MY fWends

Sunday, January 23, 2011

Alangkah indahnya dunia~

Alangkah indahnya dunia pabila aku tak membesar and tetap jadi budak-budak tak cukup umur. Bestkan jadi kanak-kanak. Tak perlu berfikir macam orang dewasa yang penuh dengan masalah yang tersendiri. Tak perlu cari duit, tak perlu bekerja, tak perlu bimbang pasal bil air dan letrik. Bangun tidur, ngadap tv, tengok kartun, makan, tak pernah terpikir pasal badan camne sekali pun, gi main, balik lewat petang, dan tidur. Takde sapa nak larang and nak marah. Nak-nak aku nie tinggal dengan nenek. Best wooo..boleh manja-manja dengan nenek. 

Banyaknya kenangan semasa menjadi seorang kanak-kanak yang tak cukup umur.Medan tempat aku bermain adalah sekitar rumah aku dan juga pantai. Kalau ingat balik, memang aku teringin nak laluinya semula. Macam dulu-dulu. Memang tak ingat dunia kalau pergi bermain. Kalau time cuti sekolah, aku keluar pagi..tengahari balik umah isi perut pastu petang aku keluar semula. Balik tak balik bila nenek aku dah start cari aku..panggil aku balik. Hehehe..

Teringat time cuti sekolah, aku balik umah nenek. Sebelum tu ayah aku dah pesan jangan main  ketika  panas terik. Aku stay sebulan kat sana..Hidup aku hanya main, main dan main. Terasa macam banduan yang baru keluar dari penjara. Bebas sebebasnya. Fuhhh...Jadi budak-budak ni memang tak terpikir bahaya atau tak. Selagi seronok dan ok, aku main jugak. Pernah satu hari, kawan-kawan aku pakat mandi laut. Aku pun ikut sama. Kejar ikan dalam air, main air dan ntah apa-apa lagi. Masa tu air laut tengah surut, beting-beting pasir timbul , air laut yang memang gile jernih dengan ikan-ikan yang berenang dengan kilauan akibat pantulan dari cahaya matahari. Sape yang tak geram sedangkan aku tahu nenek aku dah pesan jangan mandi laut kalau takde adult yang guide. Tapi bila baju aku dah basah separuh dari badan, hurmm..aku apalagi, kalau dah basah separuh biar basah semua kan..Bila dah puas main air, satu badan dah basah..Balik dari main air, aku tak balik terus umah nenek tapi aku berjemur kat satu umah usang yang aku biasa main sampai baju aku kering. Aku tak balik sebab takut nenek aku marah sebab dia dah pesan tapi cucu dia yang sorang ni duk wat dek je. Sambil mengeringkan baju yang basah, sambil layan mata yang mengantuk sebab syok dengan rasa sejuk angin sepoi-sepoi bahasa pada waktu panas tengahari. Bila baju dan seluar yang aku pakai tu dah kering, baru aku balik umah makan nasi. Sampai nenek aku meninggal aku tak pernah cerita pasal tu. Cerita ni cukup satu hari yang aku lalui pada hari tu..Hari lain, aku main mende lain plak. Aku pernah terjun dari ketinggian umah satu tingkat. Mujur kaki aku tak patah. Kacau orang gila pun pernah. Heheh..Balik umah, aku kene marah dengan mak kes mulut adik aku yang lembik cam gula-gula getah. Kalau ingat balik semua tu. Serius gila. Kalau sekarang, nak buat camtu..aku kata ia bahaya..kalau dulu, aku akan kata best wooo..jom buat lagi..hahahha..

Bila dah abih masa sebulan, sekolah pun dah nak buka balik..so terpaksa la aku balik semula ke rumah aku..Bila ayah aku datang amik aku, dia terkejut tengok anak dia bertukar wajah. Hampir-hampir tak kenal anak sendiri. Hahaha..Time hantar, putih melepak tapi bila datang amik, dah jadi anak orang kulit hitam..'Burn' punye pasal beb..Sepanjang perjalanan balik tu aku kena tadah telinga dengar ayah aku membebel..Heheh..Sekarang baru aku faham kenapa ayah aku pesan camtu..Ooooo..




Lirik lagu Hujan - Muda

Tamatlah zaman persekolahan
Masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh Tuhan ku tak mahu pergi

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kerana ku macam tak biasa
Hoo..oo..

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

c/o x2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...