MY fWends

Saturday, January 15, 2011

Masalah itu maknanya kita ini manusia..

Sambil terbaring selesa di lantai berkulit getah, aku terdengar keluhan adik kepada ibu..Tentang masalahnya di kantor. Masalah berkaitan dengan manusia. Aku yang berada tidak jauh dari perbualan mereka hanya mendengar tanpa sampukan. Malas dan beku untuk berbicara. Mulut aku berat mengeluarkan kata sedangkan mata terkedip-kedip memandang siling putih di atas ku. Terdengar suara ibu yang memujuk serta memberi kata nasihat kepadanya supaya bersabar. 

" Yana, ada masalah tak kat tempat keje?" Tanya ibu kepada adikku yang seorang lagi.

" Ada je ma..semua orang ada masalah." Jawab adik aku.

Betul, setujuku dalam diam. Bagi aku semua orang yang masih bernafas di atas planet ini bermasalah. Bermasalah dengan diri sendiri, keluarga, anak-anak, kawan, kekasih, duit, pekerjaan dan segala macam masalah. Aku juga bermasalah cuma aku malas untuk beratkan kepala aku yang sudah berat dengan tengkorak yang berisi otakku. Masalah aku, aku lebih suka tinggalkan seketika dan letakkan jauh-jauh apabila aku pulang ke rumah. Apabila ke ofis, baru lah aku memikirkan balik masalah yang masih aku belum selesaikan tersebut. Tension dan stress? Terbiasa. Memang dah jadi makanan bagi kepala aku. Masalah, problem, masalah, problem..Ye. Aku pun ada masalah sebab aku ini manusia  biasa yang waras. Aku bukan kambing atau kucing yang tiada akal. Manusia yang berakal dan boleh berfikir untuk menyelesaikan masalah yang di hadapinya. Bukan lari dari masalah yang terbeban di bahu. Walau kau lari dari satu masalah, ke ceruk benua mana sekali pun..kau akan tetap  akan menghadapi dengan masalah-masalah yang sama pada masa ke masa. Then when its time comes, by hook or by crook..u have to go through and solve it.  Kalau ada manusia yang boleh hadapinya dan mengapa tidak anda. Don't runaway from it. Be brave to face it.. Selesaikannya seperti ko selesaikan soalan-soalan Add Math yang paling ko tak suka. Serius aku memang tak suke. Aku ingat aku dah boleh lari dari nombor-nombor yang kompleks selepas SPM tapi bila aku masuk Uni aku still jumpa lagi nombor-nombor rumit  tu. Memang tak leh lari.

Masalah itu pembelajaran bagi sang hidup. Asam dan garam di sepanjang perjalanan. Cuba bayangkan hidup yang smooth tanpa sebarang masalah. Pada pandangan aku, maybe it little bit to bored right? Sedangkan untuk dapatkan syurga juga, manusia perlu menghadapi ujian dan dugaan dalam bentuk masalah. Allah itu Maha Adil lagi Bijaksana, kadang-kadang Dia turunkan masalah pada kita supaya  kita sedar, syukur, sabar, tabah dan memikirkan kepada manusia yang lain. Why? Sebab mungkin ko hanya diduga dengan masalah yang sebesar biji saga. Tapi keluh kesahnya melebihi masalah tersebut.  Pernahkah terfikir bahwa mungkin masalah yg ditimpakan ke atas kamu tidak seteruk mana berbanding orang lain. Pernahkah membanding-bandingkannya? Ibaratkan aja kamu kehilangan sepotong jari tapi dah menangis melolong sedangkan ada di sekelilingmu yang tangannya kudung, kakinya capek dan berkerusi roda..Tetapi mereka dapat menerima masalah mereka dengan hati yang terbuka. And why don't we too? 


5 comments:

.:padie_eyla:. said...

'masalah itu pembelajaran bagi sang hidup' stuju sangat.

kadang kadang masalah tu memboringkan hidup individu.

Sca Ndx said...

setuju weh. masalah kdg2 bg pnglmn. dan pnglmn itu akn digunakan maslh strusnya

ondeonde said...

oh yes..btul pun ape yg ko kate tu..setuju sgt2

Budak Maran said...

setiap masalah ada penyelesainnya..berfikir secara kreatif..

http://budakmaran.blogspot.com/

ondeonde said...

btul2..ni cam masuk bab pemikiran kreatif nie..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...