MY fWends

Thursday, December 16, 2010

Jangan Panik!!

Photo: NEWSLINE SCOTLAND

Bayangkan kamu menaiki helikopter dan heli tersebut membawa kamu ke pelantar minyak di tengah-tengah lautan. Ketika dalam perjalanan, tiba-tiba kamu terasa heli tu bergoyang-goyang, bergegar dan di luar kawalan. Pilot yang membawa kamu dan penumpang yang lain menjerit supaya kamu semua jangan panik, helikopter yang korang naiki tu di luar kawal dan akan terhempas ke laut. Kamu semua takut, pucat, ada yang menangis, ada yang berdoa. Semua perasaan bercampur baur. Dan pada masa yang sama, helikopter tersebut berpusing-pusing di udara dan satu momentum yang tinggi menarik burung besi ke bawah. Heli makin menjunam ke bawah dan lautan yang jauh dari pandangan makin dekat dan dekat. Semua yang berada di perut helikopter mulai menjerit menyebut dan memanggil nama Tuhan dan orang-orang tersayang. Dan KABOMMM!!!

Heli terhempas ke laut dan air mulai masuk dari celah-celah dinding burung besi tersebut..Dan hanya tinggal kamu seorang sahaja yang hidup. Kamu panik dan panik dan panik.

Esok dalam akhbar...

credit: http://www1.wsvn.com

Malaysia:  Sebuah helikopter terhempas di perairan Laut China Selatan tengahari semalam. Menurut pihak berkuasa, pesawat kecil tersebut mengalami masalah mekanikal dan tiga (3) orang penumpang termasuk juruterbang meninggal di tempat kejadian.

---------------------------------------- PROLOG -----------------------------------------

Tulisan di atas merujuk kepada sesiapa yang bekerja di pelantar minyak. Sesiapa yang selalunya pergi offshore dan berulang alik dari daratan ke pelantar di tengah lautan dengan menggunakan helikopter. Kemalangan seperti ini selalunya berlaku walau bukan di negara kita. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga syarikat yang berkaitan dengan carigali petroleum kebiasaannya menyediakan latihan-latihan kecemasan dan salah satunya apabila berada dalam situasi tersebut.


Helicopter Underwater Escape Training ( HUET ) 


Latihan melibatkan satu simulasi helicopter yang tenggelam dan pada masa yang sama diterbalikkan di dalam sebuah kolam. Latihan ini untuk dilaksanakan supaya pelatih dapat melihat kesan dan mengenalpasti  pintu keluar utama dan kedua, dan mengelakkan 'smoke inhalation'.

Aku boleh terang sikit-sikit je pasal HUET ni sebab aku tak join pun training ni. Aku up post ni sebab aku tertengok video pasal latihan ni. Pastu aku bayangkan aku yang berada dalam perut stimulator tu. Panik weyy..Panik sebab duk dalam air dengan hidung yang tak boleh nak sedut oksigen pastu nak cari jalan keluar dari kabin yang diterbalikkan lagi..Mau berapa minit aku amik masa nak keluar tu..Huhuu..

2 comments:

Magrib said...

wah! mau x cuak tok dlm tu sorang2 kan??? kena join la huet nie..


anyway.. blog anda memang menarik.. tertarik untuk follow anda..


aku budak nakal gila

ondeonde said...

mmg cuak..kebiasaan yang join training huet ni sesape yang keje dalam bidang oil and gas serta yang seangkatan dgnnya sbb kje diorg ni kebykkan di offshore.

anyway thanks sbb follow ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...