MY fWends

Tuesday, November 22, 2011

jangan BanGGa..

Jangan bangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal,
Kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan.



Jangan bangga dan eksyen sangat dengan kenderaan mewah,
Kerana kenderaan terakhir kita adalah van jenazah dan papan keranda.



Jangan terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman,
Kerana tempat terakhir kita adalah di liang lahad.



Jangan ego dan bongkak kerana memiliki rumah mewah seperti istana,
Kita kena ingat rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua.



Jangan terlau megah dengan pangkat dan darjat.
Kerana bila sudah tiada nanti, kita dapat gelaran arwah atau al marhum.



Jangan terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang kacak atau cantik,
Kerana bila kita mati nanti, wajah itu akan berubah menjadi tengkorak.


Jangan terlalu bangga dan gembira dengan harta kekayaan yang menimbun-nimbun, 
Kerana harta kita nanti sesudah mati adalah anak soleh/solehah yang mendoakan kita.


Thursday, November 17, 2011

Otaku > Keobsesan Melampau

ehsan dari Mr Google

Otaku bukan otakku..sebut biar betul..Pernah dengar perkataan 'otaku'?

Otaku ni dalam slang Jepun moden merujuk kepada fans yang terarah kepada tema, topik atau hobi. Kebiasaannya otaku nie berkait dengan anime, cosplay, manga dan game. Kat Malaysia aku tak pasti adanya geng-geng otaku. Yang aku tahu hanya di Jepun paling glamor dengan golongan Otaku. Otaku ni kira peminat yang obses pada sesuatu hobi. Bila ko obses giler kat sesuatu mende cam anime la contohnya, maknanya semua yang pasal anime ko boleh cerita dari A to Z. Kira ko ni kamus bergerak anime la..Satu bilik sure penuh dengan poster, model figura, DVD/CD, anak patung, dan barang yang berkenaan dengan anime. Otaku ni apa yang aku faham, mereka hidup dalam dunia diorang sendiri, minat dengan karakter-karakter anime/game dan jarang keluar rumah. Contohnya kalau peminat bola..makan ingat bola, tidur ingat bola dan sembang pun pasal bola. Begitu juga Otaku lebih terarah kepada isu-isu berkaitan dengan fans tersebut. For sure dalam bilik tidur seorang Otaku penuh dengan figura dan model dari anime dan game, manga, komik dan VCD/ DVD yang diminati. Setiap info terkini berkenaan anime, game, cosplay dan manga akan cepat diketahui oleh golongan ini. Wah wah macam gosip artis Malaysia plak kan? Hahaha..


 (pic:)

But as for me, if you like something..Just make it as a hobby. Don't be like an Otaku. What we do and what we like, they all have their own limits. Get a life..don't shut your world with these kind of thing. Open your eyes and see the beautiful wide wide world. You can do a lot of thing inside it..

Apa-apa pun, aku pun juga peminat anime, game dan manga but i'm not an Otaku. I'm just enjoying to do what i like to do ;)

Sunday, October 16, 2011

Sunyi~



Sunyi..
Muncul secara tiba-tiba
Ruang seakan-akan suram dan kelam
Pandangan kian menyempit
Hati terasa sesuatu yang menghilang
Sedang aku cuba menggapai apa yang tiada
Hingga pada satu masa
Tanpa sedar
Aku terkenang masa silam
Mengilusikan keindahan lampau
Sendiri
Tetap sendiri
Kaku
Sepi..Tanpa suara
Hanya mata saja yang ku kerdipkan
Bicara sama hati
Semoga tak sebegini selamanya~


Monday, October 10, 2011

Setiap Apa Yang Allah Ciptakan, Semua Ada Hikmahnya~






Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le.... Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang  sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. 

Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? 

Alah...bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut. So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. 

Nak tau apa keputusannya ? 

Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut ! 

Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan ! 
Jadi begitu juga dalam soal harta pusaka dan sebagainya.


Saturday, October 1, 2011

SUKA SUKI: Siapakah Anda?




Pernahkah anda memikirkan orang yang bagaimanakah diri anda yang sebenarnya? Adakah anda seorang yang pendiam, suka bercakap, pendedndam, lemah lembut, dan sebagainya..Mungkin anda segan untuk bertanya kepada orang lain tentang personaliti diri sendiri. SEkiranya anda ingin lebih mengenali diri sendiri maka tunggau apa lagi? Cepatlah menguji diri sendiri dengan soalan di bawah ini >>>

SOALAN:

Sepasang kekasih sedang duduk di atas kereta kebal. Ketika di tengah-tengah udara, wanita tersebut telah bercakap kuat dengan teman lelakinya. Pada pendapat anda, apakah yangtelah dicakapkan oleh wanita tersebut?

A. Malam ni kita tinggal di hotel yang bewarna putih tu!
B. Wahh! Lihat, tasik yang sangat cantik!!
C. Ah! Saya takut!! Cepat selamatkan saya!!
D. Alamak!! Kenapa tiba-tiba kereta kabel ni menjadi lambat? Apa yang sedang berlaku?
E. Perut saya sangat lapar.

ANALISIS:

Orang Yang Memilih Jawapan A

Anda seorang yang menuju ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Anda mempunyai azam. Anda tidak ingin bergantung kepada orang lain. Anda tidak takut dengan kesusahan dan kekalahan. Anda mempunyai kecekalan dan tiudak mudah putus asa. Disebabkan sikap anda ini, anda amat dipercayai.

Orang Yang Memilih Jawapan B

Anda seorang yang membuat sesuatu mengikut perasaan dan citarasa sendiri. Anda mempunyai byk pengalaman dan ilmu pengetahuan. Anda dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Anda melakukan kerja atau tugasan yang diberi dengan penuh bertanggungjawab. 

Orang Yang Memilih Jawapan C

Anda seorang yang tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Selain itu, anda juga mudah berputus asa dan kecewa. Anda sering buat kerja setengah jalan disebabkan sedikit halangan dan masalah. Jangan terlalu memaksa diri sendiri untuk berkawan. Anda kena pandai memilih kawan yang mampu membimbing anda ke jalan yang betul.

Orang Yang Memilih Jawapan D

Anda seorang yang pesimistik. Anda bimbang pada banyak perkara. Walaupun anda seorang yang berazam tinggi, namun disebabkan terlalu memikirkan risiko yang bakal berlaku anda menjadi takut untuk mara ke depan. Disebabkan faktor ini juga, anda tidak dapat menunjukkan bakat yang ada pada diri sendiri. Anda kena beranikan diri sendiri.

Orang Yang Memilih Jawapan E

E. Anda seorang yang seorang yang berubah-ubah dan tidak tetap pendirian. Anda sering mengubah sesuatu yang ditetapkan. Apabila anda mempunyai semangat maka sesuatu kerja akan dilakukan dengan baik sekali. Begitu juga sebaliknya. Anda tidak berapa matang dan sukar untuk berdikari. 


