MY fWends

Thursday, November 11, 2010

SUKA SUKI : Apa Watak KARTUN Anda??



Mula>>

  1. Adakah anda seorang yg degil?
    1. Ya > 2
    2. Tidak > 4
  2. Adakah anda seorang yg mudah simpati?
    1. Ya > 3
    2. Tidak > 6
  3. Adakah anda seorang yg mata duitan?
    1. Ya > 7
    2. Tidak > 5
  4. Adakah anda berharap kekasih anda seorang yg periang?
    1. Ya > 9
    2. Tidak > 3
  5. Adakah anda suka warna yg terang?
    1. Ya > 13
    2. Tidak > 8
  6. Adakah anda seorang yg bertanggungjawab?
    1. Ya > 15
    2. Tidak > 5
  7. Anda seorang yg peramah?
    1. Ya > 12
    2. Tidak > 8
  8. Anda seorang yg penakut?
    1. Ya > 14
    2. Tidak > 19
  9. Anda tidak suka suasana yg pilu dan sedih?
    1. Ya > 7
    2. Tidak > 10
  10. Adakah anda seorang yg optimis?
    1. Ya > 11
    2. Tidak > 12
  11. Pernahkah anda dikritik seorang yg panas baran?
    1. Ya > Hello Kitty
    2. Tidak > 20
  12. Adakah anda seorang yg penyabar?
    1. Ya > 19
    2. Tidak > 20
  13. Anda suka kekasih yg matang?
    1. Ya > 14
    2. Tidak > 17
  14. Anda seorang yg matang?
    1. Ya > Mashimaro
    2. Tidak > 18
  15. Anda benci perkara yg rumit?
    1. Ya > 13
    2. Tidak > Keroro Gunso
  16. Orang lain selalu kata anda bersikap kebudak-budakan?
    1. Ya > Kogepan
    2. Tidak > Doraemon
  17. Adakah anda seorang yg pendendam?
    1. Ya > Doraemon
    2. Tidak > Mashimaro
  18. Adakah anda mempunyai perasaan tidak percaya terhadap orang yg tidak dikenali?
    1. Ya > 17
    2. Tidak > 16
  19. Anda sanggup mengenepikan semua perkara kalau anda melakukan perkara yg paling anda minati?
    1. Ya > Chibi Maruko Chan
    2. Tidak > Keroro Gunso
  20. Pernahkah anda mengatakan anda adalah seorang yg jujur?
    1. Ya > Hello Kitty
    2. Tidak > Chibi Maruko Chan


 ANALISIS>>




 < KOGEPAN >
Keistimewaan anda adalah seorang yg peramah dgn orang lain, mempunyai kasih sayang, jujur dan ikhlas dan tidak cemburu akan orang lain. Di sebalik keistimewaan ini, anda adalah seorang yang tiada pendirian diri, pemikiran tidak lincah dan mudah digunakan oleh orang lain.




< CHIBI MARUKO CHAN >
Anda adalah seorang yg periang, pandai bersosial, cekap bercakap dan mempunyai tindak balas yg cepat. Selain itu, anda mempunyai pemerhatian yg tajam, pemikiran yg luas dan mempunyai ramai kawan. Namun anda tidak cukup tabah, selalu hanya memilih perkara yg diminati saja utk dilakukan dan kuat cemburu.




  
< KERORO GUNSO >
Anda adalah seorang yg sangat kreatif dan disukai ramai. Malah anda adalah seorang yg suka menolong orang yg kurang bernasib baik sama ada dari segi kewangan atau nasib. Anda membantu tidak membuta tuli. namun kelemahan anda adalah hangat2x tahi ayam dan tiada matlamat hidup.






< DORAEMON >
Keistimewaan anda ialah sangat aktif dan juga pendiam. Anda adalah seorang yg bijaksana. Anda tahu bagaimana hendak menunjukkan bakat anda. Tapi di sebalik kebijaksanaan ini anda kurang kesabaran dan selalu melanggar peraturan yg telah ditetapkan.




< MASHIMARO >
Anda adalah seorang yg suka berterus terang dan tidak suka berselindung, berani buat berani tanggung dan yakin dgn diri sendiri. Keistimewaan anda ialah berkeupayaan memimpin dan penilaian yg tajam. Oleh itu, anda mudah menyinggungkan perasaan orang lain.





< HELLO KITTY >
Anda seorang yg pandai menikmati kehidupan, mempunyai citarasa yg amat tinggi dan mempunyai bakat dalam kesenian. Anda mempunyai jodoh yg amat luas. Tapi anda tidak tahu meluahkan isi hati anda. Apabila menghadapi sesuatu masalah anda akan menjadi seorang yg tidak rasional.




* TEST ini hanya utk suka suki shj. Hanya mengisi masa terluang..jgn tensen2x :D

2 comments:

Zaty Rosli said...

hahahaha~...saya dapat chibi maruko chan~..

ondeonde said...

same lh kite..sy pun dpt chibi maruko chan :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...