MY fWends

Friday, March 11, 2011

Moga selamat, Jepun dilanggar Tsunami dengan gegaran 8.9 skala Richter..



Jepun hari ini (11.03.2011- Jumaat) dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.
Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.

Gegaran 8.9 memang gegaran yang kuat dan boleh menyebabkan berlakunya tanah runtuh, avalanche dan kalau gegaran tu bertempat di persekitaran gunung berapi yang aktif, aku rasa memang dah meletup. Bangunan pun leh runtuh. Uishhh..

Kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Jepun termasuk sorang member aku ni,  aku harap korang  selamat dan tak kena dengan gelombang tsunami. Member aku sorang ni stay kat Kagoshima, dia cakap tsunami will arrive kat tempat diorang dalam pukul 5.30-6.00 petang waktu Jepun. Pusat gegaran di Tokyo and for sure kat situ lagi teruk. Perkembangan ni pun aku tahu melalui facebook member aku. Dia pun dah tak update dia punya facebook so i think bekalan elektrik kat sana dah terputus. Apa-apa pun, aku doakan semua rakyat Malaysia yang berada di Jepun selamat dan berada dalam lindungan-Nya. Aminn..

Kita yang berada di Malaysia ni jangan suka sangat sebab tak kena kat kita. Beringat-ingatlah. Tuhan kalau nak turunkan bencana, dia tak bagi amaran pun begitu juga dengan kematian. Semua tu rahsia Allah.


p/s: info terbaru---->>
SEBARKAN KAT KENGKAWAN N SEDARA MARA , TSUNAMI YANG LANDA JEPUN AKAN SAMPAI KE PANTAI TIMUR SABAH N SARAWAK KAWASAN PANTAI AROUND 6.30PM HARI INI. SEBARKAN SEBELUM TERLAMBAT UNTUK LANGKAH BERJAGA2.

2 comments:

lady kina said...

berita terkini nk tgk katne?

mehmed said...

ni sumer is a hoax..
possibility tsunami dtg malaysia mmg kecik..
sbb kawasan malaysia adalah slps taiwan dan filipina, dan gap antara taiwan dan filipina tu kecik.
klau tsunami tu lalu ikut gap tu pon,
energy dia mmg kecik sbb energy tu dispersed..

just my 2 cents

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...