Wednesday, September 28, 2011

DIY memang menjimatkan..


D.I.Y atau perkataan panjangnya Do It Yourself. D.I.Y mempunyai banyak maksud tetapi apa yang aku ingin tonjolkan di post ini adalah membuat sesuatu secara 'hand made'..Pernah tak korang buat sendiri apa-apa daripada barang yang kalau di buang ko terasa macam amat-amat membazir. Kalau pernah buat tanpa lihat tutorial yang ada, korang memang seorang yang berseni. Itu pendapat aku. Kira boleh buat kraf sendiri atau something yang boleh diguna pakai semula. Membuat secara 'hand made' bagi aku amat-amat menjimatkan selain itu juga dapat mencambahkan idea-idea kreatif dari bahan-bahan terpakai atau terbuang. Kadang-kadang dengan bahan-bahan recycle ini, korang boleh membuat sesuatu yang menarik daripadanya. Apa yang best dengan membuat hand made dari barang recycle ini ialah kita boleh dapat dengan harga yang murah dan kadang-kadang  tidak perlu mengeluarkan duit langsung dan yang keduanya ialah dengan D.I.Y hand made juga kita boleh menghasilkan duit. Bestkan? Yang penting ada usaha untuk menghasilkan sesuatu, rajin dan kreatif. Apabila kita membuat sesuatu benda dengan daya kreativiti yang kita ada, kita boleh merasa puas dengan apa yang kita hasilkan. Di samping itu juga, menghasilkan sesuatu yang sebegini juga kita boleh jadikan ia sebagai hobi di masa lapang. Tak la bosan sangat kan isi masa terluang dengan hand  made.

Di bawah ini aku ada share kan video-video yang aku rasa menarik dan senang untuk orang-orang seperti aku ini. Barang-barang yang digunakan pun senang nak dapat.


Senangkan? :)


Bahan-bahan senang nak dapat..


Ohh..untuk yang minat fotografi dan mempunyai kamera, korang leh wat studio mini korang sendiri. Macam mana? Senang je..korang leh buat macam yang dalam video ni atau pun cari kotak yang terpakai, then tebuk lubang pada 4 bahagian dan letak dengan kertas bewarna or plastik hamper yg berwarna tu pada 3 bahagian.Yang satu lagi berlubang tempat ko nak shoot subjek tu. Dan halakan lampu pada bahagian yang terlekat kertas berwarna tu. Pengcahayaan lampu boleh menaikkan kesan dramatik pada subjek tersebut.Ini just ko nak shoot subjek yang seperti di atas. Jika korang suke amik outdoor photography yang mesti memerlukan reflector untuk pengcahayaan. So kalau korang nak jimat just guna kotak keras yang terpakai dan balut dengan aluminium foil atau cat dengan cat putih. Senang je cara ini.


Hohoho..Tengok video ni, teringat balik time aku sekolah menangah. Dulu time aku form 3, aku pernah buat binding macam dalam video di atas ni. Aku buat notepad dengan menggunakan kertas buku-buku sekolah yang dah tak dipakai.  Aku punya method senang aje..Aku kapit kertas yang sudah aku kerat dengan pengapit kertas besi dan penyepit baju supaya tak bergerak, letakkan gam dan lekatkan kertas tebal untuk dijadikan kulit. Cuma aku punye notepad tak sekemas buku yang di binding di atas tu. Notepad yang aku hasilkan sebesar bisnes kad aje. Tapi sangat-sangat berguna pada ketika itu sebab aku gunakan untuk tulis formula matematik.

Tuesday, September 13, 2011

” If you can survive, you must remember that I love you.”




This is a true story of Mother’s Sacrifice during the Japan Earthquake.
After the Earthquake had subsided, when the rescuers reached the ruins of a young woman’s house, they saw her dead body through the cracks. But her pose was somehow strange that she knelt on her knees like a person was worshiping; her body was leaning forward, and her two hands were supporting by an object. The collapsed house had crashed her back and her head.

With so many difficulties, the leader of the rescuer team put his hand through a narrow gap on the wall to reach the woman’s body. He was hoping that this woman could be still alive. However, the cold and stiff body told him that she had passed away for sure.
He and the rest of the team left this house and were going to search the next collapsed building. For some reasons, the team leader was driven by a compelling force to go back to the ruin house of the dead woman. Again, he knelt down and used his had through the narrow cracks to search the little space under the dead body. Suddenly, he screamed with excitement,” A child! There is a child! “
The whole team worked together; carefully they removed the piles of ruined objects around the dead woman. There was a 3 months old little boy wrapped in a flowery blanket under his mother’s dead body. Obviously, the woman had made an ultimate sacrifice for saving her son. When her house was falling, she used her body to make a cover to protect her son. The little boy was still sleeping peacefully when the team leader picked him up.
The medical doctor came quickly to exam the little boy. After he opened the blanket, he saw a cell phone inside the blanket. There was a text message on the screen. It said,” If you can survive, you must remember that I love you.” This cell phone was passing around from one hand to another. Every body that read the message wept. ” If you can survive, you must remember that I love you.” Such is the mother’s love for her child!!



p/s: damn, it's so really touching!! the beautiful of love. i love u mom..huhuhu..


Credit to Eun Mi Kim

Sunday, September 11, 2011

Ahhh..the good old day~

Malam nie aku just nak share lagu dari OAG, band indie yang mula-mula bertapak di negara ini. Teringat kisah-kisah lama bila dengar balik lagu-lagu OAG. Dulu lagu yang paling top ialah 60's TV. Old skool btul laa..Time tu aku masih bersekolah rendah. Aku dengar lagu ni pun melalui sepupu aku. Dulu takde walkman yang boleh letak dalam poket baju or seluar tapi yang gedabak besar. Aku tak tahu sekarang jenis yang macam tu dah pupus ke belum. Nak pergi mana-mana pun kena pegang dengan tangan. Masukkan kaset dan tekan butang 'play' pastu baru boleh dengar lagu. Klasik dan antik.

 ( old skool giler walkman ni..sebijik yang macam aku ada. selalu bawa ke mana-mana..picture )

Opss, terlebih sudah. Terbabas bercerita pasal walkman dulu-dulu.



Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya~



Selamat Hari Raya kepada semua blogger. Ada satu hari lagi untuk menunaikan ibadah berpuasa. Takpe lah, aku wish dulu. Hari ini mood raya dah menebal-nebal dah dalam diri aku ni. Nak buat kerja pun macam dah tak ada semangat sebab ramai ofismate yang dah cuti. Sunyi je hari ni. Esok lagi laa makin terasa.. Hanya aku dan beberapa kerat manusia je yang bekerja dua hari terakhir ini. Boleh di kira dengan jari tangan aku ni. Aku pulak dari masuk kerja tadi penuh dengan mood mereka kad raya sendiri so yang kat atas tulah rekaan paling simple. Tu pun amik masa berjam-jam berfikir nak buat style yang ikut hati sendiri. Berbalik semula kepada mood raya, hari kedua terakhir ni mesti ramai yang dah bertolak balik ke negeri masing-masingkan. Harap korang-korang senua selamat pergi dan pulang ye. Berhati-hati di jalan raya, sebelum bertolak bacalah dulu doa menaiki kenderaan supaya Allah melindungi setiap perjalanan korang. 
Waktu-waktu begini, for sure kompleks membeli belah penuh dengan manusia tak kira lah di waktu panas terik. Tadi pun, aku kelaur ofis sebab nak renew kan lesen memandu adik aku..pergi ke pejabat pos, line takde. Jadi terpaksalah aku berjalan dari Giant terus ke Mydin Mall dan dari situ aku melintas ke JPJ..Perghh, gila panas beb dengan jalan yang sesak macam sardin. Nak bawak kenderaan, memang kena berfikir 2 3 kali la jawabnya. Redah jelah dengan kaki. Dalam pukul 1.45 petang, still ada polis trafik yang berkawal itu pun sekejap jelah. Dalam keadaan yang panas terik sebagai manusia biasa memang menduga iman kalau bertugas macam polis, nak-nak lagi di bulan puasa. Kalau bulan lain, boleh je minum air. Tadi pun diorang pun berehat di bawah pokok sekitar taman rekreasi. Cenggini la situasi sebelum beraya.
Fuhh..kire jauh gak aku berjalan sambil menikmati suasana di tengahari. Sampai je di JPJ, mak aihh..ramainye manusia. Ni semua nak renew lesen semua ke? Haahah..semua datang time dekat last-last. Mujur sekejap je prosesnya..Dah la keluar ofis pun tak bagi tahu..Hehehe..sekejap je..Balik dari sana terus lepak kat meja member. Sembang-sembang sampai hilang peluh, stabilkan suhu badan dan rehat..Fuhh letih maa..Mau je aku teguk air time ni..
Apa-apa pun korang, nak beraya jangan lupa bayar zakat fitrah, servis kenderaan kalau nak berjalan jauh dan setel-setelkan apa yang patut. Selamat beraya korang semua dan selamat pulang ke kampung. 

Monday, August 15, 2011

macam mane ni....

Selamat berpuasa kepada semua geng-geng blogger..Hari ini adalah hari yang ke-15 kita berpuasa kalau tak silap aku la..Tinggal lagi 14 hari lagi untuk kita menyempurnakan ibadat puasa dan juga ibadat sunat. Cepatnya masa meninggalkan kita ya..Terasa banyak lagi yang hendak dikejar dan yang hendak diisi. Tamak ke aku ni? Entah la. Terasa cam tak mempunyai masa yang cukup untuk buat perkara kebajikan. Ermm..Hari ini aku berblog di ofis bukan sebab keje aku semua dah siap, tapi aku amik 'take 5' sekejap dan memandangkan waktu rehat dah masuk. Salah satu sebab lain adalah aku mengantuk. Cara begini sahaja yang dapat mengurangkan rasa kantuk aku walaupun masih terase mengantuk lagi. Aku rasa lepas ni, aku nak lelap sebentar sebelum mengerjakan solat zohor.

Kenapa yerk?

Kenapa sejak bulan Ramadhan ni, aku selalu sangat mengantuk ek? Kalau setakat di ofis ni ok lah lagi tapi ni dah terbawa-bawa sampai ke solat terawikh..Tahun ini tahun aku mengantuk sepanjang Ramadhan. Kalau diingatkan balik permulaan puasa pada tahun ini, tak pernah lagi aku tertidur kat ofis macam tu aje. Kalau di ingatkan balik seriously memang kelakar. Menyandar selesa sikit aje di kerusi kerja, terus terlelap. Letak aje kepala atas meja kerja, tak sampai seminit terus gelap dan terawang-awang ke mana tah..Letak je kepala kat dinding, mata terus tertutup rapat. Terangguk-angguk dan tersengguk-sengguk. Hari tu memang aku masam kera dah kena belacan. Tak tahu nak duduk posisi macam mane lagi di kerusi, memang terlelap. Aku rasa ketua bahagian aku dah tengok macam-macam gaya aku terlelap hari tu. Hahahah..Mujur ketua aku tu sangat memahami. Buat dunno je..Hihihi..Bila jam dah menunjukkan pukul 1, terus aku letak kepala atas meja..lena. Sedar tak sedar, bila aku terasa lengan kiri aku basah dengan air liur sendiri..Memang giler tak senonohnya aku hari tu. Malu pun ada sebab ketua bahagian aku ada kat meja dia. Terpaksa la meng'cover'kan muka aku bangun dan terus ke pantry untuk basuh muka..

Kalau di surau pulak, aku biasa mengantuk time imam bagi tazkirah senggang waktu untuk ke rakaat yang ke-5. Terpaksalah menggerakkan badan supaya aku tak mengantuk sangat. Menunduk, menyenggeng, berlunjur, bersila. Habis posisi aku buat untuk hilangkan kantuk. Aku rasa jemaah belakang mesti perasan aku tak senang duduk. Mengantuk punya pasal ditambah lagi dengan angin kipas. Lagi membuai-buai dan semakin layu mata aku. Terpaksalah aku bertahan sampai habis solat sunat witir..

Aku just terfikir macam mana mau bagi hilang rasa kantuk ni..hurmm..Opss, dah terlebih dah ni. Waktu rehat aku dah habis..Terpaksa stop kat sini..lenkali sambung lagi untuk topik yang berbeza..Cau cin cau..



Saturday, August 6, 2011

SUKA SUKI: Kelemahan Anda Yang Paling Anda Takuti


Setiap orang mempunyai kelemahan tetapi terdapat sesetengah orang tidak tahu akan kelemahan diri sendiri. Marilah kita menguji setakat mana kelemahan diri sendiri yang kita miliki dengan membayangkan diri berada di lokasi kejadian pembunuhan...

Bayangkan bahawa anda adalah seorang detektif. Pada suatu hari anda telah pergi menyiasat kes pembunuhan, mangsa adalah seorang wanita muda. Di tangan mangsa tergengam gincu yang patah. Melalui naluri anda, apakah punca yang menyebabkan mangsa dibunuh?

credit to animepicuriosity.wordpress.com


A. Perompak telah menceroboh masuk dan membunuhnya
B. Teman lelakinya membalas dendam kerana mangsa cinta orang lain
C. Perbuatan lelaki abnormal yang telah lama menyukainya
D. Musuh cinta mangsa telah membunuhnya.


