Macam mane aku nak mulakan ayat ye?? Blurr-blurr..hermm..sambil mengusap dagu aku yang takde janggut. Ohh ye..Baru-baru ni aku kene gi camping dengan semua ofismate aku atas arahan bos besar aku. Yang tak bestnya berkhemah di tempat yang memang tak selamat serta 'keras'. Berkhemah kat tepi tapak projek bangunan baru ofis aku..Gile ke ape?? Kalau bangunan tak siap tu runtuh, mau mati katak kitorang. Tak sempat nak taubat, mintak maaf mintak ampun, nak bagi wasiat..Huhuuh..Awal-awal sebelum gi tu aku dah membebel-bebel tanda protes tapi depan kawan-kawan je la..Memang dah terbayang kene tidur atas batu granit jalan bukan atas pasir/tanah lembut. Sakit badan aku. Pastu aku terbayang lagi, uishh..kalau hujan memang kuyup walaupun ada khemah sebab tidur kat tanah rendah duk tepi dengan tali air dan paya. Kire khemah aku duk tengah-tengah. Aku dah terpikir, malam tu for sure aku takleh tidur. Memang dah jadi kebiasaan.
Hari yang nak pergi camping, kitorang kene daftar kehadiran kat ofis. Ingatkan ada lah attendent form rupa-rupanya pakai punch card je. Cess..Memang gimik dalam atur cara semata-mata. Pastu lepak dulu kat kedai makan sebelum berangkat. Aku memang pagi-pagi memang cepat lapar. Ofis mate lain ada yang tengah settle kan mende-mende kecil kat ofis. Balik dari breakfast, ada lah plak cite yang tak best. Ingatkan ofis tutup bila semua kakitangan gi berkhemah, tapi ada plak yang kene tinggal kat pejabat jadi pak pacak ikut shift. Apakah?? Kesian yang kene tinggal ofis. Terlepas slot yang best-best. Sampai kat tapak khemah, kitorang dengar slot-slot yang dibincangkan kat kabin. bla..bla..bla..etc etc etc..Makan dan solat. Petang, pasang tent. Berpinar-pinar mata aku pasang khemah time matahari terpacak atas kepala. Mata aku time tu dah nampak kaler biru dan hijau. Hahahha..Dalam pukul 5 petang apabila matahari condong ke barat, kitorang buat aktiviti yang best iaitu berkenalan dengan tumbuhan yang tumbuh di kawasan paya, pokok bakau dari berlainan famili. Yang aku ingat tiga daripada lima je: Rhizophora, Avicinnia dengan Brugarea. Sepanjang petang tu memang kitorang main selut, masuk paya dengan tanam benih pokok bakau. Selamat pakai kasut but kalau tak tenggelam selipar jepun dalam selut..
Malam kitorang wat BBQ tapi sebelum tu ada slot yang kene dengar gak. Slot yang ni best, mencerap langit malam. Yang ni aku tak sempat nak dengar pembentangan slaid show sampai abih sebab aku tengok bara BBQ tu elok untuk membakar. Time tengah-tengah membakar tu, ada plak 2 3 orang yang turun gak.Bila semua pakat nak bakar BBQ, aku bagi penyepit pada yang rajin nak membakar. Boleh tahan panas gak time panggang BBQ, silap-silap jari aku yang jadi BBQ. Time ni aku duk termenung tolong tengok kawan aku yang dua orang nie pasang teleskop. Aku tolong tengok je. Siap je pasang, siap cari koordinat bulan, nampak la satelit bumi yang berkawah-kawah tu. Cantik. Mak aih..terlupa budak-budak ni dah siap bedal dah BBQ tadi. Aku dengan budak dua orang ni still duk tenyeh mata kat teropong langit ni. Dah puas tengok bulan, kitorang cari plak koordinat planet yang paling dekat dengan bumi. Kira dengan mata kasar boleh tengok dan dengan teleskop pun lagi lah boleh tengok. Dapat gak la tembak planet gergasi dalam sistem suria, Musytari dan 3 satelit dari 7. Perghh..Kira dapat tengok la sebab takde awan. Yang lain dah berebut-rebut nak tengok sebab peluang dah ada depan mata. Hari lain memang tak dapat la. Dan aku tak dapat membedal sebab dah habis. Mujur selepas maghrib tadi aku dah makan nasi. Bila semua dah selesai, part ni paling tak best time nak masuk tidur. Time ni jugak la telinga aku jadi sensitif semacam. Bunyi bebudak ni duk sembang dari khemah sebelah, bunyi dengkur, bunyi tapak kaki, bunyi kentut, bunyi orang mengigau..Macam-macam ada. Macam mana lah aku nak lelap.
