklah membuat sedikit kerja rumah. Korang yang bertuah dikehendaki memenuhi syarat-syarat kelayakan. Syarat-syarat BlogLarian boleh dirujuk di SINI. Apa tunggu lagi, diskaun 100%. Jom serbu!! ( Macam iklan sale daaa..hahhaah )
Slogan yang aku perlu lengkapi....
" Saya suka berblogwalking kerana saya memang suka berblogwalking di samping dapat menambah kenalan baru dan info semasa, meng'up traffic' blog sendiri dan rakan blogger serta dapat mengenali blogger yang berbakat dalam bidang penulisan di alam maya ini sambil melihat template blog yang cun "
Tiga (3) rakan blogger yang bertuah di tag oleh adalah :-
1. Diary Hearty
2. Pakzue
Wokey, i'm already finish the task. And how about you friend? Chopp..sebelum terlupa, kalau sesiapa yang berminat nak join dan nak ditagkan oleh saya..Bagitahu yerk..Bagitahu kat bahagian comment pun takpe..Nanti saya tambah bilangan yang kene tag. Thanks You :)
Monday, December 6, 2010
Selamat Datang Hari Yang Baru
Selamat Datang Hari yang Baru dengan Tahun Qamariyyah yang Baru. Selamat Datang. Selamat Datang. Marhaban Ya Marhaban 1432H!!
Ingatlah jika hari yang baru menghampirimu maka ucapkanlah kepadanya, Selamat Datang wahai tamu yang mulia. Selanjutnya jamulah ia dengan sebaik-baiknya iaitu dengan melaksanakan pekerjaan yang baik. Janganlah cemarkan harimu dengan dosa dan kegelapan kerana sesungguhnya ia takkan kembali semula [ Dr. 'Aidh bin Abdullah al-Qarni ]
Ingatlah jika hari yang baru menghampirimu maka ucapkanlah kepadanya, Selamat Datang wahai tamu yang mulia. Selanjutnya jamulah ia dengan sebaik-baiknya iaitu dengan melaksanakan pekerjaan yang baik. Janganlah cemarkan harimu dengan dosa dan kegelapan kerana sesungguhnya ia takkan kembali semula [ Dr. 'Aidh bin Abdullah al-Qarni ]
Friday, December 3, 2010
Sampah aku dari Recycle Bin~
Usai Subuh prayer and doa. I'm opening the window and see through landscaping that in front of my two eyes.With the cool breeze swept inside the opening through my skin and bone.My brain begin transleting the word 'COLD' in me.It's still raining and dark out there early in the morning around 7.00 a.m. In these cold weather, nice to go in bed. Curl in my cosy and hot blanket. Enjoying the nightmare with pausing the brain to think. Alfa, beta and teta wave start to sing their lullaby tempo.
No intention for that.
No passion and desire for that.
Switch On my 'Personal Companion', connecting the internet using Beruk that crawling even slower than a snail. Clicking after clicking. Too slow. Shit! Bored in waiting something to pop-up on the screen, my eyes ball start to move around. Seeing other human beings enjoying deep deep sleep. Unconsciousness.
Tick, tock, tick, tock.
Running my view back to the flat LCD screen, typing the word linkaging to other sites. Surfing the blog of me but can't reach the other. No walking, no jogging and no drop in. Sorry guys, my Beruk too old to do some jogging. I will start bothering you back in work day. Start jumping to immature site..Manga..manga..manghwa etc etc..childish intellectual inside me. Can't resist it, it inside my blood since i was 10. My uncle is my teacher. Gila-gila, Gelihati (almost old skool). Now i'm upgrading it to manga. Funny isn't it?
Start jumping at another dot com.
.......................................... READ MODE....................................................
Nice description, you are so urbanize with contemporary word. Make me wanna read it more and more. Damn! How do you dit it? Stimulating my brain with your word in dot com. It only just some another human being spice of life. I'm just read it. Compile it as a book Bro. I like what you been writing..
..........................................READ MORE MODE.........................................
ermmm..
Better switch OFF my 'no heart feeling' Mr Personal Companion.
My tired brain need to be recharged. Low of insuline..
So sleepy and need to sleep.
Already 11.33 am in the morning.
Zzzzzzzzzzz
Thursday, December 2, 2010
Aku tak Tahan......
Aku tak tahan SEJUK, buat aku nak tarik gebar
Aku tak tahan tengok MAKANAN, buat aku lapar
Aku tak tahan BERSIN, buat aku makin tak sihat
Aku tak tahan tengok KUCING, buat aku nak usap/ pegang
Aku tak tahan tengok PENGEMIS, buat aku kasihan kat diorang
Aku tak tahan MENGUAP, buat aku nak lelap
Aku tak tahan nak KENCING, buat aku terus pegi toilet.hahahha
foto ehsan dari MR Google
* p/s: sekadar mengurangkan tahap kebosanan aku..aku takde keje nak buat :P
Subscribe to:
Posts (Atom)