Kaki melangkah mengikut petunjuk-petunjuk di tanah. Setiap langkahan kaki secara berhati-hati dan tanpa bunyi. Mata terarah ke depan dengan telinga yang peka menangkap bunyi dari pelbagai arah. Peka dengan sekeliling sambil mencari kelibat musuh. Hanya berbekalkan senjata tajam di kaki. Nyanyian cengkerik dan bau tanah tertangkap di pancaindera pada waktu ini. Sekejap terhenti mencari petanda..Menjejak bau dan tapak kaki musuh. Mencari-cari kesan tinggalan dengan kepala tertoleh ke kanan dan ke kiri. Tiada kelibat yang di kenal pasti. Pembelajaran yang didapati di usia mudanya menambahkan kemahirannya berada di kawasan ini. Ya, semakin mahir dan berpengalaman. Taktik demi taktik di rancang supaya musuhnya mengena. Badannya bergerak makin jauh meninggalkan tempatnya bermula. Makin jauh dan jauh. Sekali sekala badannya bersembunyi di sebalik rumpun pokok bagi mengelakkan dia dikesan oleh sang musuh. Sangat berhati-hati. Bergerak lagi. Badannya direndahkan pabila melalui kawasan lapang supaya musuh tidak menyedari kedatangannya. Tiada pergerakan mencurigakan di depannya.
Tiba-tiba pendengarannya menangkap bunyi derap kaki pada arah jam tiga 200 meter menuju ke utara. Matanya berkilau terang. Kakinya mula bergerak pantas pada arah yang sudah dikenalpasti tanpa meninggalkan sebarang bunyi. Daun kering dipijak dengan berhati-hati sekali supaya musuhnya tidak tersedar dengan kehadirannya. Bersembunyi di sebalik sepohon pokok yang besar dengan jarak musuh hanya 20 kaki dari tempat dia berada. Ketika itu hormon epinefrin memekat di tempurung kepala memenuhi sel-sel otaknya memicu pecutan pada detak jantungnya. Menganggar-anggar keputusan yang dibuat. Musuh masih tidak menyedari bahawa pergerakannya diperhatikan. Kali dia nekad..Musuh akan diterjah. 1 2 3!!! Memecut ke hadapan sepantas kilat mengejutkan musuh di depannnya. Musuh diterkam sehingga rebah ke tanah. Dengan segala daya yang ada, dia bergelut hebat dengan musuh tersebut. Dalam keadaan musuhnya yang meronta-ronta, dia mengambil senjatanya di halakan ke halkum musuhnya. Dengan sekali rodokan di halkum, musuhnya tidak bernafas lagi. Tidak semena-mena ada pergerakan lain di sekitar kawasan tersebut dan dia mendongaknya ke atas. Dia memandang makhluk yang berkata-kata dengan bahasa yang tidak difahaminya.
" Tompok, ko main ape tu?? Ish..Tikus!! Patut la senyap je dari tadi aku tengok. Jangan la ko bawak menatang yang ko main sampai lunyai tu dalam umah. Siap la kena piat dengan mak."
" Tompok, ko main ape tu?? Ish..Tikus!! Patut la senyap je dari tadi aku tengok. Jangan la ko bawak menatang yang ko main sampai lunyai tu dalam umah. Siap la kena piat dengan mak."
credit to: mysyahmir.blogspot.com
Teringat balik seekor bapak kucing dengan jari yang cacat. Feveret port dia tangga umah aku. Ada la satu pagi hari tu time aku nak g keje, adik aku dah menjerit-jerit dari luar umah. Mak aku plak dah membebel-bebel. Apa kes sorang menjerit pastu yang sorang lagi membebel. Sekali jenguk kat luar pintu. Aiyakk..bangkai tikus lunyai, patut mak aku membebel pun. Dia yang kena basuh tempat bangkai tikus tu. Aku tak leh tengok. Tak leh..Tak leh..Kembang tekak aku.. Pagi-pagi bute aku dah dihidang dengan bangkai tikus. Loya tekak aku. Ni mesti keje bapak kucing nie. Selagi menatang yang dibuat mainan boleh bergerak dan hidup lagi selagi tu la dia terkam, gigit dan buat main. Bila dah lunyai, dia terus tinggalkan je. Dia tak makan pun. Sekarang dah tak tahu ke mana pergi dah kucing tu.
No comments:
Post a Comment