Pagi keesokannya usai Subuh, aku dah bermundar-mandir depan tali air. Berlari-lari anak konon-kononnya nak kuar kan peluh. Dah penat, aku lepak tepi padang yang penuh dengan kawanan kerbau. Pepagi camni pun binatang ni dah meragut, manusia-manusia yang duk kat rumah still tengah buat peta dengan taik mata. Macam aku gak la. Hehehe..Dah puas layan blues dengan kerbau, matahari baru terbit celah-celah awan. Memang cantik. Ni lah alasan aku tak nak sambung balik tidur dan mandi. Dengan badan yang dah berbau masam, tengik dan segala macam bau.. sempat gak la aku tekan shutter kamera. Puas hati aku dapat tembak sunrise.
Siap mandi dan makan pagi, kitorang dikehendaki menyusuri sungai dengan starting point di kawasan rumah kongsi. Kat situ ada 2 buah bot yang dah menunggu nak bawak kitorang di sepanjang sungai. Kire makan angin la ni. Melancong di negeri sendiri..dekat, murah dan berbaloi. Terasa kejakunan aku time ni..Sepanjang perjalanan, jari aku tak berhenti-henti duk tekan shutter kamera. Snap, snap, snap..Rambang mata tengok view yang best. Kiri, kanan, depan, belakang banyak moment yang menarik. Sepanjang sungai dipenuhi dengan pokok nipah, unggas-unggas dan manusia-manusia yang meranduk sungai untuk cari sesuap nasi. Penduduk di pesisir sungai ini ada yang cari ketam nipah dan mengumpul air nira dari pokok-pokok nipah. Aktiviti ini kemungkinan dah jadi aktiviti tradisi diorang turun temurun. Terjumpa seorang pakcik bersama sang cucu tengah meranduk sungai untuk pulang setelah penat mencari ketam nipah dan pada masa tu matahari dah menggalah atas kepala.
Bila dah sampai satu tempat, bot yang kami naiki tu buat pusingan untuk berpatah balik dan naik ke kuala sungai. Time ni, muka aku dah berbalut dengan tuala sebab tak tahan kena bahang cahaya matahari. Memang tabiat aku suka bawak tuala spare. Kamera aku dah simpan dalam beg sebab lalu jalan sama sambil layan kantuk. Kalau muka aku tebal 14 inci, memang dah lama aku lena tak sedar diri. Maunya aku tak kantuk, aircond semulajadi kat luar ni lagi best dari penghawa dingin kat ofis aku. Sampai abih aku duk layan kantuk sambil duk tengok keletah kengkawan aku yang satu bot dengan aku.
Sampainya di starting point tadi, kitorang balik ke tapak khemah dan berkhemas. Berehat sekejap dan makan tengahari sambil menunggu yang lain siap. Selepas zohor kitorang berangkat balik ke teratak masing-masing.
6 comments:
wah, bestnye.. :)
leh wat 1 artikel kan.. hihihi..
:D..
best gak la..huhu
bestnye....shoot pun lawa2...ngee~
ohh..time kasih :)
best tu,bukan semua orang berpeluang dpt pengalaman mcm tu...
wow...beshnyer...dah lma xcamping...rindunyer nak camping...
Post a Comment