ANALISIS: 

A. Kelemahan diri anda yang paling anda takuti adalah penyakit. Anda bimbang dan khuatir sekiranya anda menghidapi penyakit yang tidak boleh dirawati. Akhirnya anda akan mati dalam keadaan yang terseksa. Anda takut dengan kesakitan pada tubuh dan juga takut akan kematian.

B. Kelemahan diri anda yang paling anda takuti adalah kematian. Tapi bukannya takut akan kematian diri sendiri. Sebaliknya kematian orang yang paling rapat dengan anda. Ini adalah kerana anda terlalu bergantung kepada mereka terutamanya ibu bapa, adik beradik dan teman hidup. Sekiranya berlaku perkara ini, anda pasti tidak dapat menanggungnya.

C. Perkara yang paling anda takuti adalah tidak dapat memahami dan memberi penjelasan tentang gejala semulajadi yang berlaku. Gejala-gejala ini termasuklah roh, hantu, balas dendam dan sebagainya. Anda menjadi sangat keliru apabila perkara-perkara ini berlaku. Ini adalah kelemahan diri anda yang sukar untuk mengatasinya.

D. Kelemahan diri anda yang paling anda takuti adalah dikhianati. Anda tidak dapat berhadapan dengan kekasih yang berubah hati, kawan yang tidak setia atau saidara mara yang membelakangi anda. Apabila mereka mengkhianati anda, anda telah kehilangan daya untuk menyerang balik. tapi kelemahan ini sukar untuk dikeasan.

p/s: Test ini adalah semata-mata untuk suka-suka dan untuk mengisi masa lapang sahaja. No need to take it seriously. 

Wednesday, August 3, 2011

Malam-malam ku, terganggu tidur ku~


Malam-malamku. terganggu tidur ku..Esok paginya mula la aku terangguk-angguk di pejabat. Nyaknyer-nyaknyer..

Malam pertama, 
Malam pertama aku, satu malam tak boleh tidur sebab diganggu makhluk halus. Tangan aku bertempur dengan juruterbang-juruterbang nyamuk. Bila mata dah lelap tetapi terganggu dek dengung kipasan sayap nyamuk di tepi telinga. Pencemaran bunyi betul. Tangan mula la ber'pap' sana ber'pap' sini. Ada rezeki banyak juga yang kojol di tapak tangan aku ni. Yang terlepas tu, ko memang selamat nyamuk buat masa ini tapi tak masa akan datang. Siap kau, akan ku bunuh jua.Huahuahua (gelak jahat). Jawabnya sampai sahur aku just tidur-tidur ayam je. Lepas sahur, baru lah bleh tidur dalam keadaan tenang walau dalam masa yang singkat. Tup tup 6.30 pagi baru aku terjaga dari tidur itu pun dah lewat. Badan pun berbintat-bintat merah.


Malam Kedua, 
Pukul 3.30 pagi, tang tung tang tang...siapa la yang memasak kat dapur awal-awal pagi camni. Seingat-ingat aku, aku seorang je yang menghuni rumah ni..Terjaga sebab bunyi bising. Jam baru menunjukkan pukul 3.30 pagi. Awal giler kalau nak bangun sahur ni. Tang tung tang tang..Terpaksa la aku mengangkat kepala dari bantal dengan malasnya menjenguk ke dapur. Laa..cik tikus tengah menggelek sebatang lilin putih yang panjang. Bila ia perasan aku tengah perhatikan ia, ia larikan diri kejap dan tinggalkan apa yang digeleknya tadi. Aku malas nak tinggalkan perbaringan aku nak ambil sebatang lilin kat tengah-tengah lantai dapur tu. Biar je. Pabila cik tikus tengok manusia nan seorang ni buat bo layan je. Tang tung tang tang..berbunyi lagi gelekan lilin putih tu ke bawah kabinet. Pastu bunyi tu pun terus senyap. Selamat la lilin tu kat dalam sarang dia. Lilin tu cik tikus nak buat sahur pesengan. Aku pulak terus sambung tidur. Bangun tak bangun, pukul 5.00 pagi baru aku terjaga disebabkan getaran dari handfon aku. Kawan aku yang kejutkan. Kalau tak memang terbabas sampai subuh la jawabnya..Hehehe..

Macam-macam hal. Malam ni aku tak tahu la apekebende plak yang jadi. Hahaha..wokey bebeh..Subuh dah masuk. Aku pun nak meng'blah'kan diri and prepare untuk pergi kerja pulak. 

Monday, August 1, 2011

Alahai Dapur..





Hari ini hari pertama aku berbuka tanpa family. Masak pun sendiri je. Buat yang simple-simple. Makan hanya untuk semulut so tak perlu lah sampai kepada hidangan pembasuh mulutkan. Apa yang penting kenyang. Hehehe..Ni pun aku dah siap memasak tu yang sempat berblogging. Hanya tinggal masa untuk berbuka aja. Dah tak tahu ape nak dibuat.

Bercerita pasal masak memasak mesti berkaitkan pasal dapur. Dapur alahai dapur. Sebut pasal dapur mesti dikaitkan dengan perempuan sebab kaum hawa la yang selalunya berada di dapur tetapi tidak lagi pada zaman sekarang. Lelaki pun boleh challenge kaum hawa. Hehehe..Ok berbalik kepada dapur ni, dapur ni satu ruang di dalam rumah yang berfungsi untuk menyediakan makanan. Betul ke apa yang aku terjemahkan ni? Bedal jelah kan? Kat dapur ni tak lengkap kalau takde sinki, peti ais, dapur gas dengan alatan untuk memasak. Dan ramuan utama yang patut ada di dapur apabila nak memasak semestinya beras, minyak masak, garam, gula, lada sulah, bawang besar, bawang merah, bawang putih, rempah dan kicap. Ini memang dah jadi bahan asas yang kebiasaannya ada di dapur.Kalau takde tu, terpaksa la mereka-reka lauk selain beras dan minyak masak. Kalau tak cukup atau dah kehabisan, ko redah la giant, mydin atau kedai runcit. Kalau tak pun, makan kat luar la.Ini pada pandangan aku lah.

Apa yang tak best pasal dapur..Dapur jadi tak best apabila sinki takde air. Ini sangat-sangat tak best. Apabila air sinki takde, ko nak mengemas dapur pun takde mood apalagi nak memasak. Bayangkan satu sinki penuh dengan pinggan mangkuk yang tak berbasuh. Mak aihh, nak lalu area situ pun memang dah takde selera. Itu time sinki takde air . Penghuni rumah pulak jangan la pemalas nak mengemas dapur. Kalau tak situasinya sama jugak macam dapur yang takde air sinki. Hehehe..Dapur jugak kalau tak dijaga dan dikemas dengan baik kebiasaannya akan dihuni oleh makhluk-makhluk halus a.k.a juga sebagai musuh ketat dapur seperti semut, lipas dan tikus. So kemaslah dapur dan simpan makanan di tempat yang tak dapat dimasuki oleh makhluk-makhluk ini. 

