MY fWends

Saturday, October 1, 2011

SUKA SUKI: Siapakah Anda?




Pernahkah anda memikirkan orang yang bagaimanakah diri anda yang sebenarnya? Adakah anda seorang yang pendiam, suka bercakap, pendedndam, lemah lembut, dan sebagainya..Mungkin anda segan untuk bertanya kepada orang lain tentang personaliti diri sendiri. SEkiranya anda ingin lebih mengenali diri sendiri maka tunggau apa lagi? Cepatlah menguji diri sendiri dengan soalan di bawah ini >>>

SOALAN:

Sepasang kekasih sedang duduk di atas kereta kebal. Ketika di tengah-tengah udara, wanita tersebut telah bercakap kuat dengan teman lelakinya. Pada pendapat anda, apakah yangtelah dicakapkan oleh wanita tersebut?

A. Malam ni kita tinggal di hotel yang bewarna putih tu!
B. Wahh! Lihat, tasik yang sangat cantik!!
C. Ah! Saya takut!! Cepat selamatkan saya!!
D. Alamak!! Kenapa tiba-tiba kereta kabel ni menjadi lambat? Apa yang sedang berlaku?
E. Perut saya sangat lapar.

ANALISIS:

Orang Yang Memilih Jawapan A

Anda seorang yang menuju ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Anda mempunyai azam. Anda tidak ingin bergantung kepada orang lain. Anda tidak takut dengan kesusahan dan kekalahan. Anda mempunyai kecekalan dan tiudak mudah putus asa. Disebabkan sikap anda ini, anda amat dipercayai.

Orang Yang Memilih Jawapan B

Anda seorang yang membuat sesuatu mengikut perasaan dan citarasa sendiri. Anda mempunyai byk pengalaman dan ilmu pengetahuan. Anda dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Anda melakukan kerja atau tugasan yang diberi dengan penuh bertanggungjawab. 

Orang Yang Memilih Jawapan C

Anda seorang yang tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Selain itu, anda juga mudah berputus asa dan kecewa. Anda sering buat kerja setengah jalan disebabkan sedikit halangan dan masalah. Jangan terlalu memaksa diri sendiri untuk berkawan. Anda kena pandai memilih kawan yang mampu membimbing anda ke jalan yang betul.

Orang Yang Memilih Jawapan D

Anda seorang yang pesimistik. Anda bimbang pada banyak perkara. Walaupun anda seorang yang berazam tinggi, namun disebabkan terlalu memikirkan risiko yang bakal berlaku anda menjadi takut untuk mara ke depan. Disebabkan faktor ini juga, anda tidak dapat menunjukkan bakat yang ada pada diri sendiri. Anda kena beranikan diri sendiri.

Orang Yang Memilih Jawapan E

E. Anda seorang yang seorang yang berubah-ubah dan tidak tetap pendirian. Anda sering mengubah sesuatu yang ditetapkan. Apabila anda mempunyai semangat maka sesuatu kerja akan dilakukan dengan baik sekali. Begitu juga sebaliknya. Anda tidak berapa matang dan sukar untuk berdikari. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...