MY fWends

Wednesday, September 8, 2010

1001 macam


Dalam hidup ini kita selalu berjumpa dgn bermacam-macam manusia dengan 1001 mcm fiil..
Dalam bersahabat dan bercinta juga kita jumpa 1001 mcm gaya
Tuhan menciptakan kita dgn 1001 mcm ciri-ciri..walaupun ade iras tapi still ade juga sedikit perbezaan..
Begitu juga dengan individu yang mempunyai kembar, walaupun berada dlm rahim yang sama tapi tetap berbeza dari segi fiil perangai.

Sepanjang melalui liku-liku kehidupan, Tuhan menemukan kita dgn 1001 macam manusia untuk kita belajar, mengambil pedoman dan jadikan ia sebagai rencah hidup selagi bernyawa.
Kita sering kali bertemu dengan manusia-manusia yang baik, bermasalah, susah, senang, inginkan sesuatu, cantik, comel, selekeh, suka mengadu domba dan sebagainya supaya kita mempelajari dan dapat membeza baik buruk seseorang itu. Di samping itu juga, Dia Yang Maha Pencipta juga memberitahu kita bahawa kita perlu menerima baik buruk seseorang itu bukan memulaukan individu tersebut di atas kekurangan yang ada. Manusia dijadikan khalifah di muka bumi adalah untuk membimbing manusia lain ke arah kebaikan dan jalan yang lurus.
Tuhan juga menguji kita dengan 1001 macam masalah dan dugaan supaya manusia dapat menemukan dengan 1001 penyelesaiaan. Kerna Tuhan menganugerahkan kita akal fikiran supaya kita bijak menggunakannya di samping berfikir dan bersyukur ke atas nikmat dan kurnia-Nya.

Manusia itu..1001 macam.
Hidupnya 1001 macam.
Perasaannya 1001 macam.
Nafsunya 1001 macam.
Bahagia dan kesedihannya 1001 macam.
Jadi kita ini macam-macam.

Tuhan jadikan kita 1001 macam supaya hidup kita seperti pelangi dan tidak bosan dengan perasaan yang sama, masalah yang sama dan gaya hidup yang sama seperti sesuatu yang tidak berwarna.Itu lah KEHIDUPAN.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...