So aku pun nak menjenguk dapur aku la pulak. Nak menyediakan apa-apa yang patut sebelum berbuka puasa. Untuk korang, selamat berbuka puasa dan selamat menjalani amal-amal soleh di bulan yang penuh keberkahan ini.


Thursday, July 28, 2011

article with no name~

Apa yang kau nak tak semudah bak memetik jari. Kau petik terus dapat. Not everyone like that. Aku? Aku sentiasa berusaha untuk capai apa yang aku nak. Aku tak dapat apa yang aku nak dengan hanya goyang kaki tetapi aku terpaksa mencari. Nak dapatkannya terpaksa berparut dan tergores dahulu sebab jalan aku tempuh tu tak rata..Ada-ada je tersadung, tersembam, terjelepok. Bangun lagi dan terus berjalan. Banyak yang 'ter-ter' kan? Sebab bukan sengaja merebahkan diri tapi kaki penat berjalan, tenaga habis digunakan dengan badan letih tak diisi. Putus asa? Fed up? Sedih? Seringkali dan sentiasa bercampur gaul dalam hati. Jangan diikutkan sangat perasaan itu. Boleh jadi kau akan berhenti setakat itu sahaja. Aku, sepanjang mencari selalu menanamkan mimpi yang indah-indah supaya kaki ku terus ke depan. Supaya aku ada hati untuk terus berusaha walau kekadang yang indah-indah itu tak diterima akal. Doa sebagai peneman dan semangat. Selalu menasihati diri bahawa apa yang aku cari itu semuanya adalah atas kehendak Yang Maha Penentu. Apa yang tak tercapai oleh ku itu adalah kehendak-Nya. Walau hati sedih, kecewa dan marah, ingatlah Dia yang mengkehendakinya begitu dan begini. Sentiasalah bersangka baik kepada-Nya. Selagi kau bersangka baik dengan-Nya, Tuhan akan memakbulkan perkara yang baik-baik untukmu dan sebaliknya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Memberi.

Wednesday, July 27, 2011

# Wordless lagi~~


Lu pikir la sendiri. hahahaha...




Tuesday, July 26, 2011

SUKA SUKI: Apa Yang Anda Fikir Sebelum Tidur

SOALAN:

Setiap malam apabila anda berada di atas katil, apakah yang anda fikir sebelum tidur

A. Perkara yang nak dilakukan esok hari ataupun membuat perancangan untuk masa depan
B. Perkara yang telah berlaku hari ini ataupun yang lepas
C. Perkara yang tiada kaitan dengan duniawi

ANALISIS:

A. Anda mempunyai perancangan dan strategi apabila membuat sesuatu. Anda sentiasa memastikan kerja yang anda buat tidak akan berlaku kesilapan. Anda ingin semua orang mengikut kata-kata ataupun perancangan anda. Mereka yang ingkar pada anda akan tercatat dalam buku senarai hitam anda. Kehidupan anda penuh dengan cabaran.

B. Anda tidak dapat melepaskan diri dengan apa yang telah berlaku . Anda sering berada di dalam kenangan anda. Sekiranya berlaku apa-apa masalah, anda sering menyalahkan diri anda. Anda telah terlepas banyak peluang keemasan. Anda dinasihatkan untuk lapangkan minda demi menerima perkara baru dalam hidup anda.

C. Anda seorang yang pelik. Anda mempunyai pelbagai idea yang pelik dan mencabar. Anda suka berangan-angan. Apabila terdapat kegembiraan, anda akan berkongsi dengan kawan-kawan. Walaupun anda sangat cuai tetapi anda disukai ramai.

p/s: soalan penghilang stress di masa lapang. tiada kena mengena antara yang hidup atau yang telah tiada. Sekian, terima kasih :)




Sunday, July 24, 2011

Malam Pertama Aku~

Ermm..macam ni lah malam pertama aku..Aku ditinggalkan. Bukan kena tinggal pun tapi aku yang tak nak ikut pindah skali. Dah la cam tu, sakit pinggang plak kes mengangkat barang-barang berat tanpa ikut prosedur yang betul..amik kau nak sangat. Konon-konon gagah perkasa la sangat. Tak pasal-pasal sakit yang dapat.

Malam ni, tidur keseorangan la aku. Kebiasaannya ada adik-adik and mak aku. Malam ni rasa sunyi pulak sebab rumah ni dah terase sangat-sangat la besar sebab aku sorang je penghuninya. Time ada diorang takde la terasa besar sangat ruang rumah nie. Aishh..Malam ni hujan renyai-renyai, kalau penghuni lain aku rasa semua dah dibuai mimpi dah. Aku aje kot yang tak leh nak tidur lagi..Rindu punya pasal tambah lagi dengan sakit. Kalau sakit-sakit camni, kalau ade mak leh gak nak bermanja-manja. Kalau tak tak kena picit pun, buat layan rengekan pun jadi la. Penawar aku ni beb..Sakit-sakit pun leh hilang sakit kalau tengok wajah dia. Dengar suara pun dah terase best dah. Cam sedih la plak..Siot betul layan perasaan malam-malam buta camni. Hhuhuh..

Teringat plak satu ayat yang selalu orang kita guna ' Masa Ada, Tak Diingati..Bila Sudah Tiada, Baru Nak Dihargai '. Hmm..

heyitswynonna.tumblr.com

Wednesday, June 29, 2011

Miss lissie si suara lantang~

Oppss...Tak tahu nak sembang ape sebab lame sangat aku tak masuk.Tadi tengah mencari lagu-lagu yang berkenan di hati terjumpa dengan vid nie..Suara minah nie best..lantanggg..Im just sharing with you right now..Enjoy it :)

Tuesday, June 7, 2011

Mehnahku..Mehnah-Mu buat ku


Mehnah-Mu..tarbiyah dari-MU untuk ku,
Mehnah-Mu..hadiah-Mu untuk ku,
Mehnah-Mu..tanda cinta kasih Mu terhadap ku,
Mehnah-Mu..Yang Kau pilih adalah aku,
Mehnah-Mu..ganjaran tak ternilai bagi yang BERSABAR,
Mehnah-Mu..Ingati lah Dia, Sang Penguji hamba-hamba-Nya
Mehnah-Mu..Katakanlah ' inna lillahi wa inna ilaihi raji'un '
Mehnah-Mu..Cukuplah Allah bagiku; Tidak ada Tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dialah yang memiliki A'rsy(singgahsana) yang agung. (At-Taubah 9:129)

