MY fWends

Tuesday, November 22, 2011

jangan BanGGa..

Jangan bangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal,
Kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan.



Jangan bangga dan eksyen sangat dengan kenderaan mewah,
Kerana kenderaan terakhir kita adalah van jenazah dan papan keranda.



Jangan terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman,
Kerana tempat terakhir kita adalah di liang lahad.



Jangan ego dan bongkak kerana memiliki rumah mewah seperti istana,
Kita kena ingat rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua.



Jangan terlau megah dengan pangkat dan darjat.
Kerana bila sudah tiada nanti, kita dapat gelaran arwah atau al marhum.



Jangan terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang kacak atau cantik,
Kerana bila kita mati nanti, wajah itu akan berubah menjadi tengkorak.


Jangan terlalu bangga dan gembira dengan harta kekayaan yang menimbun-nimbun, 
Kerana harta kita nanti sesudah mati adalah anak soleh/solehah yang mendoakan kita.


3 comments:

model pakaian grosir said...

tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

ondeonde said...

thanks :)

syuwai said...

jangan~

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...