( N.S, 5 Rejab 1432H, 9:06 p.m )

Thursday, June 2, 2011

Thursday, May 26, 2011

Brave Song~

Aku tido lewat malam ni semata-mata duk ulang lagu nie 3 4 5 kali sekali dgn Vid yang main lagu tu with instrument..Memang ntah apa-apa aku malam ni..Lagu OST dari  anime Angel Beats. Sape yang minat anime leh cari cite ni kat SINI. Cite ni memang gile-gile skit and part last tu sad ending. Kat sini just aku nak share lagu je tapi jangan bimbang..Aku share skali dgn lirik and translation. Quite nice..Tersentuh hati pun ade..Ape-ape pun just enjoy it :)



Original / Romaji Lyrics
itsumo hitori de aruiteta furikaeru to minna ha tooku
soredemo atashi ha aruita sore ga tsuyosa datta
mou nani mo kowaku nai sou tsubuyaite miseru
itsuka hito ha hitori ni natte omoide no naka ni ikiteku dake
kodoku sae aishi waratterareru you ni atashi ha tatakaun da
namida nante misenain da

itsumo hitori de aruiteta ikusaki ni ha gake ga matteta
soredemo atashi ha aruita tsuyosa no shoumei no tame
fukitsukeru tsuyoi kaze ase de SHATSU ga haritsuku
itsuka wasurete shimaeru nara ikiru koto sore ha tayasui mono
boukyaku no kanata he to ochiteiku nara sore ha nigeru koto darou
ikita imi sura kieru darou

kaze ha yagate naideta ase mo kawaite
onaka ga suitekita na nani ka attakke
nigiyaka na koe to tomo ni ii nioi ga yattekita

itsumo hitori de aruiteta minna ga matteita

itsuka hito ha hitori ni natte omoide no naka ni ikuteku dake
soredemo ii yasuraka na kono kimochi ha sore wo nakama to yobun da
itsuka minna to sugoshita hibi mo wasurete dokoka de ikiteru yo
sono toki ha mou tsuyoku nanka nai yo
futsuu no onnanoko no yowasa de namida wo kobosu yo


English Translation
I have always walked alone. When I looked back, everyone was faraway
Even so, I kept walking. That was my strength
"I'm not afraid of anything anymore", I muttered to myself
Everyone will be alone someday, living on in memories only
I fight so that I will be able to love and laugh despite of the 
loneliness
I won't show my tears
I have always walked alone. The cliff was waiting for me ahead
Even so, I kept walking, to prove my strength
The strong wind blew against me. My shirt stuck to me with sweat
If I can forget everything one day, being alive will be so easy 
If I fall into the other side of oblivion, that means I am running away
Even the meaning of having lived will disappear
The wind had soon calmed down. My sweat had also dried out
I became hungry. What was that?
A nice smell came together with lively voices
I have always walked alone. Everyone was waiting
Everyone will be alone someday, living on in memories only
Even so, it's fine. I call this peaceful feeling my friend
Someday I will be living somewhere, with the memories of days spent with 
everyone left behind
At that time I won't be strong anymore
I will just be sobbing like a weak ordinary girl

credit lyric to Anime Lyrics

Vid yang di bawah ini lagu sama seperti di atas cume hanya menggunakan piano dan violin..Yang penting i looike it..

# 1


# 2


# 3


Banyak versi kan? Haa..pilih-pilih mane yang korang suke..kalau korang tanye aku for sure aku pilih semuanya..kehkehkeh :P Ok lah, time for sleep. Kumpul daya la plak..Esok mau kerja..Got to go..Assalamualaikum wbt..

Saturday, May 14, 2011

Tuesday, May 3, 2011

Layu sebelum petang tiba~

Assalamualaikum wbt..
Mak aih..lame betul tak masuk umah sendiri..dah 2 bulan umah aku ni berdebu, bersawang dan ntah ape-ape lagi la..Disebabkan terlalu sibuk dengan hal-hal di ofis dan hal diri sendiri sampai takde masa aku nak berblog. Nak membaca penulisan faveret blogger pun cam tak sempat. 

Ermm..Pagi-pagi cam ni pun aku dah mengantuk lagi..Kenapa mengantuk ye? Jam baru menunjukkan pukul 10.30 pagi. Belum start apa-apa, aku dah mengantuk. Nak cakap aku tido lewat, sebelum pukul 12 tengah malam aku dah tido. Ade orang cakap, kalau tido awal dari kebiasaan bleh menyebabkan mengantuk sebab terlebih tido. Kalau lewat tido tu memang common la kan. Tapi  time aku jadi student dulu biasa gak tido pukul 5 pagi pastu attend kuliah pukul 8.30 pagi. Ok je, cergas dan bertenaga lagi. Aii..pelik tu. Maybe badan aku menggunakan tenaga emergency kot that why lah tak ngantuk. Cara ni hanya bleh digunakan sehari sahaja, masuk hari kedua, badan akan letih dan fikiran jadi tak fokus. Maknanya bateri badan dah tersangat low la tu. Hahaha..

credit to gravika.com.pl

Terpikir gak aku kemungkinan disebabkan makan nasi lemak, kuih sebiji dengan air teh buatkan mata aku tak leh nak bukak 100% kot. Nak kata terlampau kenyang tu, takde la sangat. Makan ala kadar je.Alhamdulillah bleh isi perut aku yang berbunyi tiap-tiap pagi. Mengantuk disebabkan glukos..glukos..glukos..Tau ape itu glukos? Glukos tu gula yang ditukarkan daripada makanan yang ditelan. Semasa berlaku proses pencernaan nasi  lemak, kuih dan air teh..banyak tenaga digunakan dan darah yang membawa oksigen keseluruh badan tertumpu ke bahagian usus dan oksigen yang sepatutnya ke otak berkurangan. That the reason why our eyes become sleepy and our head become dizzy and your eyelids become heavy and covering the eyeballs. Guna pakai teori sains dan sebab dan akibat.

Aku rase satu sebab lagi..maybe antara sedar atau tidak..aku sedang menyedut udara recycle. Bad air yang di recycle melalui penghawa dingin. This is what i thought in a minute ago. Aku berfikiran camtu sebab penghawa dingin betul-betul berada di bawah kepala dan meja kerja aku..Sejuk tak terase yang aku rase cuma suhu kebiasaan badan aku je..Kalau dah jadi mengantuk camni, ape yang aku buat aku minum air putih (air mineral) bagi cukupkan oksigen dalam tubuh aku. Mengantuk lagi?? Aku buat inhale and exhale..Tak cukup lagi?? Aku pi berjalan sekitar ofis dalam 5 minit. Bila dah rase kurang mengantuk baru duduk balik kat kat tempat asal. Kalau semua cara ni tak berkesan, masa untuk cari port yang orang tak leh kacau time tido. Amik mase dalam 10-15 minit untuk tido sekejap. Kalau bleh off kan handset supaya tak mengganggu time lena. Cara ni memang berkesan. Lepas bangun dari tido, terasa segar dan kepala pun jadi ringan berbanding ketika mengantuk. Tak hilang lagi mengantuk?? Senang je cara ni..Mintak tolong kawan lempangkan. For sure hilang terus mengantuk. Hahahaha..

Aku ni sebenarnya mengantuk pun tak hilang lagi. Menulis blog sebab nak hilangkan mengantuk tapi bahasa aku pun dah jadi tunggang langgang. Macam dah menulis dalam e-diari. Mengantuk punya pasal. Lantak..


Friday, March 11, 2011

Moga selamat, Jepun dilanggar Tsunami dengan gegaran 8.9 skala Richter..



Jepun hari ini (11.03.2011- Jumaat) dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.
Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.

Gegaran 8.9 memang gegaran yang kuat dan boleh menyebabkan berlakunya tanah runtuh, avalanche dan kalau gegaran tu bertempat di persekitaran gunung berapi yang aktif, aku rasa memang dah meletup. Bangunan pun leh runtuh. Uishhh..

Kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Jepun termasuk sorang member aku ni,  aku harap korang  selamat dan tak kena dengan gelombang tsunami. Member aku sorang ni stay kat Kagoshima, dia cakap tsunami will arrive kat tempat diorang dalam pukul 5.30-6.00 petang waktu Jepun. Pusat gegaran di Tokyo and for sure kat situ lagi teruk. Perkembangan ni pun aku tahu melalui facebook member aku. Dia pun dah tak update dia punya facebook so i think bekalan elektrik kat sana dah terputus. Apa-apa pun, aku doakan semua rakyat Malaysia yang berada di Jepun selamat dan berada dalam lindungan-Nya. Aminn..

Kita yang berada di Malaysia ni jangan suka sangat sebab tak kena kat kita. Beringat-ingatlah. Tuhan kalau nak turunkan bencana, dia tak bagi amaran pun begitu juga dengan kematian. Semua tu rahsia Allah.


p/s: info terbaru---->>
SEBARKAN KAT KENGKAWAN N SEDARA MARA , TSUNAMI YANG LANDA JEPUN AKAN SAMPAI KE PANTAI TIMUR SABAH N SARAWAK KAWASAN PANTAI AROUND 6.30PM HARI INI. SEBARKAN SEBELUM TERLAMBAT UNTUK LANGKAH BERJAGA2.

Monday, March 7, 2011

Canon-PhotoMalaysia 2011 Photo Contest




Kepada penggila fotografi yang mempunyai DSLR atau kamera kompak dengan megapixel 4 MP dan ke atas. Ada berita baik untuk korang termasuk aku jugak. Hehehe.. Satu forum fotografi PhotoMalaysia mengadakan pertandingan foto sepanjang tahun 2011 dengan tema-tema berlainan setiap bulan. Semua hadiah di sponsor oleh Canon Marketing Sdn. Bhd. Hadiah memang mengujakan dan meracun aku untuk join sama contest nie. Mane aku tak gile tengok hadiah yang Canon bagi..

Hadiah-hadiahnya adalah: 
  • Year End Grand Prize: Canon EOS 7D Body
  • Year End First Runner Up: Canon EOS 500D + EFS 18-55mm Lens
  • Year End Second Runner Up: Canon PowerShot G12 Digital Camera
  • Monthly Prizes: Canon product worth more than RM500! (salah satu dari item ini setiap bulan: Pixma MX357 printer (RRP : RM518), a Selphy CP800 Photo Printer (RRP : RM549) or a PowerShot A3100 Camera (RRP : RM599)

Amacam..ada berani nak join? Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik link kalau nak tahu lebih lanjut syarat-syarat pertandingan Canon-PhotoMalaysia 2011 Photo Contest . Sesape yang nak test ilmu fotografi yang ada kat dada kamera pun ok gak. Just submit your photo kat forum tersebut. Nak submit foto, korang dikehendaki meng'resize'kan gambar pada saiz yang diminta tanpa membuang EXIF/data foto tersebut. 


Tema-tema yang diberikan untuk pertandingan ini quite nice..So cepat-cepat tekan shutter kamera untuk amik gambar.hehhe..
  • January – Our Heritage ( aku tak sempat nak submit photo )
  • February – Our Landscapes ( last untuk submit pic pada 9 Mac 2011)
  • March – Our Streets in Black & White
  • April – Our Children
  • May – Our Vanishing Trades
  • June – Our Flora, Fauna, Birds and Animals
  • July – Our Cities, Hometowns and Villages
  • August – Our Macro World
  • September – Our Joys or Sorrows
  • October – Our Sports
  • November – Our Religions
  • December – My Best Shot in 2011 in Malaysia (Unlimited Theme)
So sesape yang berminat, just wanna wish u good luck and last but not least..korang kena register dulu forum tu sebelum submit gambar tau..hehehe :)

Saturday, March 5, 2011

Pikir2kan..


Singgah pagi kat umah aku yang dah bersawang lagi berdebu ni. Dah dekat sebulan dah aku singgah tapi takde buat penambahan isi. Kengkawan yang lalu lalang dalam shoutbox pun aku tak tegur. Bukan sombong tapi takde masa untuk semua tu. Kalau aku menyinggah pun hanya blog-blog yang aku suka baca. Tu pun aku tak tinggal jejak. Tinggal bau nafas je..Pagi ni, aku tambah isi umah aku ni dengan lagu Radiohead-Creep. Layan je..suke gak lagu ni. Sedih pun ada. Lagu ni pasal perasaan rendah diri seorang lelaki terhadap diri dia sendiri apabila mamat ni suke kat seorang perempuan tapi perempuan ni menolak sebab perempuan ni rasa mamat ni pelik atau bukan taste dia. Betul kot translation aku ni. Hehe..

Aku just terpikir..kalaulah aku luahkan perasaan aku kat someone but  aku di tolak disebabkan alasan yang sama kat atas.Nak pandang aku pun takde selera..Apa perasaan aku ye?? Apa pula perasaan aku bila berada di tempat perempuan tersebut? Cuba fikirkan..

Sunday, February 20, 2011

give me ten minute



Aku tak kusyuk!!
I can't concentrate it..
Aku tak kusyuk dalam solat.
Kenapa dalam solat pun aku boleh ingat pada dunia lagi..
Dunia..dunia..dunia..
Give me a break ten minutes for my prayer.
Only ten minutes..
Ten minutes that will save me from doom
Five times a days
I would say it's more like a test in these world and
The result, will be announced it Afterlife..
A lot of quiz, test and examination that you will face it..
Then face it with your brave and patiently heart
And Allah will help you to get through it.

Dunia..dunia..biarkan aku sebentar dengan Tuhanku.
Biarkan aku tenggelam dalam kekusyukan itu..
Biarkan tiap-tiap hari aku begitu
Kerna aku memang memerlukannya.
Tiap masa aku berusaha untuk itu dalam solatku
Sentiasa berulang-ulang
Tersasar dan tersedar
Tersedar dan tersasar
Aku mau kusyuk!!
Give my concentration back!!

 credit : daily travel photo

Sunday, January 30, 2011

SUKA SUKI : Kebahagian Anda...

SOALAN :  Sekiranya anda dikehendaki melukis seekor burung dan seorang lelaki, bagaimana anda melakarnya?

A. Seorang lelaki sedang memerhatikan burung dalam sangkar
B. Seorang lelaki sedang mengejar burung yang terbang
C. Seekor burung berada di bahu seorang lelaki 
D. Seorang lelaki sedang melambai-lambai dengan burung yang terbang  jauh
E. Seekor burung terbang di atas langit, manakala lelaki langsung tak ambil kisah pada burung


                                                           credit to moleskinerie.com

JAWAPAN:

A. Kebahagian korang berada di depan mata. Tapi disebabkan terdapat sesetengah halangan menyebabkan korang tidak dapat mengecapi kebahagiaan itu.

B. Anda sedang berusaha mengejar kebahagiaan korang. Korang berada dalam keadaan penat kerana tergesa-gesa nak menangkap kebahagiaan itu tetapi tak dapat menangkapnya. Sekiranya itu bukan kebahagiaan korang, lebih baik korang lepaskan.

C. Korang tak risau burung akan terbang malah bermain dengan burung. Sekarang ini korang sangat  bahagia dan telah mendapat apa yang diingini. korang adalah orang yang paling bahagia.

D. Korang sedang menunggu kedatangan bahagia dengan penuh kesabaran dan ketenangan. Terdapat banyak benda di dalam dunia ini yang dicari, bukannya menunggu tanpa melakukan apa-apa.

E. Burung dan lelaki tiada apa-apa hubungan. Ini berksud korang tiada apa-apa perasaan terhadap kebahagiaan. Maybe korang pernah melalui perkara yang amat pahit sekali. Ia telah membuatkan kehilangan kepercayaan untuk bahagia sekali lagi.

p/s: hanya untuk suka-suka..

Sunday, January 23, 2011

Alangkah indahnya dunia~

Alangkah indahnya dunia pabila aku tak membesar and tetap jadi budak-budak tak cukup umur. Bestkan jadi kanak-kanak. Tak perlu berfikir macam orang dewasa yang penuh dengan masalah yang tersendiri. Tak perlu cari duit, tak perlu bekerja, tak perlu bimbang pasal bil air dan letrik. Bangun tidur, ngadap tv, tengok kartun, makan, tak pernah terpikir pasal badan camne sekali pun, gi main, balik lewat petang, dan tidur. Takde sapa nak larang and nak marah. Nak-nak aku nie tinggal dengan nenek. Best wooo..boleh manja-manja dengan nenek. 

Banyaknya kenangan semasa menjadi seorang kanak-kanak yang tak cukup umur.Medan tempat aku bermain adalah sekitar rumah aku dan juga pantai. Kalau ingat balik, memang aku teringin nak laluinya semula. Macam dulu-dulu. Memang tak ingat dunia kalau pergi bermain. Kalau time cuti sekolah, aku keluar pagi..tengahari balik umah isi perut pastu petang aku keluar semula. Balik tak balik bila nenek aku dah start cari aku..panggil aku balik. Hehehe..

Teringat time cuti sekolah, aku balik umah nenek. Sebelum tu ayah aku dah pesan jangan main  ketika  panas terik. Aku stay sebulan kat sana..Hidup aku hanya main, main dan main. Terasa macam banduan yang baru keluar dari penjara. Bebas sebebasnya. Fuhhh...Jadi budak-budak ni memang tak terpikir bahaya atau tak. Selagi seronok dan ok, aku main jugak. Pernah satu hari, kawan-kawan aku pakat mandi laut. Aku pun ikut sama. Kejar ikan dalam air, main air dan ntah apa-apa lagi. Masa tu air laut tengah surut, beting-beting pasir timbul , air laut yang memang gile jernih dengan ikan-ikan yang berenang dengan kilauan akibat pantulan dari cahaya matahari. Sape yang tak geram sedangkan aku tahu nenek aku dah pesan jangan mandi laut kalau takde adult yang guide. Tapi bila baju aku dah basah separuh dari badan, hurmm..aku apalagi, kalau dah basah separuh biar basah semua kan..Bila dah puas main air, satu badan dah basah..Balik dari main air, aku tak balik terus umah nenek tapi aku berjemur kat satu umah usang yang aku biasa main sampai baju aku kering. Aku tak balik sebab takut nenek aku marah sebab dia dah pesan tapi cucu dia yang sorang ni duk wat dek je. Sambil mengeringkan baju yang basah, sambil layan mata yang mengantuk sebab syok dengan rasa sejuk angin sepoi-sepoi bahasa pada waktu panas tengahari. Bila baju dan seluar yang aku pakai tu dah kering, baru aku balik umah makan nasi. Sampai nenek aku meninggal aku tak pernah cerita pasal tu. Cerita ni cukup satu hari yang aku lalui pada hari tu..Hari lain, aku main mende lain plak. Aku pernah terjun dari ketinggian umah satu tingkat. Mujur kaki aku tak patah. Kacau orang gila pun pernah. Heheh..Balik umah, aku kene marah dengan mak kes mulut adik aku yang lembik cam gula-gula getah. Kalau ingat balik semua tu. Serius gila. Kalau sekarang, nak buat camtu..aku kata ia bahaya..kalau dulu, aku akan kata best wooo..jom buat lagi..hahahha..

Bila dah abih masa sebulan, sekolah pun dah nak buka balik..so terpaksa la aku balik semula ke rumah aku..Bila ayah aku datang amik aku, dia terkejut tengok anak dia bertukar wajah. Hampir-hampir tak kenal anak sendiri. Hahaha..Time hantar, putih melepak tapi bila datang amik, dah jadi anak orang kulit hitam..'Burn' punye pasal beb..Sepanjang perjalanan balik tu aku kena tadah telinga dengar ayah aku membebel..Heheh..Sekarang baru aku faham kenapa ayah aku pesan camtu..Ooooo..




Lirik lagu Hujan - Muda

Tamatlah zaman persekolahan
Masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh Tuhan ku tak mahu pergi

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kerana ku macam tak biasa
Hoo..oo..

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

c/o x2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...